04 September 2009

Terima kasih Tun M!




Saya pernah berjanji untuk tidak menyentuh bab politik atau menulis perihal politik dalam blog ini. Tetapi kali ini saya ingin berkongsi sedikit perasaan saya tentang idola saya, seorang pemimpin ternama yang saya kagumi dan sangat saya hormati; Tun Dr Mahathir bin Mohammad.


Secara peribadi saya tidak mengenali Tun M dan Tun M jugak tidak begitu mengenali saya. Pertalian hubungan kami hanyalah atas dasar mantan Presiden UMNO dengan mantan Ketua Puteri Umno Bahagian.

@ Yayasan Kepimpinan Negara


Semalam , Tun M dilanda kesedihan kerana telah kehilangan kakak beliau Rafeah yang telah kembali ke rahmatullah. Takziah buat Tun M sekeluarga dan saya pasti kehilangan kakak yang dikasihi tetap ditangisi oleh Tun walaupun tidak kelihatan airmata berlinangan. Tetapi melihat kepada kesayuan dan kemuraman wajahnya, saya pasti Tun M menangis di dalam hati.



Saya berkesempatan berkunjung dan membacakan Al-fatihah buat jenazah yang dimandikan di rumah Dato Rahmat dan Datin Yasmin, anak saudara Tun M di Alor Setar. Tun M, kelihatan agak kurang bermaya dan ceria, hinggakan terpaksa `dibantu' keluar dari kereta.



Melihatkan keadaan Tun M, saya dapat rasakan beliau tidak lagi segagah dahulu. Terus terang saya katakan, saya sangat menyanjungi dan menghormati kepimpinan beliau. Sebagai manusia, Tun M tidak maksum. Beliau bukan Nabi malah beliau tidak pernah mengaku dirinya Ustaz ataupun Tok Guru. Tun M hanyalah seorang pejuang bangsa yang sangat sayangkan Bangsa Melayu dan memilih untuk berjuang dalam UMNO.

Beliau agak `outspoken' dan berani untuk menyuarakan rasa hati dan pemikiran beliau demi untuk memartabatkan bangsa Melayu. Keberanian dan kekuatan kepimpinan beliau, menjadikan bangsa Melayu dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain malah negara kita Malaysia sangat mahsyur dan tercatat dalam peta dunia.


Kalau dulu, bila bercakap tentang Asia, dunia hanya mengenali China dan Singapura, kini ramai yang datang ke Malaysia sebagai pelancong, pelabur dan pedagang. Malah ada juga yang datang sebagai pesakit kerana percaya kepada pakar perubatan kelahiran Malaysia.

Saya sedih apabila mendengar dan membaca pelbagai kutukan, cacian, makian malah ramai khususnya anak muda yang mengkritik peribadi dan kepimpinan beliau selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Adakalanya kritikan dan kutukan itu keterlaluan dan tidak sepatutnya dizahirkan orang Melayu sebangsa dan seagama dengan Tun M. Sewaktu saya ke Mekah dan Madinah, pemandu teksi dan pegawai imigresen menyebut `Malaysia - Mahathir Good'.... kenapalah kita selaku rakyat Malaysia perlu lagi mengutuk dan terus-terusan menghentam beliau.


Yang berlalu biarlah berlalu. Kita kini sudah ada pemimpin negara yang baru. Apalah dosa Tun M sehinggakan kita sudah tidak nampak kebaikan yang beliau telah sumbangkan kepada Bangsa dan Negara.


Tun M tidak pernah `melacurkan' anak bangsa dan rakyat Malaysia. Kita tidak perlu mengemis menjadi buruh dan amah di negara asing. Bahkan kita dijemput dan ditawarkan menjadi Jurutera, Pakar Bedah, Fashion Designer malah ada yang telah berjaya menggapai angkasa raya.

Apalah dosanya Tun M, hinggakan kita perlu mengungkit dan mengorek setiap lubang kesalahan dan menutup segala pintu kebaikan dan kejayaan yang telah diciptanya.

mazuwin; anuar alawiyah ; Tun M; Azita ilya; Afiza Ahmad & myself


Tidakkah kita, selaku anak bangsa memberi beliau ruang untuk menikmati sisa hidup dalam suasana tenang tanpa perlu merasa kecewa terhadap anak bangsa yang tak tahu mengenang jasa dan tak pandai berterima kasih?


Maafkan saya sekiranya saya sangat beremosi. Saya bukan taksub terhadap Tun M, tetapi saya hanyalah seorang anak Melayu yang dilahirkan dalam keluarga biasa, tetapi berpeluang mendapat pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh menikmati pendidikan bertaraf `elit' dan sempurna bagi melahirkan bijak pandai Melayu.


Ibu bapa saya bukanlah Aristokrat malah bukan pula jutawan Korporat, tetapi dengan konsep pendidikan yang memberi penekanan terhadap anak Melayu luar bandar, saya kini mampu memiliki Diploma dan juga Ijazah malah berjaya dalam bidang perniagaan serta berpeluang menikmati kehidupan yang selesa malah jauh lebih baik dari kedua ibu bapa saya.


Salahkah saya untuk menjadi seorang Melayu yang berterima kasih kepada pemimpin negara dan bersyukur kehadrat ALLAH SWT. Marilah bersama kita mendoakan kesejahteraan Tun M, semoga beliau dianugerahkan ALLAH SWT dengan Husnul Qatimah (penyudah yang baik).


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah, “Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda,”Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.”

TERIMA KASIH TUN MAHATHIR MOHAMMAD:

Terimakasih Tun M kerana tidak menghancurkan ekonomi Malaysia seperti Ferdinand Marcos Presiden Philipina dan tidak memecahbelahkan kaum dan rakyat sebagaimana tersiksanya rakyat Chechnya. Terima kasih kerana Islam masih suci dan dihormati tidak dimodenkan sebagaimana Kamal Ataturk memodenkan Turki. Terima kasih kerana walaupun menjadi Perdana Menteri yang berkuasa selama 22 tahun; Tun M tidak mengaut kekayaan dan mengumpul harta peribadi sebagaimana Moammar Gadafi memiskinkan Libya.

Terima kasih Tun M kerana wawasanmu; Malaysia berbangga dengan kereta Nasional - Proton Saga. Memberi peluang kepada Doktor Muzzafar menjadi Angkasawan pertama menggapai Angkasaraya. Terima kasih Tun M; kerana membolehkan nama Malaysia terpahat di seluruh dunia; di Gunung Everest; di Kutub Utara; di pelusuk peta dunia rakyat Malaysia menempa jaya & cemerlang dlm pelbagai bidang kerjaya.

Ke mana jua kita pergi; tak pernah kita dipandang hina seolah kita amah Indonesia & buruh kasar Mat Bangla! Saya bersyukur kerana Allah swt memberi ruang & peluang utk sy mengenali insan Agung teristimewa: Tun Mahathir Mohammad.

Terima kasih ALLAH kerana menganugerahkan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Malasyia. kami rasa bersyukur dan amat bertuah!

8 ulasan:

maizatulmiza berkata...

kak zue... tetiba ja aton sedih baca coretan kak zue tentang Tun....

Zuraini Kamal berkata...

kak zue sedih Aton bila hari jenazah, Pemimpin UMNO tak dak pun. Mana pergi semua YB UMNO??... dah jenazah dekat nak dibawa barulah muncul 2 YB UMNO.
Kita sering tak menghargai apa yang kita miliki sehingga nanti ianya tiada lagi baru kita rasa `kehilangan!'

whitnaney berkata...

Aku terharu membaca coretan hang Zue...Tun memang tak ada ganti dan aku harap orang akan menyedari hakikat ini. He has his flaws but his good deeds pada bangsa Melayu tak terhitung...

Zuraini Kamal berkata...

nani, Tun adalah Khazanah dan sejarah penting negara. sebagai org Islam, seharusnya keaiban dan cela org kita tutup dan simpan... Harap generasi muda dpt menghayati sejarah ciptaan Tun dan menghargai sumbangan beliau.

POOLCYBER berkata...

salam...
saya amat setuju dengan puan...
Tun memang menjadi idola sepanjang zaman saya... 1000 tahun lagi pun belum tentu ada org dapat menerajui negara seperti mana Tun telah menerajui negara.. setiap apa yang di lakukan pasti akan memandang jauh kehadapan.

APABILA ditanya siapakah idola aku...
Pasti aku akan menjawab Tun Dr. Mahathir Mohamad...
Seorang pemimpin negara yang tiada bandingannya...
Petah berkata-kata...
Serta tidak segan mengata...
Jauh pandangannya...
Sehingga terciptanya Putrajaya...
Dia mendorong pandang ke Timur...
Dan membawa visi yang makmur...
Dia mengingatkan semua yang lalai...
Bahawa perjuangan masih tidak selesai...

Zuraini Kamal berkata...

poolcyber,
tq for sharing with us yr thoughts.
i like............

Pak Tua Jaga berkata...

Apalah dosanya Tun M, hinggakan kita perlu mengungkit dan mengorek setiap lubang kesalahan dan menutup segala pintu kebaikan dan kejayaan yang telah diciptanya.

- Minta nak copy ayat ini boleh? sy baru je jumpa blog ini melalui blog saudara Ramli DAP,sy sgt berminat dgn politik namun tiada isu politik dalam blog pn, walaubagaimanapun, sy berpendapat isu2 sebegini, coretan rasa seorang wanita, ibu, pemimpin, ahli perniagaan seperti Pn sendiri agak sesuatu yg menarik utk dibaca jika pengolahan dan fakta yg diberikan bersesuaian. Keep it up!

zue berkata...

salam Pak Tua Jaga
terima kasih kerana berminat membaca coretan saya.
saya izinkan copy and paste. terlalu byk blog politik, biarlah saya memeriahkan dunia blogger dari sudut yg berbeza
salam perjuangan!

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...