11 April 2011

sapa yang tak dak masalah ...



Bumi mana yang tak basah ditimpa hujan....
lautan mana yang tak bergelora dipukul ombak


Siapa yang tak dak masalah ........ ???

Yang bekerja ; ada masalah tentang bos dan rakan sekerja malah ada yang terlibat dalam `politik di tempat kerja'
Yang jadi bos; akan ada masalah dengan anak buah
Yang jadi BIG Bos @ `tokeh' (pemilik syarikat) pasti ada masalah tentang pekerjanya ...

Yang tak bekerja; lagi bermasalah: sebab `penganggur' akan sentiasa dihimpit keresahan & kebimbangan yang tak berkesudahan!

Yang solo; memikirkan bila nak kawin? dengan siapa nak kawin? dan pelbagai 1000 persoalan
Yang berkeluarga; memikirkan masalah tanggungjawab yang adakalanya sangat membebankan

Masalah hari ini; kita cuba selesaikan untuk hari ini sahaja; esok kita fikirkan masalah yang lain pula. Dan setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya; fikir dengan tenang dan waras; jika tidak ketemu maka dapatkan bantuan khidmat nasihat dari orang yang kita percaya dan kita hormati; insyaallah Allah akan bantu kita.


Solat dan berdoa adalah perkara yang wajib bagi umat Islam; jangan hanya bersolat dan berdoa kerana mencari jalan penyelesaian dan laluan terhadap segala persoalan. Sebetulnya kita harus beribadah dengan hati yang lebih tenang dan redho. barulah kita lebih khusyu' dan fokus.

cuba kita renungkan firman Allah swt:

" Sesungguhnya solat itu mencegah dari perkara keji dan mungkar ".

Tetapi mengapa seorang yang bersolat 5 kali setiap hari, bahkan melazimi solat di masjid, tetapi tetap juga melakukan perkara2 yang keji , mungkar dan maksiat?
Isunya, bukan formula Allah yang salah. Tetapi cara kita menggunakan formula itu yang tidak betul. Hati yang kotor, ibadah yang tidak ikhlas, tidak sempurna, masakan dapat sampai kepada kehendak sebenar Allah dalam ayat tersebut.

Sedangkan maksud Allah dalam ayat tersebut adalah : Sesungguhnya solat yang sempurna akan dapat mencegah orang yang bersolat itu dari terjebak dalam perkara keji dan mungkar.
Kita dan Solat. Kita dan Al-Quran.
Semoga kita kembali memperbaiki hubungan kita dengan Allah swt.

Siapa yang tak dak masalah ..... sila angkat tangan!? ...........

2 ulasan:

Granny Hani berkata...

sapa yg tak de masaalah angkat tangan..kan tak de yg angkat tangan tu..

Zuraini Kamal berkata...

he he he; cek pon tak nampak!

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...