menawarkan 70 unit bilik Hotel dan 40 unit Chalet dengan pelbagai kemudahan dan sesuai untuk mengadakan kursus, seminar, hari keluarga dan pelbagai aktiviti laut.
Salam
Agak sukar menulis untuk memeriahkan blog ini kerana saya terlalu sibuk dengan pengendalian aktiviti perniagaan secara `on-line'. Ini merupakan satu trend yang sangat popular pada masa kini. Kewujudan laman sembang sosial seperti FACEBOOK jugak telah membuka satu ruang berinteraksi dan bertukar pandangan terhadap pelbagai perkara dan topik yang boleh diperbincangkan tanpa had sempadan masa.
Apabila kita menulis blog, ianya bagaikan menulis sebuah cerpen yang memerlukan penumpuan dan cetusan idea agar penulisan menjadi satu bahan yang menarik untuk di baca. Malangnya Facebook telah banyak mencuri idea saya sehinggakan sukar untuk memberi ruang menulis di blog.
Saya tidak mahu menyentuh isu-isu politik kerana adakalanya pendapat saya tidak penting dan tidak relevan. Saya lebih suka berkongsi idea politik secara terus kepada pihak yang terlibat dan mempunyai kuasa dalam membuat keputusan dan mengubah corak politik arus perdana.
Memandangkan saya turut mempunyai akses untuk menyampaikan idea dan luahan ketidakpuasan hati kepada pihak kepimpinan parti maka lebih manis sekiranya blog ini hanya sekadar catatan nurani tentang perkara dan peristiwa semasa yang mungkin boleh dimanafaatkan bersama.
Ledakan ICT yang terkenal dengan Jaringan Teknologi Maklumat telah membuka ruang yang besar dalam bidang pemasaran. Kalau dulu kita sekadar mencipta iklan dan menggunakan ruangan media elektronik dan media cetak, kini telah ada pengiklanan secara `On-Line' atau melalui internet.
Baru-baru ini saya telah berkesempatan untuk mengiklankan Hotel dan Resort milik syarikat saya menggunakan FACEBOOK. Dengan harapan mungkin saya dapat mencapai golongan sasaran dengan lebih mudah pada kadar kos yang murah.
Alhamdulillah hasilnya amat mengejutkan. Dalam tempoh 48 jam, iklan tersebut telah dapat mengumpul seramai hampir 200 orang peminat yang memberi respons dan menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut tentang harga pakej dan pelbagai kemudahan yang ditawarkan.
Kepada yang sudah menguasai ilmu Teknologi Maklumat, nasihat saya cubalah untuk memanafaatkan penggunaannya agar dapat membantu menjana pendapatan dan boleh mengubah persepsi kita tentang Jaringan Perniagaan secara Maya (virtual).
Saya percaya golongan muda tidak mempunyai masalah menggunakan Internet kerana ianya sudah menjadi satu Budaya Baru khususnya kepada golongan pelajar kerana mereka terdedah kepada kemudahan ini secara meluas dan saling bergantungan. Tetapi kepada golongan berusia 40 tahun ke atas yang masih terasa kekok dan sukar, saya mengharapkan agar anda semua sudi meluangkan sedikit masa untuk mempelajari serta memanafaatkan kemudahan Internet secara maksima.
Segalanya amat mudah kerana ia hanya berada di hujung jari anda.
wassalam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan