Alhamdulillah ...
Izinkan saya berkongsi kegembiraan.
This tiny little angel is my cucu sulong Husnul Wafiyya berusia 3 bulan hari ini (11 Mac 2017).
And thats my pic in 2012: waktu itu saya sedang menjalani rawatan Radioterapi. Kuruskan .. pucat lesi muka saya. Ive lost almost 10 kg selepas operation dan sewaktu Radioterapi.
Siapa sangka ya .. hari ini saya masih hidup untuk melihat kelahiran cucu saya. My next generation.
masih saya ingat lagi pada bulan Mac 2012 sewaktu disahkan mengidap Kanser Endometrium, saya bertanya kepada Dr Badrul Zaman - Soalan saya kepada beliau: 'berapa lama saya boleh hidup?'
Setelah menjalani rawatan baru saya sedar bahawa Kanser boleh dirawat dan pesakit kanser boleh sembuh seperti normal.
Kanser bukanlah Kematian. Kanser sekadar ujian dari Allah SWT. Penyakit ini menguji kekuatan, ketabahan mental dan jiwa kita serta memberi ruang untuk kita memperbaiki kekurangan diri.
Nasihat saya kepada teman pembaca blog saya .. please njoy life ... hargai setiap detik dalam hidup kita. Hargai setiap orang yg hadir dalam hidup kita.
Kepada pesakit kanser sangat PENTING untuk mendapatkan Rawatan awal. Pastikan anda mendapatkan rawatan yg tepat dengan kadar yang segera kerana ianya menjamin kesembuhan!
Pesakit Kanser boleh pulih dan menjalani kehidupan normal semula.
i am a cancer survivor 2012
if u can survive cancer u can survive anything!
if u can survive cancer u can survive anything!
zuraini kamal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan