05 Januari 2010

Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru


Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah 1431 dan Selamat menyambut tahun baru 2010.


Sebagai umat Islam selalunya setiap kali menutup tahun baru kalendar Islam kita akan membaca yasin dan membaca doa penutup tahun dan dimulakan dengan doa pembuka tahun. Kemudian kita akan berpuasa sunat. Alhamdulillah kita menyatakan rasa syukur dengan segala nikmat yang diberikan sepanjang tahun Hijrah 1430.


Malangnya juga apabila setiap kali menyambut Tahun Baru Kalendar Barat; kita terlupa dan terikut-ikut untuk mengadakan pesta dan menghadiri pelbagai program berbentuk hiburan. Amalan ini terus disogokkan oleh Media Elektronik kita terutama rancangan Television. Semoga lebih ramai pemimpin Islam negara akan lebih peka terhadap isu sosial sebegini kerana ianya sangat penting demi pembentukan siasah diri terutama anak-anak muda beragama Islam. Islam selaku agama rasmi Malaysia merupakan penganut majoriti di negara ini.


Setiap kali berbicara tentang tahun baru pasti kita akan menyatakan azam, tekad dan cita-cita yang ingin dicapai sepanjang tahun yang mendatang. Insyaallah bagi diri saya apa jua yang berlaku sepanjang tahun 2009 akan dijadikan iktibar dan pengajaran agar segala kesilapan tidak diulangi dan segala kejayaan yang dikecapi akan menjadi satu momento dan pembakar semangat untuk terus berjaya bagi tahun mendatang.


Manakala azam tahun 2010, selain menambah ilmu dan amalan saya juga berazam untuk menyelesaikan segala hutang perniagaan dan mengurangkan beban tanggungan perniagaan. Insyaallah semoga tahun 2010 membawa rezeki yang lebih baik untuk kita semua dan bersama kita dapat menangani cabaran krisis ekonomi dunia dan negara dengan lebih baik!


Happy New Year 2010

wassalam!

Tiada ulasan:

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...