12 Oktober 2011

cinta

`Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan'
~ Mahatma Ghandi ~

CINTA itu anugerah Allah swt kepada makhlukNYA.

Hawa diciptakan kerana Adam kesunyian tidak berteman; walaupun hidup di syurga yang punya segala-galanya. Maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam. Allah semaikan rasa kasih cinta dalam sanubari keduanya; itulah permulaan penghidupan manusia di muka bumi ini.

Cinta Adam & Hawa; adalah cinta suci yang mendapat restu Allah swt. Cinta Yusof & Zulaikha menjadi teladan yang tertulis kisahnya dalam Al-Quran. Cinta Muhammad SAW & Siti Khadijah merupakan cinta unggul yang tulus dan penuh keberkatan; kerana pengorbanan Siti Khadijah telah membuka ruang untuk Muhammad SAW menjadi Nabi dan Rasul berdakwah kerana Allah Yang Maha Esa.

Bagaimana pula CINTA kita ? Adakah CINTA kita kerana Allah SWT atau kerana Rupa; Pangkat; Harta & Kedudukan? Hanya kita sahaja yang dapat menjawab persoalan ini.




Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.




CINTA : membawa sejuta kebahagiaan dan membuka pintu kesengsaraan.

Ada orang menangis kerana Cinta; dan pastinya yang sedang dilamun Cinta tersenyum; ketawa merasa bahagia. Bagaimana ingin meluahkan rasa Cinta? Ada yang tak lena tidurnya mengenangkan Cinta. Ramai yang `makan tak kenyang; mandi tak basah' kerana Cinta. Malah ramai yang sanggup bekorban; `buang emak tinggal saudara kerana kasih hamba turutkan'; maka ramai anak gadis yang sanggup lari ke Lombok mengikut Cinta hati mereka.

Apa jua mitos tentang CINTA; tiada siapa yang dapat memahami apa makna sebenarnya Cinta. Jatuh Cinta; putus Cinta; adalah penyakit Cinta yang menyerang mangsa tanpa mengenal usia; perbatasan agama; warna kulit; bangsa; malahan kasta. Tidak ada undang-undang yang boleh menyekat; menghalang dan mengawal CINTA.


Pesan saya: Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Tiada ulasan:

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...