Takut ?? Mesti ada sebab kita takut? Apa yang Menakutkan kita ........
Masa kecik-kecik dulu; macam-macam yang saya Takut. Takut lalu kat kubur; sebab nanti nampak hantu. Takut makan leher ayam ; nanti leher senget masa nak bersanding. Takut nyanyi kat dapur; kawin ngan orang tua. Takut tengok Polis; nanti kena masuk jel. Tapi yang paling saya takut ialah Rotan Mak saya!
Mak saya Cikgu Bahasa Inggeris ; garang sungguh! Siapa tak kenal ngan Teacher Makhzom .. famos in Kuantan and Labuan bah... Paling saya takut kena tibai (pukul) dengan mak saya sekiranya saya tak dapat TOP 3 dalam setiap peperiksaan penggal persekolahan....
Ada sekali waktu darjah 3; saya dapat nombor 6 dalam kelas. Ketaq lutut takut nak balik rumah sebab kena bawak balik `report card'. Alamatnya saya lari keliling rumah 10 round dikejar mak saya ; sebelum kena tibai ngan rotan! Peristiwa itu menjadikan saya seorang ibu yang sangat berbeza pendekatan dengan anak-anak. I try not to be My Mother! tak gamak nak merotan anak-anak.. sekali sekala saya pulas jugak telinga... geram punya pasal!
Itu semua dah berlalu .......... Hari ini TAKUT sudah tiada dalam kamus hidup saya. At age 0f 42 dah tak ada apa yang saya takuti lagi .. Banyak yang saya lalui dalam hidup mengajar saya memahami Kekuatan & kelemahan diri sendiri.
Pesan orang-orang tua: `Kalau Takut dilambung ombak; usah berumah di tepian pantai'
Kalau Takut Gagal; maka kita harus berusaha gigih; tapi kegagalan akan menjadikan kita manusia yang lebih berhati-hati & berwaspada demi mencipta kejayaan!
Seorang usahawan yang berjaya; dia bukan sahaja gigih & tekun berusaha ; tetapi mereka perlu berani mengambil risiko; dan yang penting `it is a calculated Risk!!' [kena paham risiko yang bakal ditempuhi]
Apa jua masalah yang kita tempuhi WHAT is the worst thing can happen?? MATI?? setiap yang bernyawa memang kompom akan mati; cuma bila masa kita .........
Harta kekayaan hanyalah pinjaman Allah semata-mata
Pangkat & darjat; hanyalah sementara jua
Jodoh Pertemuan; dah tertulis di Luh Mahfuz
Rezeqi; Allah dah janjikan untuk setiap makhluk di muka bumi; ulat dalam batu pon boleh makan!
Hari ini saya hanya takut jika Allah murka pada saya. Saya takut sekiranya Allah tak kasihkan saya. Saya Takut sekiranya Allah tak terima taubat saya. Saya jugak takut jika tidak beroleh `husnul khotimah' ............... moga saya termasuk dalam golongan yang menerima kitab amal di tangan kanan; insyaallah ............
Saya hanya mampu berserah kepada Allah kerana Hidupku & matiku hanyalah untukMU.
Kini saya tidak TAKUT lagi!