menulis dari hati .. menulis apa yang ku fikirkan ... dari pengalamanku .. pengalaman sahabat di sekelilingku. Menulis dari ilham yang dianugerahkan ALLAH SWT kepadaku. Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada yang sudi membaca.
21 April 2017
12 April 2017
if u can survive cancer u can survive anything!
Alhamdulillah ...
Izinkan saya berkongsi kegembiraan.
This tiny little angel is my cucu sulong Husnul Wafiyya berusia 3 bulan hari ini (11 Mac 2017).
And thats my pic in 2012: waktu itu saya sedang menjalani rawatan Radioterapi. Kuruskan .. pucat lesi muka saya. Ive lost almost 10 kg selepas operation dan sewaktu Radioterapi.
Siapa sangka ya .. hari ini saya masih hidup untuk melihat kelahiran cucu saya. My next generation.
masih saya ingat lagi pada bulan Mac 2012 sewaktu disahkan mengidap Kanser Endometrium, saya bertanya kepada Dr Badrul Zaman - Soalan saya kepada beliau: 'berapa lama saya boleh hidup?'
Setelah menjalani rawatan baru saya sedar bahawa Kanser boleh dirawat dan pesakit kanser boleh sembuh seperti normal.
Kanser bukanlah Kematian. Kanser sekadar ujian dari Allah SWT. Penyakit ini menguji kekuatan, ketabahan mental dan jiwa kita serta memberi ruang untuk kita memperbaiki kekurangan diri.
Nasihat saya kepada teman pembaca blog saya .. please njoy life ... hargai setiap detik dalam hidup kita. Hargai setiap orang yg hadir dalam hidup kita.
Kepada pesakit kanser sangat PENTING untuk mendapatkan Rawatan awal. Pastikan anda mendapatkan rawatan yg tepat dengan kadar yang segera kerana ianya menjamin kesembuhan!
Pesakit Kanser boleh pulih dan menjalani kehidupan normal semula.
i am a cancer survivor 2012
if u can survive cancer u can survive anything!
if u can survive cancer u can survive anything!
zuraini kamal
17 Januari 2017
Kanser Pita Suara: bagaimana kami makan
"bagaimana aku makan?"
Nampaknya ramai juga yang tertanya2 bagaimana orang2 yang tiada vocal cord seperti aku ini makan. Melalui manakah makanan dimasukkan dan bagaimanakah laluan makanan tersebut untuk sampai ke dalam perut kami.
Mungkin perkara yang menimbulkan kekeliruan mereka itu adalah apabila mereka melihat laryngectomee stoma di leher aku ini. Malah ada juga yang menganggap makanan perlu dimasukkan melalui stoma tersebut. Hermmm...
🤔
🤔
🤔
Baik, biar aku jelaskan. Mari kita lihat Diagram di bawah. Diagram A adalah anda semua sekarang ini dan aku pada suatu ketika dulu. Organ kita sempurna, cara makan kita pun sama. Kita akan makan dan minum melalui mulut, makanan dan minuman akan melalui salur esophagus dan terus masuk ke dalam perut.
Dalam masa yang sama kita akan bernafas menggunakan hidung/ mulut, udara akan melalui salur trachea terus ke paru2. Di sinilah vocal cord memainkan peranan. Selain bergetar untuk menghasilkan suara, vocal cord juga bertindak sebagai divider/ pintu kepada laluan makanan/ minuman dengan udara.
Sekarang lihat pula Diagram B, inilah gambaran anatomi bagi mereka2 yang telah menjalani pembedahan membuang vocal cord (total laryngectomy). Oleh kerana vocal cord kami telah tiada, maka kami tiada lagi mekanisma untuk membahagikan makanan/ minuman dengan udara yang masuk.
Ini sangat merbahaya, jika laluan ke perut ditutup untuk memberi laluan kepada udara untuk sampai ke paru2, maka kami tidak akan dapat makan/ minum. Sebaliknya jika laluan udara pula ditutup untuk memberi laluan kepada makanan dan minuman untuk masuk ke perut kami, kami tidak boleh bernafas pula..!
Maka untuk itu satu laluan lain perlu dibuka. Makanan/ minuman kini sudah tidak boleh menggunakan laluan yang sama dengan udara. Mereka perlu bergerak dalam laluan yang berasingan sekarang ini.
Makan dan minum kami masih seperti biasa. Masih masuk dari mulut, melalui salur esophagus terus ke dalam perut. Namun laluan pernafasan kami sudah tidak seperti dahulu.
Satu laluan baru harus dibuka untuk laluan udara, untuk itu satu lubang sebesar syiling 20 sen ditebuk di leher kami, khas untuk laluan udara menuju ke paru2. Itulah cara kami bernafas sekarang ini, udara akan masuk dari stoma, melalui salur trachea dan terus ke paru2.
Ada yang tanya pula: sampai bila? Jawapannya: sampailah kami dikafankan...
Oh ye, memandangkan udara yang kami sedut sudah tidak melalui hidung, maka kami juga sudah hilang keupayaan untuk menghidu/ mencium bau. Namun ada teknik2 tertentu yang boleh diamalkan untuk menghidu/ mencium bau, itu next time aku cerita ye.
catatan FB 17/1
Shamsul Ramli
Cancer Survivor - Pita Suara
Laryngeal cancer
Shamsul Ramli
Cancer Survivor - Pita Suara
Laryngeal cancer
Langgan:
Catatan (Atom)
ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?
Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr Rushdan Noor Pakar Kanser Wanita da...
-
“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan” (Al-A’raf, 7:31) Men...
-
Assalamualaikum wbt: segala puji-pujian kpd ALLAH SWT YG MAHA ESA. Lama sudah tidak menulis di blog; sehinggakan ramai yg dah sm...
-
CELLFOOD - OXYGEN & KESIHATAN "Sel kanser tidak boleh brkembang dlm persekitaran beroksigen tinggi. "Kekurangan oksigen ...


