12 Mac 2011

GILA itu macam2 spesis!




Hari nih saya nak bercerita bab GILA. GILA nih pon sejenis penyakit jiwa. Dalam dunia ni ada macam2 jenis penyakit GILA. Ada org Gila Judi; ada spesis yg Gila Bekerja, kalau yg bercerai tuh dikatakan Gila Talak. Apa pon tafsiran dalam kamus; GILA sebenaqnya bermaksud seseorg itu sanggup melakukan apa saja; sepenuh jiwa raga dan menjadi sebegitu taksub & takjub! tapi GILA sebegini tak perlu masuk wad atau jumpa psikatari.

Saya suka shopping! Bukan `window' tetapi `real shopping'. Membeli belah, dah beli; blah balik umah! Saya suka membeli @ bahasa Indon `berbelanja' kerana saya rasa saya punya bakat membeli!

Saya pandai membeli ; tau di mana nak beli & apa yg patut dibeli. Omputih kata: `shopaholic! sejenis penyakit gila... Gila Berbelanja.



Kalau kaya banyak duit ; tak pe lah ...... tapi always ended `broke'.


Mak saya selalu pesan: Ukoq baju di badan sendiri. Jgn berbelanja di luar kemampuan diri.

Tapi saya tak pedulik! Bila dah mula masuk shopping mall; rasa mcm tak hingat donia kejap. Kalau tak cukup cash atau tunai; kita ada cek & kredit kad! Swipe sajalah kan ........... sign pon laku!

Orang perempuan ni; keperluannya agak `detail'. Dari hujung rambut hingga hujung jari kaki. Nak beli semua yg berjenama. Kalau boleh nak yg `latest edition' - Yang terkini di pasaran! Hai kalau ikut nafsu ; gaji RM20 ribu sebulan pon tak cukop!

Perfume: Channel; Estee Lauder; Christine Dior. Handbeg: LV; Coach; Guess; Tots; Gucci. Sunglasses; Watches; Shoes; Make up and skin care. Itu belum bab Baju; jewelleries, underwear; tudung dll.




Tapi semenjak dua menjak nih; saya dah insaf. Saya rasa penat bekerja; tapi saya tak punya simpanan utk hari tua. Bukan sahaja utk diri sendiri; tapi yang lebih penting adalah memenuhi tuntutan & perbelanjaan anak2 yg turut bertambah. Semakin hari mereka semakin dewasa dan keperluan mereka semakin meningkat. Apatah lagi zaman ini; semuanya mahal! Nak masuk tandas pon dah naik harga.



Saya perlu bekorban; berbelanja bila perlu dan hanya membeli barang keperluan sahaja. Bukan mudah nak cari duit. Alangkah malangnya jika dengan mudah saya berbelanja membeli benda yg saya dah punya atau yg saya tak perlu.


Alangkah bodohnya saya sekiranya terlalu `brand cautious'. Membeli hanya kerana Jenama; Bak kata org2 kaya: `alah membeli menang memakai'. Tapi kalau Gila berbelanja dengan `duit org lain' memang tak perlu risau. Tapi bila kena bayar dengan duit sendiri baru kita tahu nilai titik peluh kita. Dan pastinya bila nak berbelanja; kita kena berfikir `bukan mudah nak cari duit'. Kenapa perlu dibazirkan hanya kerana Gaya & Prestij; apatah lagi hanya sekadar untuk menunjuk2 & bersaing dgn org lain yg memang dah kompom Mampu-milik!

Saya dah tak berapa nak GILA lagi ........


2 ulasan:

hani@debumelukut berkata...

Welcome to the club!
saya gila jenis ni jugak, gila shopping!
Gila kasut.
kalau tgok n3 saya yg lama pasal kasut tu, baru confirm camna gila nya saya..
Ada ubat tak? nak sebijik.

Zuraini Kamal berkata...

he he he kak hani; kena jawab kat yr blog!! ada ubat tak?

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...