28 April 2014

oh masyarakat - ubah lah stigma!

'Last week, saya pergi ke ofis dan blk kg setelah agak lama MC. Mereka terkejut melihat saya yg kelihatan sihat, berseri-seri dan ceria, seolah-olah saya ini bukanlah seorang pesakit kanser. Reaksi mereka ini membuat saya tertanya-tanya, adakah kita sebagai pesakit kanser mesti kelihatan fragile, sedih dan nazak seolah-olah hanya menunggu mati? Mereka tak faham perasaan kita apabila 1st time doktor memberitahu kita Ada kanser & terpaksa mengumpul semangat utk menjalani rawatan kimo supaya terus survive.
Saya Ada terbaca dlm The Star, 7/4/14, satu article Celebrating Cancer Survivors. Ms Jenny Chio, BC survivor - during the treatment, I was quite well, in fact I gained weight. Everybody looked at me and said, ' huh? U got cancer? How can u put on weight? U don't look like u' r sick? . My reply was, I'm not sick. I just have cancer .' ....'
[kata-kata ini adalah luahan hati seorang sahabat CS Achik Sha yg dikongsikan di Grup FB CS.]

Bukan mudah untuk mengubah dunia ... bukan mudah untuk mengubah cara masyarakat berfikir dan memahami Kanser.

Kita hidup di Era Millenium ... Globalisasi ... Dunia tiada sempadan. Komunikasi hanya berada di hujung jari kita.. `wireless .. paperless ... online shopping  dan segala macam keajaiban akibat kecanggihan teknologi internet yang mampu menghubungkan dunia tanpa Wayar .....  Tanpa Kertas!


Malangnya masyarakat kita masih punya pemikiran minda Kelas Ke-3. Yang paling sedih masyarakat kita yang majoritinya Melayu beragama ISLAM ... tidak mempunyai Jiwa Islam.

Apabila `mereka' tahu saya mendapat penyakit Kanser ; Soalan yang sering ditanya adalah:  `Rambut gugur ke ....'  `kenapa kurus sangat ...'  
Ramai yang terkejut bila tengok kami ceria .. sihat .. `gemuk'  .. mereka menggambarkan bahawa kami  (Cancer Survivors) perlu kelihatan cengkung ... wajah pucat lesi ... kurus kering.. terlantar terbaring di atas katil (seolah-olah  sedang di ambang kematian).

Inilah akibatnya banyak sangat tengok Drama ... agaknya nak kena minta Penerbit drama atau filem mengubah `gambaran imej seorang pesakit Kanser'.

Ramai Cancer Survivors menjalani kehidupan seperti biasa. Kak Siti yang berada di Manjung Perak sering berkongi gambar beliau yang selalu berbasikal di pantai. Zareyna dan Cikgu Aliza selalu bercerita aktiviti berjogging mereka. Malah saya sendiri setiap hari akan berkebun menanam sayur-sayuran. Malah ramai yang sudah kembali bekerja sebaik sahaja selesai menjalani rawatan.

bersama Aju , Rimah , kak Rohana  &  Eta  ( kehilangan kakak tersayang akibat  leukimia)

We are Cancer Survivors .... Sel Kanser ada pelbagai Jenis dan Kategori. Ada pelbagai rawatan dan kaedah untuk membuang sel kanser. Yang paling mudah dan cepat adalah pembedahan membuang tumor atau ketulan yang mempunyai sel kanser. Rawatan Radioterapi &  kimoterapi adalah cara mematikan sel kanser sekiranya masih ada. Ini sangat penting kerana Sel Kanser mempunyai sejarah untuk kembali menyerang. samada di kawasan yang sama atau pun di tempat lain. Alhamdulillah dengan teknologi perubatan yang semakin moden dan canggih .. rawatan menjadi semakin tepat. Ramai yang kembali pulih dan sihat seperti biasa. We are CANCER SURVIVORS.

bersama Saadiah Hashim dari Melaka: WE ARE CANCER SURVIVORS



4 ulasan:

norbashima berkata...

Salam,

Well said Zue...i'm 110% agreed with you...keep on writing and motivate us..hugs & kisses...

Zuraini Kamal berkata...

tq noba

Bunda a.k.a KN berkata...

Salam pn.Zu...saya bangga dengan semangat awak...

Akmal berkata...

Salam ceria..

Saya bukan pesakit kanser..

Saya pernah tonton video The Secret (berkaitan The Law Of Attraction). Boleh tonton di Youtube.

Seorang wanita disahkan kanser disahkan sembuh serta merta, doktor pun hairan.

Apa yang wanita tu buat? Dia beritahu bahawa sejak dia tahu dia hidap kanser, dia bayangkan yang dia sihat walafiat dan bayangkan kansernya makin sembuh dari sehari ke sehari.
Dia jalani hidup dengan ceria, bersyukur dengan kehidupannya, fokus kepada apa yang dia suka, apa yang menggembirakannya dan impiannya, seolah2 dia tiada penyakit langsung.

Pakar Law Of Attraction menyatakan sel2 tubuh kita mampu bertindak mengikut fikiran kita, maka sebab itu penyakit kanser wanita itu boleh lenyap dengan tiba-tiba. Jika asyik fikir dan fokus yang negatif, sedih dan takut, yang lebih buruklah akan berlaku.

Semua dengan izin Allah jua.

*The Secret / Law Of Attraction adalah suatu penjelasan sains dan logik yang sangat bermanfaat dan berkaitan dengan sunnatullah, namun pada akhir2 video itu pakar2 tersebut menyamakan universe (alam) dengan Tuhan/Allah kerana mereka berfahaman atheis. Oleh yang demikian ambillah isinya sahaja dan abaikan prinsip kepercayaan tidak bertuhan video itu.
Hakikatnya ilmu itu berasal dari ajaran Islam jua.

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...