29 Disember 2016

she is a cancer survivor .........




izinkan saya berkongsi catatan sahabat Cancer Survivors Malaysia , saudari   Liza  yg dikongsikan di FB  : https://www.facebook.com/liza.m.ariffin
29 Dis  2016:

Baru bersembang dengan seorang sahabat baik tadi, katanya 'aku tak faham kenapa reading cancer ko dulu katanya dah cancer-free?'. Baru saya sedar, ramai yang kurang mengerti pasal kanser ni. Biasanya diri kita kena kanser atau kita jadi caregiver kpd cancer-patient baru kita faham, itu pun bukan 100% faham.
Contohnya:

1. Cancer marker ca125 saya menunjukkan bacaan pd paras normal.

*maksudnya hasil ujian ca125 tu menunjuk sel kanser (kanser ovari dan rahim saja) tidak aktif sekarang. Ujian ni tidak mengesan sel2 kanser lain. Ada berbagai jenis cancer marker test utk mengesan beberapa jenis kanser tapi bukan semua, ada jenis kanser yg tiada cancer marker. Dan bila di paras normal pun tak bermakna saya dah cancer-free, cuma sel kanser ovari tu tak aktif. Anytime dia boleh aktif balik.
2. Ada orang kata dia berpantang makan a, b , c disebabkan kansernya.
*kita kena faham lain jenis kanser, lain pantangnya..contohnya orang yg mempunyai kanser ovari dan breast cancer mcm saya perlu berpantang mknn yg boleh menaikkan hormon dlm badan. Kanser usus pula perlu berpantang semua jenis daging merah dan mknn terlalu berserat. Berbeza jenis nutrisi untuk lain jenis kanser. Kalau tak tau, jangan teka2 dan jgn paksa orang ikut kita punya pantang..silap2 jadi mudarat. Lebih baik berjumpa pakar nutrisi di hospital.
3. Kadang2 orang akan tanya stage berapa bila dengar sahabat ada kanser? Lepas tu kita pun mula lah terfikir..ohh dah stage 4, tak lama lagi mati lah tu..
*Sebenarnya stage tak menentukan bila matinya sahabat kita tu, ada yg baru stage 1, dlm masa sekejap je dah arwah, ada yg dah stage 4 tapi bertahan hidup berpuluh tahun. Please jangan tanya pasal stage pada pesakit kanser.
4. Ada orang kata dia buat kimo tak gugur pun rambut/bulu di badan.
*setiap jenis kanser berlainan ubat kimo nya, dan setiap ubat kimo berlainan kesan sampingannya. Dan setiap pesakit lain dosnya. Mcm yg saya ambil (paclitaxel+carboplatin) mmg menggugurkan rambut/bulu badan, sakit otot dan tulang, kebas kaki dan tangan, sakit dada. Ubat lain, kanser lain, dos lain, lain lah kesannya.
5. Dan please jangan bergaduh sampai putus sedara, atau putus kawan sebab sahabat kita yg sakit kanser tak mau ikut saranan kita. Contohnya awak kata jangan buat kimo atau radioterapi tapi dia nak buat juga. Kita kena faham, itu hak dia, dia yg sakit. Yg tak sakit boleh nasihat tapi klo dia tak terima, takpa lah..hormati saja keputusannya.
Dan jangan kaitkan sakit sahabat kita tu dengan dosa lampaunya. Mungkin dia dah bertaubat dan jadi lebih baik..Siapa kita nak judge orang betul tak? Sedangkan rasul pun ada yang sakit..

1 ulasan:

Mutiara Sepi berkata...

Sis tolonglah wasup sy di 013 3331803 x tau nah hubungi sis mcm mcna

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...