Alhamdulillah peluang menjadi tetamu dalam Rancangan Celik Hati di TV9 bersama Prof Muhaya, memberikan saya sedikit ruang berkongsi pengalaman sebagai seorang Bebas Kanser (cancer survivor). Mesej utama yang ingin saya sampaikan adalah:
Celik Hati TV9 episode 1/2014 |
1. Pesakit Kanser perlu `reach out' .. mendapatkan sokongan moral dari kalangan pesakit kanser & keluarga terdekat. ini sangat penting kerana ianya mampu membantu pemulihan yang segera. Apabila kita mempunyai kekuatan mental in sha ALLAH ianya dapat membantu memulihkan kesihatan fizikal. Ubat-ubatan dan rawatan hanyalah sekadar bantuan perubatan... yang paling penting adalah membenarkan tubuh kita merawat diri kita sendiri.
2. Masyarakat perlu mengubah stigma terhadap Kanser & pesakit Kanser. Kami perlu dilayan seperti biasa. Jangan `melayani kami dengan pandangan mata dan cebikan mulut' seolah-olah Kanser merupakan Hukuman dari ALLAH SWT terhadap dosa-dosa yang kami lakukan.
Tiada manusia yang maksum tidak melakukan Dosa melainkan Nabi Muhammad SAW yg sentiasa terpelihara & dilindungi ALLAH SWT. Muhammad SAW Rasul yg maksum.
Anggaplah Kanser adalah merupakan anugerah ALLAH SWT yg didatangkan sebagai ujian kepada kami hambaNYA yg dhoif dan lemah. Alhamdulillah .. syukur kepada ALLAH SWT yg telah menjanjikan bahawa Penyakit juga merupakan kafarah dosa-dosa kami.
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
Kepada Pesakit Kanser yang ingin menyertai CANCER SURVIVORS Grup sila nyatakan hasrat di FB saya dan jadi rakan FB saya untuk memudahkan kita berkomunikasi : https://www.facebook.com/zuraini.kamal?ref=tn_tnmn
Kanser merupakan sejenis penyakit yang memerlukan rawatan yang panjang dan sangat meletihkan. You can not face this alone. Let us do it together. Sharing is sedeqah!
Kanser merupakan sejenis penyakit yang memerlukan rawatan yang panjang dan sangat meletihkan. You can not face this alone. Let us do it together. Sharing is sedeqah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan