28 Januari 2011

KISAH BENAR: Pecayalah!

Baru2 ni saya telah membuat pemeriksaan kesihatan. Biasalah bila umoq dah masuk 40, kepala terasa pening badan asyik lenguh sana lenguh sini. Bila Doktor check my BP; aduhai 146/130. Tekanan darah agak tinggi. Stress kot; kata Dr Ismail KMC sambil tersenyum macam memerliku. Apa pun sebelum nak balik; Dr Ismail berpesan supaya saya mengurangkan pengambilan garam dlm makanan. huh .....

Agaknya gambar-gambar ini blh mjadi motivator utk anda dan saya hidup tanpa garam. Bahan utama masakan kita itu; adoiii rasanya tak gamak nak makan bila dok tgk gambaq2 tersebut. Awat depa proses garam lagu ni ... mengkelan cek.


Bak kata P.Ramlee & Saloma dlm Filem `Ahmad Albab' :
Kasih sayang dan Cinta ibarat Garam & Gula. Tanpa gula pahitlah kopi; tanpa garam `tawaq hebiaqlah' makanan. Pasti tak berselera nak makan!







Tapi hingga ke hari ini, saya masih dok bubuh garam dlm masakan. Memang tak reti nak gantikan garam dgn bahan masakan yg lain.

Tanpa garam pasti hidup tak selazat madu; pasti hari tak seceria kenari berterbangan; pasti hati tak berbunga indah!


27 Januari 2011

Kau tercipta untukku ..


i love Chocolate! Women do love chocolate. Makan coklat umpama penenang jiwa.. boleh menghilangkan kesakitan dan boleh melupakan masalah buat seketika...

Bila rasa TENSION ke.. SUSAH HATI ke mesti nak cari coklat dan makan coklat.
Sebabnya bila makan coklat hati rasa cool sikit and my mind rasa relax je. Tak tau la orang lain kan, tapi itu la yang berlaku pada diri sendiri.

Teringat masa belajar kat SEMSAS sewaktu tgh SPM; sambil baca buku sambil makan coklat Cadburry 1 bar. hmmm selesai exam rasa badan agak `berat' skit!

Sewaktu zaman muda2 dulu hadiah yg paling sy nantikan adalah COKLAT! And my hubby (until todate) tak pernah lupa menghadiahkan coklat untuk apa jua occassions - tq honey!

Malangnya ramai yg tersalah info sering memberi reaksi negatif terhadap Coklat. Antara fakta yg salah tentang Coklat dan sering ditakuti Wanita:

1. Coklat punca jerawat : sedangkan jerawat berpunca dari amalan pemakanan yg tidak sihat; perubahan hormon; pore yg kotor dan tersumbat.

2. Kegemukan : ramai takut mkn coklat sebab takut gemuk.. sedangkan Gemuk adalahberpunca dari masalah obesiti - makan secara berlebihan tanpa melakukan senaman yg sesuai. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori yang berlebihan.


Kebaikan Coklat yg wajar kita tahu:

1. MELINDUNGI SERANGAN JANTUNG
Coklat sangat kaya dengan bahan antioxidant seperti catechins dan phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

2. COKLAT HILANGKAN STRES
Coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

3. BERTINDAK SEBAGAI ANTI-BODI & MENGAWAL KOLESTROL
Coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada klesterol darah.
Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.


Ferero Rocher; my favourite!


Tapi yang pasti Makan Coklat banyak dan tidoq tak gosok gigi akan menyebabkan Karies Gigi yang serius.

[sumber: ehoza.com]

25 Januari 2011

Air mata Nabi Adam a.s


Diceritakan semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi
sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam
itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor
burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."


Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu
sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini
membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum
pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata
taubatmu itu."


[sumber: taman Ulama']

22 Januari 2011

TOLONG INGATKAN AKU!

Nasihatilah Seorang Manusia Walaupon Engkau Seorang Pendosa





Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu berleluasa dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman."


Mungkin ramai yg takut dan tidak tergerak hatinya untuk menasihati orang lain. Begitu juga dengan diri saya sendiri. Kita sedar kita banyak melakukan dosa dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia.

Kita rasa hanya Tok Imam; Mufti; Ustaz/ustazah shj yg layak utk mberi nasihat agama kpd masyarakat.

Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira. Kalau semua orang terpaksa menunggu sehingga dirinya bersih & suci dari dosa baru dia layak menasihati sahabatnya, maka tidak ada seorangpun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tercinta.


Sebagaimana dikatakan seorang penyair:


إذا لم يعظ في الناس من هو مذنب
فمن يعظ العاصين بعد محمد

“Apabila seorang pendosa itu tidak menasihati manusia,
Maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah Nabi Muhammad kita”.

Sa’id bin Jubair berkata: “Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorangpun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar”.

Imam Malik setelah mendengar perkataan Sa’id bin Jubair berkata: “Benar apa yang dikatakan Sa’id. Siapakah yang tidak memiliki sedikitpun dosa dalam dirinya?”.

Al-Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah: “Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu”. Mutharrif menjawab: “Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan”.

Al-Hasan berkata lagi: “Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorangpun di antara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran”.

Berkata Ibnu Hazm: “Apabila orang yang mencegah dari perbuatan keji mesti orang yang tidak memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak ada seorangpun yang mencegah dari yang mungkar dan tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammadsallallahu ‘alaihi wa sallam.”

(Semua nukilan diatas dapat ditemukan dalam kitab al-Jami’ li Ahkamil Quran: 1/367, al-Qurtubi).

{Imam Nawawi berkata}:

“Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang memerintah kepada kebaikan atau orang yang mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam segala hal. Tapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan dalam hal yang diajaknya, dan ia tetap mencegah kemungkaran walau dia terkadang mengerjakan apa yang dia cegah. Kerana sesungguhnya wajib pada dirinya dua perkara iaitu : mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran; dan mengajak orang lain ke arah kepada kebaikan dan mencegah mereka dari yang mungkar. Tidak boleh dia melalaikan salah satu dari dua perkara tersebut”.
(Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi).

`Jadilah kamu pemaaf & suruhlah org mengerjakan yg ma'ruf serta berpalinglah dr org2 yg bodoh! [Al-A'raf; 199]


Semoga kita termasuk orang-orang yang selalu saling menasihati dalam kebaikan.
AMAR MA'ARUF NAHI MUNGKAR!
sumber : Taman Ulama

21 Januari 2011

RESEPI RENDANG TOK ZK:


Bahan-bahan:

a. (bahan-bahan yg perlu dikisar dgn blender)
daging 1/2kg - 1kg di potong dadu (agak2 la no.. jgn nipis sgt)
bwg besaq 4-5 labu
halia seketul tapak tgn
lengkuas seketul tapak tgn
bwg merah 10-20 ulas
bwg putih 10-15 ulas
serai 4-5 btg
cili kering segenggam
cili padi 4-5

b. (Bahan Renehan)
santan pekat RM4 - RM6 (agak2)
jintan manis & jintan putih 1/2 camca
gula gerek 2-3 keping (blh ganti ngan gula kabung @ gula merah)
kulit kayu manis

Renehkan (api pelan): Masukkan daging bersama bahan yg diblender + santan pekat + jintan manis + jintan puteh + gula gerek + kulit kayu manis


c. (Bahan terakhir)
asam keping 2-4 keping
daun limau purut 2-4 keping
daun kunyit 1-2 keping
kerisik 3-4 sudu besaq ; lebih pon sedap
garam secukop rasa
gula putih 2-3 sudu besar


selepas 2 jam:

masukkan: asam keping + daun limau purut + daun kunyit + garam + gula pasir + kerisik
Masak sampai kering.

Selamat mencuba - insyaallah mudah-mudahan menjadik ya!

20 Januari 2011

Pemaafnya Muhammad Rasulullah SAW

Setiap hari, Rasulullah S.A.W akan datang ke celahan bangunan di kota untuk mencari seorang lelaki buta berbangsa yahudi, untuk diberi makan. Rasulullah S.A.W pasti akan menyuapkan makanan ke mulut si yahudi itu setiap hari. Setiap kali baginda datang untuk menyuapkan makanan, si yahudi itu tak lepas-lepas bercakap seperti yang diwar-warkan kepada orang ramai. Sambil dia makan dari suapan Rasulullah S.A.W itu, dia bercerita;


"Ada orang bernama Muhammad, seorang gila dan pendusta. Janganlah engkau mendekatinya kelak kau akan terpengaruh dengan kata-katanya. Telah banyak orang yang mengikut Muhammad!"

Begitulah si yahudi ini setiap hari. Tetapi Rasulullah S.A.W hanya berdiam diri dan terus menyuapkan makanan. Ketika Rasulullah S.A.W wafat, Saidina Abu Bakar as-siddiq r.a menolong menyelesaikan semua kerja-kerja peninggalan Baginda. Suatu hari Abu Bakar r.a bertanya kepada Saidatina Aisyah r.ha, ada lagi atau tidak kerja Rasulullah S.A.W yang belum dibuat olehnya. Saidatina Aisyah menjawab bahawa ada seorang yahudi di kota yang Baginda selalu menyuapkan makanan kepadanya. Abu Bakar r.a pun pergi kepada yahudi itu untuk menyuapkan makanan.

Si Yahudi itu berasa pelik.
"Kamukah yang menyuapkan makanan setiap hari sebelum ini?"

Saidina Abu Bakar r.a menjawab : " Ya." "Si yahudi itu berkata lagi. " Kau tipu! Sebelum ini suapannya kecil-kecil tetapi suapan hari ini lain, tidak seperti selalu."

Saidina Abu Bakar menjawab: "Ya. Aku bukan orang sebelum ini menyuapkan makanan. Orang yang menyuapkan kamu selalu adalah seorang yang sangat mulia. Beliau telah wafat bertemu Kekasihnya. Aku adalah sahabat beliau."

Si Yahudi itu terkejut. " Siapa sahabatmu yang mulia itu, yang selalu menyuapkan makanan kepadaku?"

Saidina Abu Bakar r.a menjawab: " Beliau ialah Muhammad Rasulullah S.A.W. Beliau telah wafat, tidak dapat lagi hendak menyuapkan engkau dan aku hanyalah sebagai pengganti."


Si yahudi itu terus menangis dan memeluk Saidina Abu Bakar r.a. Dia sangat terharu dengan sifat mulia Rasulullah S.A.w. Disebabkan kemuliaan akhlak Rasulullah S.A.W , si yahudi itu terus mengucapkan kalimah syahadah memeluk Islam! Indahnya akhlak & baiknya pekertimu Ya Rasulullah!

19 Januari 2011

Kehidupan Alaf Baru!


Semalam saya bersama pembantu rumah `mun' telah ke Tesco Alor Setar untuk membeli barangan keperluan dapur. Semenjak dua menjak nih, Tesco menjadi Lokasi pilihan kerana pasaraya besar ini menawarkan hampir semua keperluan rumah termasuk barangan kering dan basah. Ini bermakna selain dari membeli barangan letrik dan pakaian, di Tesco kita juga boleh membeli keperluan harian termasuk ikan dan ayam yang belum dimasak!


Kehidupan alaf baru menyebabkan setiap orang menceburi bidang pekerjaan yang berbeza waktu kerja dan waktu cuti. Maka kita pun tepaksa memilih waktu yang sesuai untuk membeli barangan keperluan rumah dan dapur. Kalau dulu kita terpaksa bangun pagi-pagi untuk ke pasar membeli ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran. Teringat saya kepada ayah dan ibu yang adakalanya terpaksa keluar seawal 6 pagi - sesudah subuh untuk ke pasar borong membeli keperluan dapur pada harga yang murah.



Tetapi kini, kita tidak perlu bersusah payah sebegitu. Kewujudan pasaraya ONE STOP CENTRE memudahkan segala urusan. Siapa sangka kita boleh beli daun kesom; daun serai; daun pudina malah pelbagai ulam-ulaman di gedung pasaraya. Maklumlah kawasan perumahan tak sempat nak bercucuk tanam; kalau tanam pun adakalanya tidak menjadi. Nak beli ikan ; udang; ayam dan bahan masakan yang lain tak perlu bergegas ke `market' kerana semuanya boleh dibeli di Supermarket setiap hari dlm waktu operasi yg panjang sampai ke 10 malam!

Zaman moden alaf baru ... siap duit je ... semuanya boleh dibeli!!

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...