28 April 2014

oh masyarakat - ubah lah stigma!

'Last week, saya pergi ke ofis dan blk kg setelah agak lama MC. Mereka terkejut melihat saya yg kelihatan sihat, berseri-seri dan ceria, seolah-olah saya ini bukanlah seorang pesakit kanser. Reaksi mereka ini membuat saya tertanya-tanya, adakah kita sebagai pesakit kanser mesti kelihatan fragile, sedih dan nazak seolah-olah hanya menunggu mati? Mereka tak faham perasaan kita apabila 1st time doktor memberitahu kita Ada kanser & terpaksa mengumpul semangat utk menjalani rawatan kimo supaya terus survive.
Saya Ada terbaca dlm The Star, 7/4/14, satu article Celebrating Cancer Survivors. Ms Jenny Chio, BC survivor - during the treatment, I was quite well, in fact I gained weight. Everybody looked at me and said, ' huh? U got cancer? How can u put on weight? U don't look like u' r sick? . My reply was, I'm not sick. I just have cancer .' ....'
[kata-kata ini adalah luahan hati seorang sahabat CS Achik Sha yg dikongsikan di Grup FB CS.]

Bukan mudah untuk mengubah dunia ... bukan mudah untuk mengubah cara masyarakat berfikir dan memahami Kanser.

Kita hidup di Era Millenium ... Globalisasi ... Dunia tiada sempadan. Komunikasi hanya berada di hujung jari kita.. `wireless .. paperless ... online shopping  dan segala macam keajaiban akibat kecanggihan teknologi internet yang mampu menghubungkan dunia tanpa Wayar .....  Tanpa Kertas!


Malangnya masyarakat kita masih punya pemikiran minda Kelas Ke-3. Yang paling sedih masyarakat kita yang majoritinya Melayu beragama ISLAM ... tidak mempunyai Jiwa Islam.

Apabila `mereka' tahu saya mendapat penyakit Kanser ; Soalan yang sering ditanya adalah:  `Rambut gugur ke ....'  `kenapa kurus sangat ...'  
Ramai yang terkejut bila tengok kami ceria .. sihat .. `gemuk'  .. mereka menggambarkan bahawa kami  (Cancer Survivors) perlu kelihatan cengkung ... wajah pucat lesi ... kurus kering.. terlantar terbaring di atas katil (seolah-olah  sedang di ambang kematian).

Inilah akibatnya banyak sangat tengok Drama ... agaknya nak kena minta Penerbit drama atau filem mengubah `gambaran imej seorang pesakit Kanser'.

Ramai Cancer Survivors menjalani kehidupan seperti biasa. Kak Siti yang berada di Manjung Perak sering berkongi gambar beliau yang selalu berbasikal di pantai. Zareyna dan Cikgu Aliza selalu bercerita aktiviti berjogging mereka. Malah saya sendiri setiap hari akan berkebun menanam sayur-sayuran. Malah ramai yang sudah kembali bekerja sebaik sahaja selesai menjalani rawatan.

bersama Aju , Rimah , kak Rohana  &  Eta  ( kehilangan kakak tersayang akibat  leukimia)

We are Cancer Survivors .... Sel Kanser ada pelbagai Jenis dan Kategori. Ada pelbagai rawatan dan kaedah untuk membuang sel kanser. Yang paling mudah dan cepat adalah pembedahan membuang tumor atau ketulan yang mempunyai sel kanser. Rawatan Radioterapi &  kimoterapi adalah cara mematikan sel kanser sekiranya masih ada. Ini sangat penting kerana Sel Kanser mempunyai sejarah untuk kembali menyerang. samada di kawasan yang sama atau pun di tempat lain. Alhamdulillah dengan teknologi perubatan yang semakin moden dan canggih .. rawatan menjadi semakin tepat. Ramai yang kembali pulih dan sihat seperti biasa. We are CANCER SURVIVORS.

bersama Saadiah Hashim dari Melaka: WE ARE CANCER SURVIVORS



26 April 2014

Be a shoulder to cry on - telinga mendengar - bahu menangis:



Saya mendapat pelbagai response yang sangat positif dari pembaca blog  ini dan juga penonton Rancangan Celik Hati : Aku Ingin Hidup di TV9. Ramai pesakit Kanser dan keluarga yang terdekat sangat keliru dan tidak tahu bagaimana mengawal emosi dan menangani kecelaruan  emosi diri. Saya teringat detik-detik sukar saya sewaktu mula disahkan mengidap Kanser Endometrium.
[private text dari Kak Rozmey] As salam Zue...Tq for sharing with my mum.. Zue dear..Could you please share in your blog how the family members could render help to our loved ones who are stricken with cancer.Besides asking Allah for help what else can we do? At times Kak Roz feels so helpless.

Sewaktu Dr Zuraini (Gynae di Kedah Medical Centre) memaklumkan kepada saya tentang Laporan Makmal yang mengesahkan terdapat sel kanser  di Endometrium ... saya sangat terkejut. Blank - Bengong  Kosong - Kelam - Rasa macam nak rebah . 
Berulang kali saya beristighfar .... berulang kali saya menyebut nama ALLAH. Saya gagahi juga memandu pulang ke rumah.

Alangkah seronoknya jika saya dapat berkongsi kesedihan ini. Alangkah ringan bebanan yang dipikul jika ada yang sudi menangis bersama-sama. Tapi Bagaimana hendak berkongsi berita ini dengan orang tersayang dan keluarga terdekat? Apa pula reaksi mereka? 1001  persoalan bermain diminda membuatkan saya menyembunyikan berita ini. Kerana merasakan Kanser merupakan penyakit yang membawa kematian dan kesengsaraan.

Mempunyai anak  atau suami/isteri yang mengidap kanser ... anda perlu banyak bersabar Menangani Kerenah pesakit kanser yang senantiasa mahukan perhatian dan ingin `dimanjakan'. Perhatian yang penuh Kasih sayang merupakan ubat yang paling mujarab yang dapat membantu menguatkan emosi kami.

Bukan mudah menyantuni ibu atau ayah yang mengidap Kanser. Kita sukar meramal apa yang terbuku di hati mereka. Maklumlah ibu bapa adalah tonggak keluarga apabila mereka tua dan sakit .. mereka tidak mahu menyusahkan anak-anak.

Nasihat saya.... Jadilah A shoulder to cry on - Telinga yang sentiasa mendengar - Bahu tempat kami menangis. Jangan jemu mendengar cerita kami yang akan sentiasa diulang dan berulang. Jangan jemu mendengar rintihan dan rungutan kami yang berterusan. Adakalanya kami sendiri tidak tahu apa yang kami inginkan.

Sabar .. Kuat .. Tabah .... Redho .... adalah merupakan `zikir' yang kami ulang dan ulang disebut dalam hati dalam minda. Usah INGATKAN  kami ... Kami Tidak pernah lupa bahawa diri ini .. jasad .. roh .. nyawa kami segala-galanya milik ALLAH SWT.

`Adakalanya anda tidak perlu berkata-kata: Peluk lah kami ... comfort us ....  Pandanglah ke mata kami dan katakan: .. It's Okey ... Jangan Takut ALLAH kan ADA! ........... shower us with your Love & care .....'

Tiada kata yang dapat merungkai apa yang terbuku di jiwa kami ... kerana kami hanyalah insan biasa. Kami sendiri tidak memahami dan tidak tahu Apa yang patut kami lakukan dan Apa yang patut kami katakan.
Untuk membina kekuatan dan memberi panduan yang lebih baik ... Pesakit Kanser & keluarga pesakit kanser perlu bertemu berhubung dan berjumpa dengan pesakit kanser yang lain. Sertai rangkaian kumpulan sokongan .. NGO yang berkaitan dengan Kanser. Join MAKNA atau berdaftar dengan pihak hospital mohon bantuan kumpulan sokongan. Dapatkan banyak maklumat melalui internet.
Remember: YOU ARE NEVER ALONE - marilah bersama kita berjuang untuk hidup sihat & BEBAS KANSER: aku ingin hidup!


23 April 2014

Bagaimana hendak menyertai rangkaian sahabat CANCER SURVIVORS

Alhamdulillah peluang menjadi tetamu dalam Rancangan Celik Hati di TV9 bersama Prof Muhaya, memberikan saya sedikit ruang berkongsi pengalaman sebagai seorang Bebas Kanser (cancer survivor).  Mesej utama yang ingin saya sampaikan adalah:

Celik Hati TV9 episode 1/2014
1. Pesakit Kanser perlu `reach out' .. mendapatkan sokongan moral dari kalangan pesakit kanser & keluarga terdekat. ini sangat penting kerana ianya mampu membantu pemulihan yang segera. Apabila kita mempunyai kekuatan mental in sha ALLAH ianya dapat membantu memulihkan kesihatan fizikal. Ubat-ubatan dan rawatan hanyalah sekadar bantuan perubatan... yang paling penting adalah membenarkan tubuh kita  merawat diri kita sendiri.

2. Masyarakat perlu mengubah stigma terhadap Kanser & pesakit Kanser. Kami perlu dilayan seperti biasa. Jangan `melayani kami dengan pandangan mata dan cebikan mulut' seolah-olah Kanser merupakan Hukuman dari ALLAH SWT terhadap dosa-dosa yang kami lakukan.
Tiada manusia yang maksum tidak melakukan Dosa melainkan Nabi Muhammad SAW yg sentiasa terpelihara & dilindungi ALLAH SWT. Muhammad SAW Rasul yg maksum.

Anggaplah Kanser adalah merupakan anugerah ALLAH SWT yg didatangkan sebagai ujian kepada kami hambaNYA yg dhoif dan lemah. Alhamdulillah .. syukur kepada ALLAH SWT yg telah menjanjikan bahawa Penyakit juga merupakan kafarah dosa-dosa kami.
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.

Kepada Pesakit Kanser yang ingin menyertai CANCER SURVIVORS Grup sila nyatakan hasrat di FB saya dan jadi rakan FB saya untuk memudahkan kita berkomunikasi :   https://www.facebook.com/zuraini.kamal?ref=tn_tnmn

Kanser merupakan sejenis penyakit yang memerlukan rawatan yang panjang dan sangat meletihkan. You can not  face this alone. Let us do it together.
Sharing is sedeqah!

13 April 2014

CT Scan Contrast:

13 April Jam 8.30 pagi ... saya diminta berpuasa semenjak jam 12mlm (12hb April). ini kerana saya akan menjalani  satu lagi  prosedur sebagai Pesakit Kanser; Ct Scan Contrast. Ianya telah menjadi Rutin tahunan atau setiap 6 bulan dan hari ini adalah rutin yang ke- 8 semenjak saya disahkan Mengidap Kanser  (April 2012).

apa itu CT Scan (contrast):
turut dikenali sebagai:- Computed tomography scan - abdomen; CT scan - abdomen; CAT scan - abdomen.

CT Scan dapat menggambarkan imej tubuh secara menyeluruh termasuk Tulang, Lemak, Organ Dalaman dan juga urat darah. Ianya lebih terperinci jika dibandingkan dengan imej X-rays.

ini mesin Scanner .. kita akan berbaring dan diminta bernafas  mengikut arahan. Adakalanya kena tahan nafas & bertenang


sebelum memulakan prosedur CT Scan .. nak kena minum `sirap pink' 700 ml .. adoiii bercinta gak nak menghabiskan sebotol ini
`Contrast' merujuk kepada cecair yang diminum atau yang dimasukkan ke dalam tubuh melalui lubang dubur dan yang dicucuk melalui IV (an intravenous line). Prosedur Contrast ini memerlukan pesakit untuk berpuasa beberapa jam sebelum CT Scan dapat dilaksanakan.

ini lah rupa imej tubuh yang telah di imbas oleh CT Scan ... contrast akan menjadikan imej yang lebih terang. Sel Kanser atau Tumor akan kelihatan lebih jelas dengan Contrast

Ini adalah antara imej yang dihasilkan oleh CT Scan. Ianya merupakan kaedah untuk Doktor Onko memastikan bahawa kuman atau sel Kanser masih ada dalam tubuh badan pesakit. Penantian adalah merupakan satu debaran. Keputusan CT Scan Contrast yang saya lakukan hanya dapat diketahui pada minggu hadapan. Mendoakan agar tiada sel Kanser yang baru kembali menyerang organ dalam tubuh.

Sesungguhnya setiap penyakit itu merupakan anugerah dari ALLAH SWT. Kita hanya mampu berusaha ... berdoa & bertawakkal kpd ALLAH SWT.





11 April 2014

Beberapa nota peringatan ........


1. U know your body best! Doktor bukan tuhan. Sekiranya kita merasakan ada perubahan pada kesihatan diri sendiri, segera dapatkan pemeriksaan lanjutan. Kita kena hargai dan bertanggung jawab terhadap tubuh badan yang merupakan anugerah Allah swt

Contoh: Haid yg ber lanjutan , tidak normal... `discharge' pada vagina yg tak normal ... ketulan, benjolan pada bahagian payudara.. sakit kepala atau migraine yang berpanjangan. Senggugut yang teruk .. dll (u should know better lah kan ... it's your body )

2. Apabila di diagnose oleh pakar.. tak salah dptkan 2nd opinion utk pengesahan. Tetapi yg paling utama dptkan rawatan segera. Rawatan perubatan yg cepat & tepat mampu menjamin kadar pemulihan yg terbaik. Sekarang rawatan perubatan sangat `advance'. Ada pelbagai kaedah rawatan yg tidak.memudaratkan malah memberi hasil yg sgt baik. Ramai pesakit cancer survive dah blh menjalani kehidupan normal selepas rawatan. Malah sahabat saya Puan Nor Hidayah telah melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat selepas selesai menjalani rawatan kimo akibat dari penyakit Kanser Payudara yang beliau hidapi.


baby ajaib:  nur adriana saffiya berusia 10 hari

3. Kaedah rawatan alternatif ada banyak di pasaran malangnya terlalu ramai Pengamal perubatan rawatan alternatif dan tiada yang dapat mengesahkan yg mana Benar2 tulen. Dan tiada rekod yang boleh membuktikan rawatan tertentu itu berkesan dan sesuai untuk setiap jenis pesakit Kanser. Sanggupkah anda mengambil risiko tersebut?

TV9 : Celik Hati 2014 Eps 01 - Aku Ingin Hidup minit 19.40

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman; moga perkongsian kecil ini dapat memberi inspirasi  dan motivasi kepada pesakit kanser yang lain. Selamat menonton saya di minit ke 19:40

02 April 2014

Bayi Ajaib: anugerah dr Allah SWT

Bangun pagi terus membaca mesej watsapp. Alhamdulillah sahabat saya Puan Nur Hidayah seorang peguam yg menetap di Kuantan telah memaklumkan bahawa beliau selamat melahirkan seorang bayi perempuan.  Allahuakbar menangis saya membaca mesej tersebut. Nur Hidayah merupakan ahli kpd  Cancer Survivors grup di Watsapp. Walaupun beliau sedang sarat mengandung, Nhidayah terpaksa menjalani rawatan Kimoterapi kerana mengidap Kanser Payudara.

Saya mendoakan agar ibu dan bayi sentiasa dlm peliharaan Allah Swt. Buat Hidayah ; saya kagumi ketabahan dan kecekalan anda. Teruskan perjuangan. Teruskan rawatan. In sha Allah segala2nya akan dipermudahkan.  Sabar dan tabahkan hati. Saya percaya keluarga dan sahabat senantiasa berada bersama anda. You are never alone dear.

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...