19 Mac 2011

demi kasih sayang anak-anak


Bowling adalah sejenis sukan yang sihat; dan mengembirakan kerana ianya boleh menjadi satu aktiviti riadah keluarga! Malangnya Bowling juga boleh menambahkan tekanan darah BP ibu bapa.

Both my children Nurul Arisya & Hana Afeeza terlibat dlm sukan bowling dan berjaya mewakili sekolah & daerah Kubang Pasu dalam pertandingan peringkat MSSD & MSSK. Sebagai ibu; saya memberikan sokongan penuh terhadap minat & bakat yg mereka miliki. Dah itu sukan yg depa pilih; maka saya pon sokong!

Malangnya; Bowling is not CHEAP!

Selain dari latihan yg memerlukan kita berlatih di `bowling alley' yg dibayar mengikut game @ masa; kita perlu ada stokin & kasut yg sesuai. Bola tak pe; disediakan percuma!

Tapi bila anak2 dah agak serius nak join tournament; maka segala keperluan asas bowling nak kena beli. Bola Bowling jenis: Spare & Reactive nak kena ada; Beg bola; Kasut khas bowling nak kena beli; stokin mesti kena adalah kan; tuh belom lagi `skin protection; tape; easy slide; bedak pon nak kena beli!


demi minat anak2; kita nak kena beri sokongan moral & jugak .... $$$$ kewangan!




Bila tengok anak2 menarik beg bola bowling; dah rasa mcm budak2 AF usung beg keluaq Akademi: `...♪ ♪♫ ...♪♫ percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan ... .♪ ♪♫ ...♪♫ '



Sebijik bola bowling beharga hampir RM400; kasut sepasang dalam RM 100; Beg nak isi bola kena beli yg ada roda; kalau tak jenuh jugak nak mengusung bola2 yg seberat hampir 10kg! Beg beroda tuh berharga RM200. Tuh baru seorang anak; bila dah beli kat Adik; kena jugak beli untuk kakak! hmmm macamanalah kepala papa tak cepat botak... boleh luruh rambut bila pkiaq senarai barang2 yg nak kena beli.

Dalam hati: adoiii ... awatlah hangpa tak minat lumba lari macam mami dulu ... lari kat padang pakai jeh kasut sukan jenis apa pon; kdg2 lari pakai kasut sekolah pon menang pingat emas! Padang pon free tak kena bayaq masa training!



Selain bowling; anak2 saya turut berbakat dalam sukan renang. Bagus jugak ada kebolehan berenang satu ` seni mempertahankan diri' agar tak mudah tenggelam dlm ayaq!



Bertuah sungguh anak2 kita hari ni; apa yg kita tak ada - kita cuba sediakan utk mereka. Apa yg kita teringin - kita beri kat depa. Adakah yg kita buat ini akan melahirkan generasi anak2 yg tau menghargai segala nikmat; mensyukuri segala yg telah diberi kpd mereka? Allahuakbar ....

Saban hari dok baca paper; ramai ibu bapa terlantar sepi di rumah Orang-orang Tua; dihantar anak2 yg dah letih nak menjaga, terfikir jugak: Apakah saya akan menerima nasib yg sama?

`Ya Rabb.. kurniakanlah aku anak-anak yg solleh ... Rabbi Habli Minassolehhiiin' setiap kali sujud itulah antara doa yg saya tak lupa nak baca ............

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

anak2 saya juga bergiat dlam sukan boling ni...mmg lah nak sediakan semua keperluan tu agak perit sikit tapi bila melihat anak2 memenangi pertandingan yang disertai rasa berbaloi dan bangga

Zuraini Kamal berkata...

tanpa nama:
segala yg kita lakukan pastinya keluarga & anak2 adalah keutamaan kita; kerana mereka adalah kecintaan kita yg sebenar

Tanpa Nama berkata...

Saya baru baca blog akak ni...sekarang pakej pembelian set boling pun dah ada yang murah kat kedai-kedai Proshop...paling murah kalau pakej reaktif ball+kasut +beg RM 450...

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...