apabila dalam ketakutan .. hilang arah dan rasa amat bersedih .. ingatlah Bahawa kita tidak Keseorangan . ALLAH SWT sentiasa ada bersama kita. Apabila kita terlalu disibukkan dengan hal keduniaan .. adakalanya Solat & ibadah tidak dijaga dengan sempurna.. kita tidak berusaha untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan Pencipta. Bagaimana kita ingin merasakan `kehadiranNYA' dekat dengan kita... inilah yang saya rasai. Terasa sempit .. gelap .. terasa seolah-olah dihempap oleh dunia. Dengan solat .. doa & zikrullah hati akan menjadi tenang ... percayalah ... amalkan ... sentiasa beristighfar memohon keampunan & pertolongan ALLAH.
- Baca Al Fatihah 1 kali
- Ayat Kursi 1 kali
- Selawat Syifa' 7 kali
- Baca ayat dibawah 7 kali
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ{60}غافر
Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. (Surah al-Ghafir:60)
1 ulasan:
Salam akak...saya dah add FB akak....saya penghidap kanser ovari....saya sangat perlukan kata2 semangat dan doronga dari akak cancer survivor
Catat Ulasan