Sayangi diri anda sendiri sebelum menyayangi insan lain!
Kalau kita naik flight; pramugari selalu berpesan: `save yourself first; before u save others; maksudnya pastikan diri anda selamat terlebih dahulu; sebelum anda bertindak menyelamatkan nyawa orang lain!
Teringat pesanan Dr Azizan; seorang pakar motivasi: `setiap pagi bila anda bangun dari tidur; ucapkan TERIMA KASIH pada diri anda sendiri; THANK YOU ZURAINI KAMAL!
Malangnya; kita sering mendahulukan orang lain dari diri sendiri. Kita menyayangi `orang lain' dahulu sebelum menyayangi diri sendiri. Kita suka jaga hati `orang lain' walaupon hati sendiri terluka jiwa sendiri melara.
“Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah SAW, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dunia hari ini yang penuh dengan pelbagai cabaran & tekanan; memaksa kita untuk memikirkan diri sendiri sebelum orang lain! Love yourself first before others. Hargai diri anda sebelum menghargai diri orang lain. Jaga kesihatan diri sendiri; bila kita sihat barulah kita mampu menjaga orang lain.
Ramai wanita yang bekerjaya dan bekeluarga sering mengabaikan penjagaan kesihatan dan ketrampilan diri dengan alasan; sibuk! Ada yang tidak pernah membuat pemeriksaan kesihatan secara `regular'. Kita sering menyangkakan diri kita sihat kerana tak demam atau mengalami simptom-simptom yang lain seperti sakit kepala, selsema, batuk, lenguh-lenguh badan dan sebagainya.
Kesibukan mencari wang; membina kerjaya; mencipta kejayaan dan membesarkan empayar perniagaan; menjadikan kita manusia yang sibuk dan lupa tentang sakit!
Apabila badan kita penat dan kurang istirehat kita mudah diserang penyakit kerana antibodi kita lemah. Terlalu kuat bekerja; memendam rasa dan banyak berfikir boleh menyebabkan wanita mudah stress dan kemudian menjadi lebih parah ; ke tahap depression.
Kadang-kadang apabila u push yourself too much pon tak bagus jugak. Zaman dulu pabila usia kita muda; fizikal & mental kita masih kuat, kita tak mudah tertekan atau mengalami gangguan jiwa.
Tapi kini pabila usia meningkat segalanya berkurangan; hormon jugak kurang stabil boleh memberi gangguan emosi. Bebanan tugas yang bertambah; kita terlalu mengambil berat dan memikul tanggungjwb yang banyak; tanpa kita sedari mungkin kita hanya memaksa diri sendiri ........ itu yang menimbulkan konflik dan menjadi punca gangguan masalah kesihatan...
Kita perlu kenali keupayaan diri sendiri; and listen to your body!!!
1 ulasan:
I love u 2...
Catat Ulasan