29 April 2011

AGE is juz A Number; Happy Birthday!!!


Life does begins at 40! hi hi hi
Dah lalui usia belasan tahun (teenagers); orang kata `era memberontak' atau rebellious. Kemudian menginjak ke angka 20-an; masa nih baru nak celik mata. Baru nampak dunia. Hidup kena `struggle' ; orang pon pandang hina; maklumlah kerjaya baru nak mula; kete pon belom mampu milik! Dan waktu ini; mengejar cita-cita dan membina impian untuk masa hadapan. Hmmmm kadang-kadang seronok jugak; sebab masa nih belum ada banyak tanggungjawab.


Pabila usia menginjak 30-an; tanggungan bertambah, terasa berat jugak bahu nak memikul. Hutang pon bermula .... anak-anak sudah mula punya `list perbelanjaan tersendiri' adoiii ... penat gak poket! Masih kena teruskan usaha untuk membina keluarga yang sempurna dan mampu milik!

29 April 2011; saya dah mencapai umor 42 tahun. Kita tidak boleh menentang hukum alam. Apabila usia meningkat; banyak yang dah mula berkurangan!

Tenaga dah kurang; muka pon tak berapa nak tegang; mata dah kurang nampak; gigi pon dah banyak berlobang!; rambut pun dah banyak berguguran dan kurang hitamnya....

Yang bertambah: bilangan usia .. tahun lepas 41; hari ni dah 42. Kedut di muka dah terserlah; saiz pinggang & pinggul jua turut bertambah; uban pon dah bercambah. Senarai ubat; vitamin; tonik rambut dan pelbagai jenis jamu pon dah bertambah banyak! Semuanya perlu untuk menambahkan segala yang mula berkurangan .....

Tapi yang lebih penting; pada hari ini; selain dari meraikan `hari kelahiran', saya amat berharap agar Allah tambahkan iman dan ilmu; Allah tambahkan hidayah dan petunjukNYA; yang paling utama: ALLAH tambahkan Kasih & SayangNYA buat saya & keluarga.



Syukur Alhamdulillah dengan segala nikmat yang Allah berikan. Kebahagiaan yang saya kecapi & kejayaan yang saya ungguli. Terlalu banyak nikmat Allah; terasa sangat sedikit syukur yang saya ucapkan; adakalanya saya lupa berterima kasih kepada Allah SWT.


Saya berjanji untuk berdamai dengan diri sendiri. Tak mau menipu diri sendiri dan tak mau menyakiti hati sendiri. Saya nak belajar menjadi insan yang pemaaf; dan menyayangi diri sendiri.

Kematian itu pasti; Hidup belum tentu. Tapi kalau Hidup - kita nak hidup Sihat! Learn to appreciate ourselves; kalau tidak kita....... Siapa lagi?

HAPPY BIRTHDAY ZURAINI KAMAL

Tiada ulasan:

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...