17 April 2011

life does begin at 40 .......... adoiiii


Saya seorang yang sangat menjaga kesihatan dan penampilan diri.
Yes i am a vein woman! but who isn't??.........

Saya percaya kepada gaya hidup sihat dan sangat aktif semenjak di bangku sekolah. Sering mewakili sekolah; daerah dan juga negeri dalam acara sukan dan kejohanan olahraga. Malah sewaktu di ITM Arau saya bermain hoki; ping pong; tennis; softball dan pelbagai aktiviti ko-kurikulum yang lain termasuk seni silat gayung! Hingga kini pada usia 40-an saya masih lagi bersenam dan bersukan walaupon tidak secara serius.


Makan? i love to eat and i appreciate good food!
Minat memasak menyebabkan saya jarang makan di luar. Apabila memasak; kita boleh memilih bahan-bahan yang lebih organik; kurang berlemak. Bila menggoreng saya menggunakan minyak masak jenis `canola' , bunga matahari atau minyak jagung! Malah garam untuk memasak pon saya guna `garam bukit' (rock salt 100% natural) . Honestly I am a health-conscious person.

Saya pastikan anak-anak serta keluarga menikmati makanan yang sihat & berkhasiat.
We do eat KFC; Mc Donalds and sometimes Pizza, but not often! jarang-jarang..........
Saya tidak merokok; mengambil dadah & alkohol; malah saya tak minum minuman bekarbonat! Di rumah saya, kita tak pernah beli Coke; Sprite - minuman bergas yang lain! kami sering mengamalkan minum jus buatan sendiri seperti green apple + carrot dan jus mempelam.



But no matter what i do ... penyakit tetap datang apabila usia menginjak 40 ...

Kelmarin secara tidak sengaja; saya memeriksa tekanan darah; dan sangat mengejutkan; BP saya 182/112 ..wow. semenjak akhir-akhir ini BP (blood preasure) saya agak tinggi. Pernah di bulan Oktober 2010 sewaktu di Madinah (musim haji) BP saya: 176/120. masa tuh saya rasa dunia di sekeliling seolah-olah berputar-putar; terasa macam nak pitam! Ingatkan masalah perubahan cuaca; rupa-rupanya BP naik tinggi tanpa disedari. Stress kot!




Sahabat saya; Doktor Zaki Zamani telah mengingatkan saya agar mula mengambil ubat COVERSYL 4mg, bagi membantu mengurangkan tekanan darah. Walaupun saya tak suka; tapi saya tidak punya pilihan yang lain.

At age of 40 macam- macam penyakit datang tanpa diundang. Mata pon dah hilang keupayaan - `short sighted' kena pakai `reading glasses'... kolestrol pon tak berkurangan walaupon jarang makan sotong; udang & ketam. BP naik tanpa disedari walaupon hidup masih aktif dan sentiasa menjaga pemakanan... hmmmm its true Life does begin at 40 ya ....

Daripada Abdullah ibn Abbas r.a katanya, rasulullah s.a.w bersabda, dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan.

4 ulasan:

Granny Hani berkata...

Bila berumur, kedatangan penyakit tu kira tetamu yg tak di undang lah..tak berjemput pun, tiba jugak.cepat atau lambat jer..Dengan ikhtiar, jaga kesihatan dan doa kita dapat kurangkan risiko penyakit merbahaya..setiap penyakit ada ubat kecuali mati.

Zuraini Kamal berkata...

tq kak hani; nasihat & peringatan yg baik... sedih jugak .. tp redho

HHalem berkata...

Makkk aaiiii:-)

Tinggi nyaaa BP.

Jaga-jaga STROKE / Angin Akhmar dah mengundang.

Sya pun ada juga BP. Paling tinggi 144/88.

Petua control cukup simple.

1- Cukup Tidur. Paling lewat jam 11 dah masuk tidur. Kalau x cukup tidur 3 hari berturut-turut, mula lah nak pening kepala. Tension mudah datang.

2- Makanan ber-colestrol jangan sentuh sekali. Example seafood, ketam, udang. Durian Kubang Rotan jgn makan langsung.

3- Ikan Masin pungai kot tingkap.
Kubang Rotan banyak ikan masin.

4- Kerja banyak. Over-worked. Memang tak dapat di elakan. Sekurang-kurang nya 3 perkara di atas dapat control, dapat lah juga balance dgn over-worked ni.

Zuraini Kamal berkata...

tq HHalem; semua yg dipesan tuh sama mcm yg Doktor dok pesan.. tp sukar nak ubah tabiat tidur; rutin kerja & tabiat pemakanan... insyaallah akan sentiasa menjaga kesihatan

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...