apa itu CT Scan (contrast):
turut dikenali sebagai:- Computed tomography scan - abdomen; CT scan - abdomen; CAT scan - abdomen.
CT Scan dapat menggambarkan imej tubuh secara menyeluruh termasuk Tulang, Lemak, Organ Dalaman dan juga urat darah. Ianya lebih terperinci jika dibandingkan dengan imej X-rays.
ini mesin Scanner .. kita akan berbaring dan diminta bernafas mengikut arahan. Adakalanya kena tahan nafas & bertenang |
sebelum memulakan prosedur CT Scan .. nak kena minum `sirap pink' 700 ml .. adoiii bercinta gak nak menghabiskan sebotol ini |
`Contrast' merujuk kepada cecair yang diminum atau yang dimasukkan ke dalam tubuh melalui lubang dubur dan yang dicucuk melalui IV (an intravenous line). Prosedur Contrast ini memerlukan pesakit untuk berpuasa beberapa jam sebelum CT Scan dapat dilaksanakan.
ini lah rupa imej tubuh yang telah di imbas oleh CT Scan ... contrast akan menjadikan imej yang lebih terang. Sel Kanser atau Tumor akan kelihatan lebih jelas dengan Contrast |
Ini adalah antara imej yang dihasilkan oleh CT Scan. Ianya merupakan kaedah untuk Doktor Onko memastikan bahawa kuman atau sel Kanser masih ada dalam tubuh badan pesakit. Penantian adalah merupakan satu debaran. Keputusan CT Scan Contrast yang saya lakukan hanya dapat diketahui pada minggu hadapan. Mendoakan agar tiada sel Kanser yang baru kembali menyerang organ dalam tubuh.
Sesungguhnya setiap penyakit itu merupakan anugerah dari ALLAH SWT. Kita hanya mampu berusaha ... berdoa & bertawakkal kpd ALLAH SWT.
3 ulasan:
Semoga urusan dipermudahkan Nya, amin
Slm Kak Zue..mcmana nk join grup akak. My sister baru je diagnose dgn colon cancer stge 3.
juz add me kat FB then pm sy menyatakan hasrat nak join the grup
Catat Ulasan