Saya suka makan nasik briyani yang dimasak bersama ayam; dimakan bersama Dalca.. hmmm enak sekali. Orang Johor panggil Nasik Bryani Gam. Apa pun namanya; pada hari ini tak banyak kedai yang menjual Nasik Briyani yang dimasak bersama ayam di dalamnya.. Oleh kerana saya suka makan maka terpaksa saya ambik inisiatif untuk belajaq masak. Alhamdulillah; seorang sahabat dari langkawi sanggup berkongsi Rahsia memasak Nasik Bryani yang enak menggunakan Resepi dari India!
Tapi saya `modified' sikit resepi tersebut ; sesuaii dengan citarasa saya sendiri: Kalau sesiapa yang berminat; boleh try ... jom kita berkongsi ilmu; mudah-mudahan kita boleh membahagiakan keluarga dengan ayaq tangan kita; insyaallah........ (tapi kalau bibik tolong masak pon tak pe...)
Beras Basmathi (dibasuh bersih)
utk bahan rempah: Jintan putih 1/2 camca + jintan manis 1/2 camca + kunyit serbuk 1/2 camca dicampur bersama rempah kari ayam 3 sudu Besar & serbuk cili 1 sudu Besar.
tumis bersama: daun kari + kulit kayu manis + bunga lawang + buah pelaga
Masukkan: Bawang Besar + halia + bwg putih yg dikisar; tumis kesemua bahan
masukkan: daun pudina; daun ketumbar; daun pandan; serai; kismis + gajus
Masukkan ayam; garam & perasa; tomato potong 6 biji; dan akhir sekali masukkan beras. masak seketika
[akhir sekali kesemua bahan di atas; kemudiannya dikukus supaya nasik masak sebijik-sebijik...]
kalau tak kukus pon takpe ... ikutlah
Nasik briyani enak dimakan bersama Dalca; acar timun & papadom!
selamat mencuba ya!
2 ulasan:
sedapnye..tetiba macam teringin jugak nak makan nasik beriyani...
silakan Nor; selamat mencuba
Catat Ulasan