30 April 2011

Tq Allah


Saya pinta KEKUATAN; Allah beri cabaran dan menjadikan saya lebih Tabah. Saya pohon KEBIJAKSANAAN; Allah anugerahkan kekusutan untuk dileraikan. Saya minta KEBERANIAN; Allah beri rintangan untuk diatasi. Saya mohon CINTA KASIH SAYANG; Allah anugerahkan kesukaran agar ada yang sudi membantu. Saya minta PERTOLONGAN; Allah beri peluang. Mungkin saya tak dapat APA yang dihajati ... tetapi Allah anugerahkan saya segala-galanya yang saya perlukan!


Ada sahabat yang bertanya; `banyak ke hadiah yang diterima; sempena meraikan Hari Kelahiran saya yang genap 42 tahun.' Terus terang saya katakan tiada hadiah yang lebih bermakna dari doa dan redho kedua ibu bapa serta kaum keluarga. Malah ramai sahabat dan teman FB yang mengucapkan `selamat' serta mendoakan saya dan keluarga.


Apa lagi yang saya perlukan dalam hidup?

Alhamdulillah di usia sebegini saya telah memiliki segala yang saya perlukan dan tiada lagi yang lebih saya inginkan melainkan redho keluarga dan redho Allah swt.

Terima kasih buat teman yang sudi mendoakan saya: dipanjangkan usia; diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeqi. Ramai yang mendoakan kebahagian saya di dunia dan di akhirat kelak. Ya Rabb ... demi `keberkatan Jumaat - penghulu segala hari' semoga semua doa tersebut dimakbulkan Allah swt. Alangkah bahagianya saya masih punya keluarga dan teman yang menyayangi diri ini. Apa lagi yang saya inginkan ....




Kita minta pada ALLAH setangkai bunga yang indah, ALLAH beri Kaktus Berduri. Kita minta Kupu-kupu ALLAH beri Ulat; kita marah, kecewa dan sedih. Namun kemudian Kaktus Berbunga Indah dan Ulat menjadi Kupu-kupu yang Cantik. Subhanallah Maha Suci ALLAH Yang Maha Mengetahui. SABAR dan REDHO' insyaallah setiap yang berlaku terasa nikmatNYA.

4 ulasan:

Granny Hani berkata...

sorry..singgah di sini dan baru tau rupanya menyambut birthday yer..belated birthday wish to you..may God bless you n Alhamdullilah, bahagia itu sudah milik anda..

Zuraini Kamal berkata...

tq kak hani kerana sudi menyinggah di laman cek yg serba kekurangan ini; tak dan nak jamu kopi :)

HHalem berkata...

Puan Zuraini:-)
Selamat Pagi.

Happy belated birthday.

Dah cecah 42.
Tak nampak 42 pun.
Muka cekang macam 32 thn.

Banyak makan mahjun kot untuk tenaga dan awet muda.:-)

Anyway selamat berjuang dan Puan amat dikagumi krn Kubang Rotan ni bukan calang-calang tempat. Banyak penganut-penganut Pas semenjak dolu kala lagi.

Zuraini Kamal berkata...

tq HHale; kita buat sekadar termampu.

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...