13 April 2014

CT Scan Contrast:

13 April Jam 8.30 pagi ... saya diminta berpuasa semenjak jam 12mlm (12hb April). ini kerana saya akan menjalani  satu lagi  prosedur sebagai Pesakit Kanser; Ct Scan Contrast. Ianya telah menjadi Rutin tahunan atau setiap 6 bulan dan hari ini adalah rutin yang ke- 8 semenjak saya disahkan Mengidap Kanser  (April 2012).

apa itu CT Scan (contrast):
turut dikenali sebagai:- Computed tomography scan - abdomen; CT scan - abdomen; CAT scan - abdomen.

CT Scan dapat menggambarkan imej tubuh secara menyeluruh termasuk Tulang, Lemak, Organ Dalaman dan juga urat darah. Ianya lebih terperinci jika dibandingkan dengan imej X-rays.

ini mesin Scanner .. kita akan berbaring dan diminta bernafas  mengikut arahan. Adakalanya kena tahan nafas & bertenang


sebelum memulakan prosedur CT Scan .. nak kena minum `sirap pink' 700 ml .. adoiii bercinta gak nak menghabiskan sebotol ini
`Contrast' merujuk kepada cecair yang diminum atau yang dimasukkan ke dalam tubuh melalui lubang dubur dan yang dicucuk melalui IV (an intravenous line). Prosedur Contrast ini memerlukan pesakit untuk berpuasa beberapa jam sebelum CT Scan dapat dilaksanakan.

ini lah rupa imej tubuh yang telah di imbas oleh CT Scan ... contrast akan menjadikan imej yang lebih terang. Sel Kanser atau Tumor akan kelihatan lebih jelas dengan Contrast

Ini adalah antara imej yang dihasilkan oleh CT Scan. Ianya merupakan kaedah untuk Doktor Onko memastikan bahawa kuman atau sel Kanser masih ada dalam tubuh badan pesakit. Penantian adalah merupakan satu debaran. Keputusan CT Scan Contrast yang saya lakukan hanya dapat diketahui pada minggu hadapan. Mendoakan agar tiada sel Kanser yang baru kembali menyerang organ dalam tubuh.

Sesungguhnya setiap penyakit itu merupakan anugerah dari ALLAH SWT. Kita hanya mampu berusaha ... berdoa & bertawakkal kpd ALLAH SWT.





11 April 2014

Beberapa nota peringatan ........


1. U know your body best! Doktor bukan tuhan. Sekiranya kita merasakan ada perubahan pada kesihatan diri sendiri, segera dapatkan pemeriksaan lanjutan. Kita kena hargai dan bertanggung jawab terhadap tubuh badan yang merupakan anugerah Allah swt

Contoh: Haid yg ber lanjutan , tidak normal... `discharge' pada vagina yg tak normal ... ketulan, benjolan pada bahagian payudara.. sakit kepala atau migraine yang berpanjangan. Senggugut yang teruk .. dll (u should know better lah kan ... it's your body )

2. Apabila di diagnose oleh pakar.. tak salah dptkan 2nd opinion utk pengesahan. Tetapi yg paling utama dptkan rawatan segera. Rawatan perubatan yg cepat & tepat mampu menjamin kadar pemulihan yg terbaik. Sekarang rawatan perubatan sangat `advance'. Ada pelbagai kaedah rawatan yg tidak.memudaratkan malah memberi hasil yg sgt baik. Ramai pesakit cancer survive dah blh menjalani kehidupan normal selepas rawatan. Malah sahabat saya Puan Nor Hidayah telah melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat selepas selesai menjalani rawatan kimo akibat dari penyakit Kanser Payudara yang beliau hidapi.


baby ajaib:  nur adriana saffiya berusia 10 hari

3. Kaedah rawatan alternatif ada banyak di pasaran malangnya terlalu ramai Pengamal perubatan rawatan alternatif dan tiada yang dapat mengesahkan yg mana Benar2 tulen. Dan tiada rekod yang boleh membuktikan rawatan tertentu itu berkesan dan sesuai untuk setiap jenis pesakit Kanser. Sanggupkah anda mengambil risiko tersebut?

TV9 : Celik Hati 2014 Eps 01 - Aku Ingin Hidup minit 19.40

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman; moga perkongsian kecil ini dapat memberi inspirasi  dan motivasi kepada pesakit kanser yang lain. Selamat menonton saya di minit ke 19:40

02 April 2014

Bayi Ajaib: anugerah dr Allah SWT

Bangun pagi terus membaca mesej watsapp. Alhamdulillah sahabat saya Puan Nur Hidayah seorang peguam yg menetap di Kuantan telah memaklumkan bahawa beliau selamat melahirkan seorang bayi perempuan.  Allahuakbar menangis saya membaca mesej tersebut. Nur Hidayah merupakan ahli kpd  Cancer Survivors grup di Watsapp. Walaupun beliau sedang sarat mengandung, Nhidayah terpaksa menjalani rawatan Kimoterapi kerana mengidap Kanser Payudara.

Saya mendoakan agar ibu dan bayi sentiasa dlm peliharaan Allah Swt. Buat Hidayah ; saya kagumi ketabahan dan kecekalan anda. Teruskan perjuangan. Teruskan rawatan. In sha Allah segala2nya akan dipermudahkan.  Sabar dan tabahkan hati. Saya percaya keluarga dan sahabat senantiasa berada bersama anda. You are never alone dear.

07 Mac 2014

TQ fren u have touched my soul


Fitrah manusia, kita hidup perlukan teman dan keluarga. Anak-anak, sanak keluarga dan sahabat handai merupakan anugerah ALLAH SWT. Berpaling sejenak mengingati detik-detik sukar melalui pelbagai rawatan untuk merawat Kanser Endometrium yang saya hidapi, Alhamdulillah saya bersyukur kerana saya tidak pernah berseorangan. Masih punya kedua ibu bapa , keluarga mertua, anak2 dan sahabat handai yang tak pernah jemu hadir memberikan sokongan moral dan pelbagai bantuan. Hanya ALLAH SWT yg mampu membalas budi baik mereka. TQ dearest fren you have touched my heart & my soul.

Setelah sembuh, saya bertekad berkongsi pengalaman, ilmu pengetahuan yang sedikit dan bersama sahabat yang senasib untuk saling menyokong dan membantu untuk kembali sihat dan menjalani kehidupan yang normal. Kami telah mewujudkan sebuah wadah alam maya, kumpulan sokongan CANCER SURVIVORS yang berbincang pelbagai isu & berkongsi pengalaman serta ilmu tentang rawatan Kanser. Alhamdulillah tanpa diduga; `benda yg sekecil ini' mampu menghasilkan impak yang sangat besar. Izinkan saya berkongsi catatan sahabat saya Aliza.
Aliza adalah antara sahabat yang berada dalam Grup Watsapp : Cancer Survivors. Semalam dia menghantar beberapa nota menerusi SMS kepada saya yg ingin saya kongsikan bersama pembaca:

Assalammualaikum kak zu.saya aliza .saya tgh kuarantin kak.saya kuarantin kat rumah lain.ada lg seminggu.akak,saya ada berita gembira.tumor marker sy dah turun kak.dr 515.5 sblm operation kpd 18.2 kak.syukur.sejak join group akak,byk info bole dikongsi.sy akan usaha lg kak utk sembuh.insyaallah,dgn izin allah dan support family n kwn2 kita smua.

Cikgu Aliza yg sentiasa ceria, semangat perjuangan yg sangat positif
 ini adalah catatan watsapp yg dihantar kepada Grup Cancer Survivors :
Assalammualaikum...slmt pg smua....buat kak zu n smua shbt....slm perkenalan buat shbt2 yg baru...alhamdulillah...syukur kita masih beepeluang bertemu di alam maya ni...wasap yg paling hot nih......tima kasih smua...kak zu...admin...n smua shbt yg bg sms dan bg sokongan moral...i love uoallllllss so much....kita dh mcm adik bradik...kongsi byk info....utk kanser sy...rawatan kanser tiriod sy adalah mkn kapsul radioiodin...kapsulnye sebijik je...disimpan dlm telap khas yg dok tempah dr us ke uk...lupa pulaksss...ubat tu harganye berlainan ikut dos....last year...100 ml...rm3500...thn ni...sy kena telan sbb x boleh kunyah...harga ubat 150 ml...rm4560...sbb tu...doktor suruh tahan jika rase loye...mual...nk muntah...kali ni...sy dah prepare byk mknn dr rumah....utk elakkan muntah...kata doktor..rwtn radio utk bunuh sel kanser....mcm mop...nak bersihkan...itu kata doktor onko sy...sy ikut je yg terbaik...rupanye....sy ingat...sy dah cukup kuat...tp slps beberapa jam mkn ubat tu....sy terus x lalu mkn n minum....mcm dulu...tp lbh teruk...sy dah mcm mat gian....sejuk...dan sedaya upaya menahan mual ...loye nsk muntah....padahal nak kena minum byk air....sy perlu dikuarantin sbb ubat tu ade radiasi...bilik nye pun kat belakang jauh gak dr wad biase...sorang jek dlm tu...mcm banduan dlm sel...kat luar ade guard pompuan jage..24 hours...ade d bg ubat thn muntah..tp...hari ke3 baru sy amik...sbb dh x tahan sesgt....walaupun 4 ari....hya allah yg tahu...betapa siksanya mengharungi hari2 tersebut....smpai doktor onko sy kata...b positif..mase dia jenguk sy jap....utk redakan siksaan tu...sy bukak air panas kat bilik air...penuhkan sinki...dan sy mandi dgn air panas tu......sy x mkn 4 ari tu...sbb...nmpk mknn nak muntah...nmpk bekasnye pun nk muntah...lastly...sy paksa mkn roti cecah milo tanpa susu....sbb...x mahu perut terus kosong...tp...nasi...mmg x amik langsung.x bole telan...gula2 ...epal...smua x bole telan...x selera...air zam2 ade bwk...seteguk2 sy minum utk basahkan tekak...itu la pengalamannya...sy redha menerima ujian allah...sy tahu...masih ramai lg yg mengalami ujian yg lbh besar dr sy....masuk wad 24 feb..kluar...27 feb...terus sambung kuarantin di rumah...slama 2 minggu lg kata doktor...perlu kuarantin sbb radiasi tu akan turun slps 2 minggu...sy x bole terlalu dekat ...peluk2...cium2...salam...atau sentuh org dewasa...berbual bole...jgn ada sentuhan...kanak2 bwh 12 taun...dan wanita hamil adalah org yg perlu sy jauhi...sbb radiasi ni bahaya utk mka....sy x bole sediakan mknn utk sesiapa pun dlm 2 minggu ni...org masak utk sy...boleh...x bole share toilet..mesin basuh....atau ape saje dlm mase 2 minggu ni..kebetulan...sy ade sebuah lg rumah...dan jaraknya x jauh dr rumah yg sy duduk....jd...sy kuarantin sorang diri kat situ...disbbkan sy spesis penakut...mlm je suami teman tido...tp...tido asing2 dan suami guna toilet lain....anak2....mlm...mak ngan ayah sy temankan mka tido...mak mmg duduk kat umah sy 2 minggu ni.syukur alhamdulillah...menitis air mata sy....sepatutnya sy jaga mak ngan ayah...tp mak ngan ayah masih menjaga sy sampai la ni.....begitu besar skali pengorbanan mak ayah.moga allah melimpahkan rahmat buat mak ayah...insyaallah 13 mac ni...abis kuarantin dan sy jalani pemeriksaan beberapa bln skali.....sy juga bersyukur pd allah dipertemukan dgn kak zu dan shbt2 dlm group ni....shbt2 yg diberi keistimewaan oleh allah....yg byk pengalaman n info yg boleh dikongsi bersama....yg sama2 memahami...apa yg saya dan kita smua rase....kita akan terus berusaha....berdoa pd allah.....mudah2 an...dgn izin allah kita akan dikurnuakan kesembuhan utk selama2nya....biarpun kesembuhan kita memakan mase....insyaallah...sy yakin allah akan mengabulkan doa2 kita smua...mohon maaf jika ada kata2 yg secara x sengaja mengguris hati para shbt....smoga kita smua dpt menjalani hari2 kita dgn lbh yakin dan bersemangat...salam sayang...teramat rindu dan manis ikhlas dari lubuk hati saya .....sahabatmu...aliza hj puniran....


Saya mendoakan agar sahabat saya dr Grup Cancer Survivors semuanya sentiasa dalam rahmat & lindungan ALLAH SWT. Semoga ALLAH berikan kami kekuatan & ketabahan untuk menempuh ujian ini. Sesungguhnya Penyakit merupakan kifarah segala dosa-dosa. In sha ALLAH kami belajar untuk Redho & bersangka baik. Moga ALLAH redho dengan kami.

28 Februari 2014

Watsapp Group: Cancer Survivors

Assalamualikum sahabat; Alhamdulillah saya telah berjaya mengadakan sebuah watsapp grup yang dianggotai oleh pesakit kanser dari pelbagai latarbelakang jenis kanser yang dihidapi. Kebanyakan mereka saya temui dan kenali adalah merupakan pembaca di blog ini yang cuba untuk   `reach out'. Grup ini diadakan sebagai sebuah kumpulan sokongan secara `online'. Alhamdulillah keahlian yg bertambah setiap hari membolehkan kami berkongsi rasa, bertukar pendapat dan berbincang tentang pelbagai perkara. Dan yang paling penting sekali kami dapat berkongsi ilmu dan pengalaman cara menangani krisis sewaktu sedang melalui proses perubatan  penyakit Kanser yang dihidapi.


Izinkan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat baru & lama, yang turut mengalami situasi & duka lara menjalani pelbagai proses rawatan berjuang untuk sembuh & bebas dari penyakit Kanser! We Are Cancer survivors and remember; We Are Never Alone.
Salam ukhwah & terima kasih saya kepada: Saadiah Hashim, Azlina Baharom, Bhueyun (Sabah) Aida Abdullah, Aina, Aliza, Azlinda, Cikgu Fabilah, Eida, Fatin Fazana, Nurhidayah, Kak Puteri & anaknya Nursyazwani, Ruzana, Rahul (suami Yun), Zahira, Zareyna, Azura, Jay, Eta (beri sokongan kpd abang iparnya) Hanis Anisha, Rosmawati Kholil, Azlina Othman (beri sokongan pada ayahnya) , Rimah (my Junior di SEMSAS), Su  (yg turut menyokong kumpulan ini), Yasmin  (yg baru kehilangan bonda kerana kanser), Suzi Adha & Suriyani Bakar (yg memberi sokongan kpd adiknya - her sister died of cancer last year). Hampir kesemuanya tidak mengenali antara satu sama malah kami tidak pernah berjumpa. Hanya mengenali secara dekat melalui alam maya & Facebook!
Terima kasih sahabat kerana sudi berkongsi suka duka. Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati saya. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda bersama saya. Terima kasih kerana memeriahkan watsapp grup ini.Saya mendoakan kesejahteraan kita semua. Moga perkongsian kecil ini dapat membantu meingankan lara di hati. Hanya Pesakit kanser sahaja yang benar-benar memahami perasaan & penderitaan yang  kami hadapi.
Saya menyarankan kepada keluarga, sahabat handai & juga pesakit kanser  `kindly reach out'. Jangan biarkan diri anda keseorangan menanggung penderitaan ini. Kanser kini bukan lagi penyakit yang membunuh dan membawa maut. Ada pelbagai rawatan dan teknik perubatan yang mampu menyembuhkan penyakit ngeri ini.  Kami sedar, bukan mudah untuk sembuh dan pulih dari penyakit Kanser dan ianya merupakan sebuah perjuangan yang panjang dan perlu ditangani bersama-sama. Nasihat saya; Berkongsilah dengan orang tersayang. U must share with your Love One!

Trust me... sekiranya kita meluahkan & berkongsi dengan rakan-rakan & keluarga, Ianya mampu meringankan beban dan mengembalikan keceriaan anda! Ingatlah bahawa `setiap penyakit ada ubatnya kecuali maut'  [maksud hadith]. Kimo, radio, dan pelbagai suplimens adalah ikhtiar dan merupakan bantuan tambahan. Penyakit boleh segera sembuh jika jiwa kita tenang, hati kita gembira & emosi kita stabil! Menangislah jika itu bisa mengubat lara. Tapi jangan biarkan tangisan itu berpanjangan. Airmata bukan penyelesaian untuk segala permasalahan. Remember ... Rawatan Kanser adalah sebuah perjuangan yang panjang ... let us do it together. In sha ALLAH setiap usaha pasti menghasilkan kemenangan. Jangan putus asa ... Jangan sedey ... yang penting lalui setiap protokol rawatan dengan tenang, yakin dan berdisiplin. Apa jua rawatan yang kita lakukan samada secara perubatan atau pon alternatif; yakinlah bahawa ALLAH yang menyembuhkan. Selamat beramal moga ALLAH sayang & redho dengan kita.

18 Februari 2014

iSIHAT Mac 2014 - sebuah perkongsian

Berkongsi kisah dan catatan Blog ini ke majalah iSIHAT adalah merupakan satu penghormatan buat saya. Ianya dilakukan dengan niat perkongsian kecil ini dapat memberi semangat dan menjadi inspirasi kepada pesakit kanser yang lain. In sha ALLAH dengan teknologi perubatan & maklumat yang semakin canggih dan `advanced' ... kita harus terus berikhtiar untuk mencari ubat dan kaedah rawatan terbaik, Kanser pastinya bukan lagi penyakit yang membawa maut, malah ramai pesakit Kanser yang `survive' dan dapat menikmati kehidupan normal seperti orang lain. 





 Nasihat saya .. dapatkan sebanyak maklumat yang tepat dan temuilah kami .. U re NOT alone. We re Cancer survivors. Thank you ALLAH. Kehidupan ini kini dilihat dari perspektif yang berbeza. Kanser telah banyak mengubah pemikiran dan sikap saya. Saya lebih menghargai kehidupan dan setiap saat yang dilalui sangat bermakna & penuh keinsafan. Moga ALLAH  redho dengan saya.

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...