07 April 2011

JUS PELAM HOMEMADE - Original


Saya suka makan buah pelam @ mangga; samada masak ; apatah lagi mangga muda dicicah garam belacan, memang best! kena pulak kuah rojak Mak Bee yang famous tuh ... huh sedap! Kadang-kadang terbeli banyak buah sampai tak sempat nak makan; dan ianya rosak sebab terlalu ranum. Sayang kalau nak dibuang; maka kita boleh pelbagai @ `modify' buah tersebut untuk dijadikan Jus Pelam yang enak dan menyegarkan (refreshing!)

Pada usia sebegini; saya telah mengubah gaya hidup dan pemakanan keluarga agar menjadi lebih berkhasiat demi kesihatan yang `execellent!'


2-3 biji pelam masak (manis @ masam pon tak pe) kalau ranum lagi baik
Blender isi pelam bersama: ayaq gula + perasa mangga SUNQUICK + ayaq masak.
nak thrill lebih; blend bersama ais kiub!
nak likat @ cayaq - tambah ayaq la. Perasa nak manis @ kurang manis - tambah ayaq gula.
hidangkan sejuk masukkan ais kiub. nak sedap lagi minum bersama keluarga.

Dilarang minum sorang-sorang.
Jangan lupa baca Bismillah
Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...