31 Julai 2009

K69 - Tq for the Precious Memories


Teringat kata-kata tok saya: Jauh perjalanan , luas pemandangan, banyak pengalaman!

Pengalaman mematangkan diri, rintangan menjadi rencah memperbaiki kelemahan diri sendiri. setiap musibah yang dihadapi akan menjadikan kita manusia yang lebih baik.


Salam

Apabila direnung kembali perjalanan kehidupan saya yang membesar di seluruh negara, maklumlah bapa saya seorang pegawai tentera udara, menyebabkan kami sering melalui kehidupan berpindah randah. Saya pernah bersekolah rendah di Kuantan Pahang dan di Labuan Sabah.





Sekolah Menengah Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan Pahang. Selama 5 tahun saya `dewasa' bersama rakan-rakan di sini!


Sempat juga menempuh alam persekolahan yang sangat mencabar kerana saya berpeluang untuk bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) ; sebuah sekolah berasrama penuh nun jauh di Kuantan sedangkan ibubapa saya menetap di Kuala Lumpur. Dan kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma in Business Studies di Arau, Perlis.


Huh satu perjalanan yang panjang dan meletihkan. Namun ianya mengajar saya erti hidup berdikari dan membentuk budaya `networking' di setiap tempat baru.


Reunion Keluarga 69-SEMSAS 2008, yang pertama saya hadiri setelah kami berpisah 22 tahun. (the last we met was during SPM result 1987)



Saya suka berkawan dan mempunyai ramai sahabat dan kenalan dari pelbagai latarbelakang yang berbeza. Berpeluang menceburkan diri dalam bidang politik secara serius selama hampir 9 tahun membuka ruang yang lebih besar bagi membina rangkaian jaringan persahabatan di seluruh negara.


Menghargai Persahabatan:


Reunion Keluarga 69' di Uptown Beach Resort Pulau Pangkor


Pada tahun lalu (2008) for the first time in my life, saya berpeluang menghadiri `reunion' perjumpaan bekas pelajar-pelajar SEMSAS SPM86. Kumpulan kami dikenali dengan Keluarga 69. Kerana kami semua lahir pada tahun 1969. Bererti tahun ini (2009) kami semua berumur 40 tahun!


semangat `rumah sukan' yang sentiasa membara, merah lambang gagah perkasa merupakan warna SOYUZ , sentiasa champion dalam bidang sukan


Tahun 2008 reunion Keluarga 69 - SEMSAS diadakan di Cherating, Kuantan. Kehadiran yang ramai membuktikan setiap orang menghargai persahabatan sepanjang 5 tahun di SEMSAS. Bertemu setelah hampir 22 tahun terpisah, saya agak malu, takut dan sedikit rasa rendah diri. Maklumlah, bersekolah di sekolah berasrama penuh yang sangat berprestij, `expectation is very high'. Hasil produk SEMSAS akan melanjutkan pelajaran ke luar negara dan universiti tempatan.


Malangnya saya terdampar di ITM Arau sekadar lulusan Diploma dalam bidang perniagaan. Menggagahkan diri dengan niat bertemu sahabat karib khususnya Sabariah dan Norini, saya menaiki kapalterbang dari Penang ke KLIA dan dari KLIA ke Kuantan, saya disambut oleh Sabariah dan suaminya. Walau apa pun prasangka dan curiga yang tersemat di hati kecil semuanya salah belaka. Apabila bertemu selain bertanya khabar diri masing-masing kami lebih banyak bercerita dan mengungkap memori silam. Banyak kenangan dan kenakalan sewaktu di alam persekolahan yang diungkit kembali.


Malah sewaktu bertemu Azahari rakan sekelas, saya sempat bertanya : `Pasaipa masa sekolah dulu hang selalu cari pasal dan asyik pekena aku?'

Azahari agak tercengang dan terkejut lantas bertanya: `eh iye ke zue? kita dulu berkelahi ke? sorry la.. aku tak ingat la? aku selalu buli ngkorang ye?

Peluang berjumpa kawan-kawan memberi ruang kami bermaaf-maafan dan menyatakan rasa terima kasih terhadap setiap detik yang dikongsikan bersama. Malah ada juga yang sempat melunaskan hutang-hutang lama...............



Retreat di Pulau Pangkor menjadikan kami lebih mesra. Hilang perasaan malu, was-was dan prasangka negatif, maklumlah dah lama terpisah masing-masing mempunyai kerjaya yang berbeza.

Pada tahun 2009 reunion telah diadakan di hotel saya: Uptown Beach Resort, Pulau Pangkor. Walaupun mengeluh jauh, tetapi ramai yang memberikan komitmen terhadap program ini. Terimakasih sahabat terhadap sokongan yang diberi, saya merasa amat dihargai. Bak kata Nani: `Jauh sungguh Pangkor ni zue.... aku kalau tak keranamu, aku tak marghi'.........


Kalau difikirkan tentang kesibukan dan urusan kerja, bisnes, politik dan keluarga, memang rasanya tak cukup 24 jam sehari, tetapi oleh kerana mengenangkan `erti persahabatan dan kekeluargaan' dan menghargai setiap detik sewaktu 5 tahun di SEMSAS, maka saya berusaha memastikan saya hadir ke setiap aktiviti reunion yang dianjurkan! malah sessi `ngeteh' bulanan di Kuala Lumpur , i try to join!


Bertemu rakan-rakan sekelas dan rakan sepermainan pasti mengimbas pelbagai nostalgia dan menyingkap rahsia hati yang adakalanya lucu bila dikenangkan kembali! Ramai merasa hairan kenapa saya terlalu `attached' kepada group Keluarga 69-SEMSASIAN. Inilah alam remaja saya. Banyak memori suka duka bersama, malah pengalaman PERTAMA bermula di sini.



Pertama kali masuk asrama, jauh dari keluarga........... merdeka!

Pertama kali naik bas ekspres : Kuantan-Kuala Lumpur-Kuantan........ adventurous!

Pertama kali dapat biasiswa ............ joli!

Pertama kali belajar makan KFC........... fun and yummy!

huh... ada jugak yang pertama kali berdating..... nostalgia di Benteng!



Dan pelbagai macam pengalaman yang adakalanya menyentuh perasaan dan sanubari. Yang pasti ianya akan terus tersemat indah menjadi memori yang terus kekal selagi nyawa dikandung badan.


Pulau Pangkor menjadi destinasi Reunion yang terindah kerana kami semua berkumpul bersama, makan bersama, berTelematch bersama, berkelah bersama... we feel like we are still sweet 17 .



Kepada sahabat baik saya Sabariah, Norini, Yati Hassan, Nur Zurina, Aisyah, Kamariah, Dura, Jamie, Banu, Fadzilah, Serina, Rahmah, Shahida Shaari terima kasih di atas pengalaman hidup yang sempat dikongsi sewaktu di dorm, dalam kelas atau masa atas bas ekspres. Buat Khairul Akmaliah thank you for `singing' with me in class. (i will never forget: SUMMER OF 69 - Brian Adams)

Geng Apollo yang sekelas dengan saya seperti Maslina, Nora, Nazaris : i enjoyed our moment together!

Kenangan bersukan bersama kak kamalawati, marzita, aiza, marlihah, Norsassatunaha, Noraini tak mungkin saya lupakan! To my newly-found best frenz: nani, che are, rosniah, nana, djune ; its never too late to know each other well. Masih banyak memori yang hendak diperkatakan!

Johan, Azahari, Yusaini, Rushdan, Amran, both Taufik, Munir, Zaidey, Iqbal dan Dzulhata, terima kasih kerana `mewarnai' kehidupan saya dan buat semua yang tak dapat saya senaraikan terimakasih di atas persahabatan kita!

dari kiri: nur zurina, arzita, Cikgu Rohaida, myself and salawati


Buat guru-guru dan tenaga pengajar; Ayahnda dan Bonda PK, Puan Eton, Cikgu Rohaida, Noraini `basic', Cikgu Amran, Ustaz Rodzi, Cikgu Mat Noor England dan semua yang telah mengajar kami, restuilah perjalanan hidup kami, halalkanlah setiap ilmu yang diajarkan semoga hidup kami diberkati dan hayat kami diredhai.


Kepada the hard-working commitee: Anuar Alawiyah, Dato' Naj, Salawati, Yaxe, Hasnul, Shahrul and all commitee members yang berusaha `menjejak kasih' dan tanpa jemu sentiasa mempromosikan `Reunion Keluarga 69'. Pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk mencari sahabat yang telah lama menghilang! Kewujudan rangkaian internet, facebook, sms, emails telah memudahkan pencarian dan akhirnya ramai dapat dijejaki walaupun tak semua dapat melapangkan diri hadir ke majlis `reunion' yang diatur. Teruskan usaha murni anda. Semoga ikatan ukhwah kita terus subur dan mekar terjalin.


Back then i never had the chance to say : I Love u guys. Thanks for all the precious moment together, i treassured in my heart!


semuanya pemalu & so naive ...


SEMSAS : HIDUP BERJASA!

Soyuz 1982 - 1986

17 Julai 2009

Al-Fatihah ...




Rupa-rupanya di sini Allahyarhamah Hajah Saharah `menghilang', sedang asyik menawar harga belian pakaian buat cucu-cucu di kampung, katanya. Sewaktu di Jabal Rahmah



Salam


Petang tadi saya telah menerima satu panggilan dari nombor yang tidak saya kenali. Pemanggil telah memperkenalkan diri sebagai `anak Mak Teh' . Beliau telah memaklumkan kepada saya tentang kepulangan Hajah Saharah ke rahmatullah. Semoga roh beliau dicucuri rahmatNya. Innalilah................

Makcik Saharah adalah salah seorang peserta rombongan umrah yang bersama kumpulan kami dalam rombongan Bas No 1. Beliau ke Mekah ditemani suaminya. Keduanya merupakan pasangan yang paling `tua' di antara jemaah rombongan kami.


Bergambar di Ladang unta bersama makcik hajah saharah, my fren Ari dan anak-anaknya, lovely girls!



Sewaktu mengerjakan umrah, saya tidak berkesempatan berkenalan rapat dengan setiap jemaah rombongan. Maklumlah apabila sudah sampai di Madinah dan Mekah, kita lebih menumpukan kepada kerja-kerja ibadah mengikut kesesuaian dan mengatur program sendiri. Tambahan pula sewaktu di Mekah, saya dan pasangan Hajah Saharah terpisah disebabkan penempatan hotel yang berbeza.


Hajah Saharah dan suaminya bergambar kenangan di Gua Hira'


Kami hanya rapat sewaktu bersama di dalam bas mengikuti program lawatan. Disebabkan faktor usia dan fizikal yang lemah, makcik Saharah sering ketinggalan dan selalunya saya akan menemani beliau. Oleh kerana pasangan ini tidak membawa kamera, maka saya telah menawarkan diri untuk mengambil `photo' mereka setiap kali kami mengadakan ziarah (lawatan) malah saya berjanji akan mengirimkan photo tersebut sekembalinya kami ke Malaysia. Maklumlah... orang tua-tua mana nak teringat bawa kamera kan...


Di Jabal Uhud


Sewaktu di Madinah, selain dari peristiwa `kehilangan seliparnya', saya teringat kenangan kami berdua sewaktu mengunjungi Masjid Quba' dan Masjid Miqat Zulhulaifah (Bir Ali). Kami berdua akan saling membantu sewaktu mengambil wudhuk dan setiap kali selesai bersembahyang Makcik Hajah Saharah akan meminta saya membaca doa dan beliau akan mangaminkannya.



Saya masih ingat pesanan akhir Makcik Saharah sewaktu kami bersalaman `perpisahan' di airport Pulau Pinang, beliau berulang kali berpesan kepada saya untuk mengirimkan gambar-gambar yang dirakamlan sewaktu di tanah suci. Malah Makcik Saharah tidak lupa menjemput saya sekeluarga untuk bertandang ke rumah beliau di Trong , Perak sekiranya saya dalam perjalanan ke Pulau Pangkor.


me, my son zaquan and Makcik Hajah Saharah di Maqam Saidina Hamzah





Terakhir kali; beliau menalipon saya ialah sewaktu menerima kiriman gambar umrah pada akhir bulan Mei yang lalu. Beliau kedengaran sangat gembira kerana saya telah menunaikan janji. Beliau turut berpeluang untuk berkongsi pengalaman indah mereka berdua - suami isteri sewaktu di tanah suci bersama keluarga tercinta melalui gambar-gambar yang sempat dirakamkan.


Walaupun sedih dan terkejut dengan berita pemergian beliau, saya rasa amat bersyukur kerana telah berjaya menunaikan hajat beliau untuk menatap photo-photo kenangan dan saya amat berharap ianya dapat `mengembirakan' hati Hajah Saharah di saat-saat akhir hayatnya. Cuma saya agak terkilan kerana saya berhajat untuk mengunjungi beliau di Trong tetapi tidak kesampaian.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmatNya dan menempatkan roh beliau dikalangan orang-orang yang solehah.


Al-Fatihah.


15 Julai 2009

Catatan Umrah IV



Salam...


Mendalami ilmu:


Sewaktu di Baitullah, saya telah berjanji untuk `berubah', mestilah from bad to good. Apabila kita menganalisa diri sendiri (muhassabah diri) kita sedar dan akui tentang kedhaifan ilmu agama, amalan yang sangat-sangat sedikit , keutamaan mendirikan Rukun Islam khususnya menunaikan yang wajib setiap hari.

Di rumah, saya cuba pastikan untuk berjemaah bersama anak-anak perempuan Nurul Arisya dan Hana Afeeza serta bibik Mun. Anak-anak pun dah rajin untuk berpuasa sunat rejab dan kami berpuasa beramai-ramai.


Saya berpesan kepada anak-anak: `kalau mami mati, mami mintak Arisya dan Hana membacakan surah al-fatihah setiap hari semoga ianya sampai kepada mami di dalam kubur, janji tau!'


Pustaka Salam:

Menyedari kekurangan ilmu saya pun sudah mula belajar mencari bahan rujukan di toko-toko buku agama. Ada sahabat yang menyarankan saya ke Shahab Perdana dan Pekan Rabu. Malah seorang sahabat saya sahabat saya Hajah Afiza pernah bertanya: `zue... aku nak tanya hang sat, sejak bila hang rajin pi Pekan Rabu?........ hang pi cari apa'

Antara toko-toko buku yang dikunjungi, saya suka ke Pustaka Salam yang berdekatan dengan Bangunan Peruda. Kedai ini mempunyai koleksi buku-buku agama yang agak banyak dan lengkap. Selain dari kitab-kitab dan buku-buku panduan, di sini juga ada menjual koleksi CD bacaan surah oleh pelbagai Qari malah buku-buku cerita berunsur dakwah seperti karya Prof Dr Muhd Kamil, Travelog Haji dan Travelog Dakwah, juga turut dijual.


Selain daripada buku, banyak majlis-majlis ilmu diadakan hampir disetiap Masjid secara mingguan atau bulanan. Malah jadual aktiviti ada dihebahkan melalui paparan banner atau poster. Selama ni saya tak pernah kisah pun! Aduh sibuknya saya dengan urusan perniagaan sehinggakan mengambil mudah tentang urusan agama.


I will do it different way:

Makin dipelajari, makin banyak pula tersingkap ilmu dan rahsia Allah SWT. Saya sering berkata: if i have the chance i will do it differently. Adalah penting untuk kita memahami tentang rukun haji dan umrah serta amalan sunat serta pantang larangan sewaktu dalam ihram. Kita juga perlu ambil tahu tentang fadzilat dan hikmah tempat-tempat utama beribadah sewaktu di Mekah dan Madinah. Amalan ikut-ikutan cenderung membawa kita kepada kekhilafan dan sia-sia.


Sekiranya saya diberi peluang dan jemputan untuk ke tanah suci bagi mengerjakan haji dan umrah sudah pasti saya akan melakukan beberapa perkara untuk meningkatkan kesempurnaan ibadah saya di sana insyaallah. Melalui pengamatan, pembelajaran dan setelah mendengar pelbagai pengalaman kawan-kawan dan kaum keluarga, berikut adalah beberapa tips yang ingin saya kongsi bersama:


1. Selain dari berkursus dan belajar dengan Guru-guru Agama/Alim Ulama' , kita juga boleh membeli buku-buku rujukan Panduan Sembahyang Sunat, Buku Doa yang kecil dan juga Surah Yassin terjemahan atau quran terjemahan yang kecil dan mudah untuk dibawa. Handy!


2. Cuba jadualkan sembahyang sunat yang ingin dilakukan. Contoh: Masa ke Masjid sebelum solat subuh, sunat apa yang hendak dikerjakan? Tahajud, Taubat, Tahiyatul dan Fajar.(sunat wudhuk dibuat di hotel). Sebelum dan sesudah waktu Zohor? Asar? Maghrib? Isyak? kita plan dulu.... Kalau boleh pi awai ke Masjid.. tak kelam kelibut dan banyak aktiviti boleh dilakukan (sembahyang sunat, mengaji, tawaf sunat, beriktikaf)


3. Bagi jemaah wanita: Tak semestinya memakai telekung. Ianya boleh digantikan dengan Jubah lengkap bertudung yang bertutup dagu, berstokin gelap yang tebal dan sarung tangan. Memakai seluar panjang memudahkan pergerakan kita. Kalau nak lebih selesa pastikan jenis kain Cotton jangan Nylon!


4. Sediakan sarung/beg plastik untuk isi selipar yang dipakai bagi memudahkan kita mengenali kasut selipar sendiri. Selain dari membawa beg galas gantung di leher, beg ikat di pinggang pun praktikal jugak! Saya jarang bawa beg galas, payah nak solat. Duit dan handphone saya simpan dalam poket seluar atau poket baju. Jangan lupa pakai baju singlet (lelaki/wanita) yang ada zip di dada, merupakan ruang simpan duit atau kad kunci bilik!

5. Di keliling Masjidil Haram ada banyak pintu (bernombor) Rak Kasut (bernombor), sekiranya berpasangan, pastikan anda berjanji Pintu nombor berapa? or Rak kasut nombor berapa.. Insyaallah kita tidak akan kehilangan arah dan kita tak perlu risau kehilangan pasangan! Sebelum nak tawaf kita janji atau sebelum nak saie kita janji tang mana nak jumpa kalau we lost each other...


6. Ambil kesempatan untuk membeli Quran dan wakafkan di Masjidil Haram! Sebuah quran khas Wakaf berharga RM20 sahaja... kalau beli banyak-banyak si Penjual tu.. boleh tolong hantarkan ke masjid!! insyaallah.. .
Boleh jugak beli kurma untuk disedekahkan kepada jemaah dalam Masjidil Haram sewaktu beriktikaf.


7. Selain dari pi Beli Perfume Attar SULTAN BRUNEI dan ISTERI RAJA.. Mungkin kita boleh membeli CD bacaan Quran oleh qari dari Madinah/Mekah . Antara yang sangat popular adalah QARI YOUSOF KALO' qari berumur 13 tahun!! especially juzuk 30 (surah lazim)... harga satu CD baru RM5 je.. tapi best dan syahdu amat-amat....... very-very soothing to the ears.
Dan beli banyak-banyak , balik boleh dibuat souvenir kan!!!





8. Sewaktu di Masjidil Haram, jangan gusar sekiranya terbatal wudhuk . Kerana di dalam kawasan Masjid dan dalam bangunan Masjidil Haram terdapat banyak tempat berwudhuk disediakan!! .. paip dan sink air zam zam terdapat hampir disetiap sudut masjid! Malah di tempat Saie turut disediakan!! So kalau waktu sedang bersaie tiba-tiba masuk waktu solat dan kita telah terbatal wudhuk.. maka berhenti saie, pi ambik wudhuk dan bersolatlah di lantai saie!!! Jangan panik..... tak perlu ke tandas yang jauuh untuk berwudhuk.


9. Untuk ke Taneem (tana'im) mengambil miqat jangan khuatir sebab naik teksi pun boleh, RM30 pi balik or naik Bas RM2 pi balik, perkhidmatan van pun turut disediakan. Saya pernah naik teksi sapu.... pun selamat insyaallah.. Sewaktu di Taneem pun masih boleh menukar pakaian ihram (lelaki) dan berwudhuk!


10. Untuk mengelakkan bibir pecah sapukan `lip-balm' dan untuk tumit pecah pakailah krim yang ada dijual di Farmasi. Untuk muka, bolehlah disapukan dengan `sun block' atau krim pelembap muka pelbagai jenama yang dirasakan halal, insyaallah. Tidak salah untuk memakainya sebelum kita berniat Ihram atau sewaktu kita mengerjakan tawaf sunat atau sewaktu berulang alik ke masjid.

11. Masa shopping kat Madinah or Makkah, bargain betul-betul. Tawar menawar dengan bijaksana!!! !! Malah kita boleh `survey' harga dulu. Jangan terburu-buru.


12. Sewaktu di Airport Jeddah, sekiranya berlaku kejadian EXCESS BAGGAGE (lebihan Had Timbangan - 25 KG yang dibenarkan setiap seorang), maka keluarkan beg dari tempat `check in kaunter' dan buat `Hand Carry'! Angkut sendiri bawa masuk flight sorang satu!!!

Kalau Tok Arab mintak bayaq duit kopi, sebut/tawarkan jumlah yang sangat minima con: RM100 ka.. RM50 ka....



13. Setelah selesai Tawaf Wida' hendaklah kita terus keluar dari Masjidil Haram dan pulang ke hotel serta bersegera meninggalkan Kota Mekah. Jangan dok nak pi buat sembahyang sunat, mengaji atau mengucup Hajaratul Aswad. Lakukan kesemua itu sebelum kita mengerjakan Tawaf Wida'.


Wallahuaklam
Wassalam!!

06 Julai 2009

Catatan Umrah III




me and mohd noor zaquan at gunung Hira' yang masyur, Gua Hira' tempat turun wahyu pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w.


Salam.......

Saya sedar siapa saya. Saya hanya seorang manusia biasa yang tidak memiliki keistimewaan dan bukan pula seorang yang dimuliakan. Mengakui betapa kerdil dan daifnya diri ini tentang ilmu Allah dan pengetahuan agama yang cetek serta amalan yang sedikit. Menginsafi betapa saya terleka dan asyik dengan kesibukan urusan bisnes, adakalanya yang wajib terlepas yang sunat tak pernah dibuat!


Tuan Haji Kamal dan Puan Hajah Makhzom - my beloved parent
"Ya Allah Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu kecilku"



Anak tentera udara:

Bila direnungkan kembali, saya sangat bertuah dibesarkan di `perkampungan' tentera kerana bapa saya seorang pegawai `waran'. Bapa saya tegas dan sangat mempraktikkan sembahyang berjemaah di rumah bersama seisi keluarga. Selama 5 tahun saya diajar oleh Tok Guru dan Mak Guru mengaji Al-Quran dengan Tajwid yang baik serta pernah terpilih menjadi Qari sewaktu darjah 5 Sekolah Kebangsaan Labuan 1.


SEMSAS: "Hidup Berjasa"



Sewaktu bersekolah di SEMSAS (Sekolah Menengah Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan Pahang) kami telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan seperti usrah mingguan, sembahyang berjemaah, kelas Al-Quran, kelas Bahasa Arab dan sebagainya. Saya bukan jahil. Berilmu' malangnya tidak beramal!


Sewaktu pulang dari Mekah, ramai rakan dan keluarga yang datang mengunjungi kami berdua. Maklumlah nak sambut Hajah dan Haji kecil. Suasana di rumah riuh rendah, sungguh seronok dan terasa diraikan. Mungkin ini adalah sebahagian dari tradisi orang kampung yang masih bersemarak di negeri Kedah. Selain dari menikmati buah kurma dan air zam zam, inilah waktunya untuk saya menghadiahkan `ole-ole Mekah' sekadar meraikan tetamu yang datang berkunjung.


Saya berkesempatan berjumpa dengan ramai sahabat dan saudara yang telah ke tanah suci untuk mengerjakan haji dan umrah, samada baru pertama kali atau berkali-kali. My lawyer Hajah Siti Hajar telah pergi 14 kali... Allahuakbar. .. alangkah bertuahnya beliau yang senantiasa mendapat jemputan untuk menjadi tetamu Allah SWT. Pelbagai cerita yang saya dengar, banyak pengalaman yang dikongsi bersama dan baru saya faham kenapa setiap orang yang pernah ke Makah dan Madinah sentiasa bercerita tentang perihal pengalaman mereka! Sahabat baik saya Hajah Wan Nor Zaharah cakap: `Zue welcome to the club!!!'


Padang Arafah

Rasulullah s.a.aw telah bersabda: "Tiada hari yang melebihi hari Arafah, kerana pada hari itu Allah Azza Wajalla memerdekakan hamba lelaki dan wanita dari neraka, dan sesungguhnya Dia mendekat, lalu berbangga atas mereka kepada para malaikat, seraya berfirman, `Apakah yang mereka kehendaki?...." (surah An-Nasaai)


Pencarian seorang kembara di bumi Allah:


Let me be frank with you guys.... (before i went for my umrah) kalau dulu orang pi Mekah atau balik dari Mekah, saya tak berapa kisah sangat!! Saya tak teruja or besar hati untuk pi hantaq atau pi sambut para jemaah, tetamu Allah. (kecuali ibu bapa or mertua saya lah kan!!!) Kalau pi ziarah pun mungkin sekadar untuk bertanya khabar. Tak pernah terasa untuk bertanya pengalaman dan kisah-kisah perjalanan mereka untuk dijadikan pedoman, panduan dan motivasi diri untuk bersegera ke kota suci ini.


Bagi saya : biasalah... satu hari nanti semua orang akan pergi ke Mekah!! so what...
Macam Kematian: biasalah ....... semua orang yang hidup pasti akan Mati...

Baru saya sedar terlalu banyak perkara yang saya pelajari dan amalkan hanya sekadar praktikal tanpa penghayatan! Tiada keindahan tiada kemanisan. Mungkin saya tidak betul-betul menghayatinya. wallahuaklam!

As i told u earlier, Umrah saya ini adalah sesuatu yang amat-amat peribadi yang ingin saya lakukan - urusan saya dengan Allah SWT: bagaikan musafir yang mengembara dalam pencarian.

Saya sedar berada selama lebih kurang 3 hari di Madinah dan 7 hari di Mekah tidak lansung melayakkan saya untuk memberi nasihat or tips to you guys. But i have gone through such a beautiful journey. Satu pengalaman yang indah dan sangat berbeza dan secara jujur dan ikhlas ingin saya kongsi bersama.


Kepada yang belum pernah pergi ke Tanah Suci, nasihat saya: pergilah dengan segera! Terus-terang saya katakan; apa yang saya alami dan lalui merupakan satu pengalaman yang sangat hebat, indah, manis, menakjubkan, menginsafkan dan pelbagai emosi yang terlalu sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Kalaulah saya tahu betapa hebat dan manisnya, awal-awal lagi saya ke Mekah!


Kerjakanlah Haji dan umrah pada usia yang masih muda; selagi kudrat masih kuat , selagi sihat fizikal dan akal! Saya melihat sendiri di Mekah sangat ramai jemaah warga emas. Antara mereka ada yang bertongkat, berpimpin, berkerusi roda, terbongkok-bongkok menapak' datang bertawaf di Baitullah. Alangkah sayu dan tersentuh hati melihat semangat dan keceriaan pakcik-pakcik dan makcik-makcik tua ini yang sanggup bersabar tanpa mengeluh dan merungut terhadap kesukaran yang dihadapi.


`Ya Allah aku bersyukur kerana masih diberi kekuatan dan kesihatan dan dipermudah segala urusan ibadah'.


Bak kata sahabat saya saudara Zulkifli Yahya: Tak semua orang mampu menjadi Tetamu ALLAH SWT walau duit banyak sekalipun, hanya yang Allah pilih sahaja mampu menjejakkan kaki ke Tanah Suci..


Bila saya renungkan kembali: saya sering menunggu seru atau jemputan untuk ke Tanah Suci. Tetapi menunggu tanpa berbuat apa-apa pasti tidak mendatangkan hasil. Bak kata pepatah lama: `kalau tak dijolok manakan dapat buahnya' atau `kalau tak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya'


Ada seorang sahabat saya berkata: 'Kenapa nak pi haji sewaktu muda? Nanti balik buat dosa kembali..... nak pi buat haji bukan perkara yang murah. (Wallahuaklam)


Jiran saya : " eh zue... tak sangka pulak you nak gi Mekah ye... I rasa macam miracle lah pulak! you kan masih muda, akak tengok asyik busy dengan bisnes je... tapi anyway tahniah la."


My daughter Hana: "adik tak mau pi ke Mekah takut nanti kena pembalasan Allah... cuba mami baca cerita dalam Mastika" . My daughter Hana merupakan peminat no: 1 Majalah Mastika, sanggup kumpul duit belanja sekolah untuk membeli majalah kesukaannya itu.



Dear frens..

Jom kita semua mulakan langkah pergi ke pejabat Tabung Haji atau agensi swasta; kemaskinikan akaun dan mendaftarkan diri. Let us start from here. Insyaallah saya percaya niat yang baik akan diberkati dan hajat yang ikhlas insyaallah akan dipenuhi. Saya yakin sesungguhnya Allah SWT itu maha pengasih dan penyayang! DIA pasti menerima kita ummat Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Tetamu AgungNya!


Saya ada bertanya kepada seorang ustaz: Ustaz... adakah saya akan dimasukkan ke Syurga??


Ustaz : Tiada jaminan bagi orang yang mengerjakan haji dan umrah untuk masuk syurga.. kecuali haji yang mabrur. Yang penting apakah kesudahan hayat kita? Adakah kita akan mendapat Husnul Khotimah (penyudah yg baik) atau Su'ul Khotimah ?..... wallahuaklam.


Sabda Rasulullah saw: `antara satu umrah kepada satu umrah lain adalah penghapus dosa antara keduanya dan tiada balasan bagi haji yang mabrur melainkan syurga'

Sebagai seorang insan biasa, saya sedar yang sukar selepas pulang dari kota suci ini adalah kesinambungan ibadah yang telah dilakukan!! How to keep the momentum? How to maintain the ibadah.


Re-Charged:


Sahabat baik saya Hajah Wan Nor Zaharah berkata: `Zue... sebab tu.. orang pi buat Haji atau Umrah.. depa pi kerap! Depa pi banyak kali. What they do is re-charge!! Bila kita dah balik dari Makah ni.. kenalah upgrade our ibadah.. tak kan nak jadi macam dulu-dulu kot. Solat lima waktu tak mau tinggai dah... sembahyang pun tak mau lewat-lewat. ... Sembahyang sunat pun kita tambah sikit-sikit no........

`syokkan kalau kita boleh beribadah kat Malaysia sebagaimana kita dok buat kat sana??'


Kalau sewaktu di Makah dan Madinah , bibir sering bertasbih .. lidah sering bertahmid... dan berselawat ke atas Rasul... hati tak henti-henti beristighfar memohon keampunanNya.

Allahuakbar. ... benda semudah ini pun masih sukar nak dilaksanakan!



Tawaf Wida':


Tanggal 6hb Jun; selepas sarapan pagi saya pun melakukan Tawaf Wida atau Tawaf Selamat Tinggal. Ustaz Junaidi telah berpesan: selepas selesai tawaf, jangan tunggu lagi.. Langsung keluar dari Masjidil Haram pulang ke hotel dan kita akan berangkat ke Jeddah.


Teringat pesanan Ustaz Razak: selesai tawaf wida jangan dok pi singgah shopping mall, kena bersegera keluar dari Mekah.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: "Barangsiapa melakukan tawaf di Baitullah sebanyak lima puluh kali usbu' (tujuh pusingan), maka dia akan keluar dari dosa-dosanya sebagaimana ketika dilahirkan ibunya...."


Saya bertawaf seorang diri sambil bercucuran airmata... belum berangkat pulang ke Malaysia, saya sudah merindui Baitullah.. saya rindukan Masjidil Haram... entah bila pula saya akan menerima jemputan untuk menjadi Tetamu Allah... adakah masih ada umur saya? adakah masih ada kesihatan saya?
Allahuakbar. ... bukalah pintu rumahMu untukku....
Subhanallah. ... terimalah ibadahku, makbulkanlah permohonanku. .......


Setelah selesai bersembahyang sunat, saya pun segera keluar dari pintu Masjidil Haram terus ke hotel dan bersama rombongan jemaah kami seramai 25 orang, kami berangkat ke Jeddah untuk kembali ke Malaysia.


Masjid Terapung di Jeddah sebelum berlepas ke lapangan terbang King Abdul Aziz bersama keluarga YB Zabedah (ADUN Bertam yang banyak membantu kami. semoga Allah membalas segala kebaikan mereka



Di sini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada catatan saya yang mengguris hati dan perasaan sesiapa. Ianya merupakan satu perkongsian pengalaman peribadi saya yang sangat ikhlas. Bukan niat untuk menunjuk atau bersikap takbur.. bukan pula niat membuka pekung di dada. Sesungguhnya saya amat merasakan betapa kerdil dan dhoifnya saya berbanding ilmu ALLAH yang sangat luas Rahmat Allah yang sangat besar.

Labaikallahummalabaik! Labaikalasyarikallakallabaik !!!
wassalam!

05 Julai 2009

Catatan Umrah II



Mohd Noor Zaquan dalam pakaian ihram!

Ibnu Abbas r.anhuma. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: `melakukan umrah bulan Ramadhan menyamai ibadah Haji.' (Muslim)



Salam

31hb Mei: Setelah 3 hari berada di Madinah, rombongan kami akhirnya berangkat ke Makah AlMukaramah! Diperjalanan kami singgah untuk mengambil mikaq di Zulhulaifah (Bir Ali). Rombongan kami bertolak jam 8pg waktu Jeddah dan perjalanan dengan Bas berhawa dingin mengambil masa hampir 8 jam! Bagi jemaah lelaki, mereka telah pun siap berpakaian ihram sebelum menaiki Bas.





Saya telah siap dalam pakaian ihram. Berjubah dan berseluar labuh serta memakai telekung putih . Kebanyakan jemaah wanita Asia (Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei) berpakaian sebegini. Jemaah wanita Arab lebih memilih Hitam.



Secara praktikal berpakaian ihram Wajib dipakai sebelum berniat UMRAH di Miqat. tetapi oleh kerana kita ikut rombongan yang besar, seringkali kita diminta untuk memakai ihram siap-siap agar mudah dan tidak kelam kelibut!! walaupun ada yang kurang selesa... maklumlah hanya berkain 2 keping yang tidak berjahit!!




Adakalanya saya memakai Jubah hitam dan memastikan memakai sarung lengan agar tidak terbuka aurat. Berpakaian hitam di Masjid Nabawi lebih memudahkan jemaah mengunjungi Raudhah.



Bagi jemaah wanita, sebenarnya tidak perlu memakai Telekung. Kita perlu faham pakaian yang menutup aurat. Perjalanan yang panjang dan adakalanya kita akan berwudhuk di masjid-masjid yang toiletnya kurang bersih dan selesa mungkin akan mengotorkan pakaian dan telekung yang akan digunakan sewaktu bertawaf di Baitul Harram nanti! so be careful dan pakailah pakaian yang lebih praktikal!

Jam 3.30 ptg kami sampai dan check in di Hotel Grand Makkah! Jarak dari Hotel ke Masjidil Haram lebih kurang 700 meter!! tegang jugak urat betis bila berulang alik setiap kali selesai solat (kecuali maghrib)
itu belum lagi dicampur `TAWAF QIDAI'.
Apa itu Tawaf Qidai?. He he he..... pusing-pusing KEDAI yang banyak di kelililng Masjidil Harram!


Jam 4.30ptg, kumpulan kami seramai 7 org ditemani mutawwif Ustaz Junaidi, telah mengerjakan sembahyang asar berjemaah dan kemudian kami melakukan Tawaf bagi memulakan Umrah Wajib! inilah tawaf pertama saya.




Rasulullah s.a.w bersabda: `Barang siapa melakukan tawaf di Baitullah, maka Allah Azza Wa Jalla akan mencatat satu kebaikan dan menghapuskan satu keburukan bagi setiap langkahnya' (Al-Azraqy)



Pertama Kali Melihat Baitullah? (Baitul Harram):


Bak kata P.Ramlee: tiada kata secantik bahasa...... ...... tiada gambar seindah lukisan..... ....
Mengalir airmata??... .... saya tak malu nak cakap; saya menangis teresak-easak... (mata saya bengkak.... nasib baik pakai spek hitam - sunglasses!! )


Pertamanya saya rasa amat bersyukur kerana mendapat jemputan menjadi tetamu ALLAH di Baitullah (rumah Allah), betapa insan kerdil yang sangat dhoif' ilmu agama dan kurang amalan soleh seperti saya masih dipandang dan diberi kesempatan oleh ALLAH SWT.... Subhanallah. .. Maha Suci Allah yg Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Mendengar Maha Agung... La illa Ha illallah.. sesungguhnya tiada tuhan melainkan ALLAH!




Allah SWT berfirman yang bermaksud: `Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syiar Allah'


Setelah selesai tawaf 7 kali di Baitullah mengelilingi Kaabah, kami kemudian mengerjakan ibadah saei. Berjalan berulang alik di antara Safa dan Marwah sebanyak 7 kali dan diakhiri dengan bertahlul. Maka sempurnalah sudah ibadah umrah saya yang pertama!! Jam menunjukkan pukul 6.30ptg, maka saya dan zaquan telah membuat keputusan untuk terus beriktikaf di dalam Masjidil Haram sementara menunggu maghrib dan isyaq. Nak balik awal pun tak tau nak buat apa becoz dinner is serve at 9pm (after isyaq')


Letih?

Memang letih amat-amat becoz we are still wearing the same clothes we wore since 7am this morning!! Sewaktu check in di hotel, tak sempat saya nak menukar pakaian sebab luggage lambat dihantar ke bilik. My son pulak berpakaian ihram since morning, dan dia amat-amat kureng selesa.. maklumlah tak biasa...

Saya nak cerita the true story of miracle yang saya alami sendiri : Seharian saya hanya sempat breakfast dengan hanya 2 keping roti dan kami makan tengahari `Nasi Bungkus Arab' yang dimakan sewaktu dalam bas untuk ke Mekah. Selepas 8 jam perjalanan dan diteruskan dengan aktiviti ibadah Umrah (tawaf, saie dan tahlul) sudah semestinya tekak rasa haus, perut terasa lapar dan kedua kaki saya rasa macam nak `cramp'. penat sungguh.


Namun begitu dengan izin Allah, keletihan dan kelaparan yang saya alami dapat diatasi dengan hanya meminum air zam-zam yang tersedia di Masjidil Haram! Setiap kali sebelum minum, saya akan mengadap arah kiblat serta berdoa bersungguh-sungguh agar diberi kekuatan dan dihilangkan penyakit.


Hati penuh keinsafan mengenangkan peristiwa Siti Hajar dan Nabi Ismail a.s serta Ummu Mariyam sewaktu melahirkan Nabi Isa as, pengorbanan Nabi Muhammad saw yang hanya mengalas perut dengan buah tamar.. Subhanallah..... alangkah besarnya RahmatMu.


Alhamdulillah di Masjidil Haram letih dan lapar hilang dengan kesegaran air zam zam dan sebiji tamar!



Malu??


Saya rasa malu pada ALLAH, kerana selama ini saya seorang yang amat mengambil mudah tentang urusan ibadah dan tidak pernah memberi perhatian serius terhadap ibadah Haji dan Umrah. Selama ini saya asyik dok pikiaq koleksi Guess, Burberry, Versace, LV, Rolex malah mampu memiliki... kereta dan lain-lain keperluan hidup di dunia. Tapi saya tak mampu pergi ke Makkah Al-Mukaramah!


Saya malu pada Rasulullah kerana saya tak mampu pergi Madinnah AlMunawarah dan berziarah ke Maqam Nabi. Rasulullah bersabda: `Barangsiapa yang berziarah ke Masjidku, akan mendapat syafaatku!'

Alangkah saya menjadi manusia yang rugi??

Setiapkali menghayati Azan yang berkumandang di Masjidil Haram airmata pasti mengalir tanpa dapat ditahan: `Haia ala solahhh.. (marilah bersembahyang) `Haia alal falah.... marilah menuju kemenangan@ kejayaan

Alangkah saya menjadi manusia yang rugi??



Anas bin Malik dan Said bin Musayib mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, `Dua jenis tawaf, di mana apabila seorang hamba muslim dapat memenuhinya, nescaya seluruh dosanya akan diampuni seperti ketika ia dilahirkan oleh ibunya. Dua tawaf itu adalah tawaf setelah solat fajar (subuh) yang selesai bersamaan dengan terbitnya matahari dan tawaf setelah solat asar yang selesai bersamaan dengan terbenamnya matahari'



Keseronokan??


Jiwa rasa indah yang tidak dapat digambarkan. Pertama kali bersembahyang mengadap Kiblat yang wujud, menguatkan lagi keimanan dan meningkatkan lagi keyakinan kita. Betapa agungnya kebesaran ALLAH swt. Manusia dari seluruh pelusuk alam datang mencari keredhaanNya, Memohon keampunan serta memuji KebesaranMu Ya ALLAH. Walaupun kita berlainan bangsa, pelbagai warna kulit, rupa dan gaya yang amat-amat berbeza, tetapi sembahyang kita tetap sama! Puji dan doa kita tetap sama! Kiblat kita tetap satu!

Di sini saya dapat rasakan ALLAH mendengar permintaan saya. Saya dapat rasakan Allah mendengar keluhan saya. Saya dapat rasakan Allah mendengar rintihan saya.


Apabila terasa letih - saya mengadu, Allah kembalikan kesegaran tubuh badan dan diberiNya kekuatan. Bila saya lapar dan dahaga, Allah beri nikmat kenyang hinggakan perut saya tidak menganggu konsentrasi ibadah yang ingin dikerjakan. Allahuakbar... Alangkah Besar NikmatMu.


Pernah saya kehilangan Tasbih yang sering digunakan di Masjidil Haram, Saya sedih lantas mengadu dan berdoa kepada Allah swt, setelah selesai bertawaf sunat selama 1 jam, saya telah menemukan tasbih yang hilang sewaktu bersolat! Allah makbulkan hajat saya..


Alhamdulillah berkat doa semua, kami dapat menjalani ibadah umrah tanpa mengalami masalah dan tidak ditimpa dugaan yang berat. Selain dari tidak demam dan batuk, selipar kami berdua pun tak pernah hilang.


Terus terang saya katakan; sedari awal lagi, saya berniat mengerjakan umrah `Lillahi Taala' . Saya ingin menyelesaikan urusan saya dengan Allah swt. Since the beginning, saya memang tidak bercadang untuk menyertai rombongan umrah bersama kawan-kawan. Saya amat sedar diri saya ini seorang yang sangat suka bercakap! Saya telah bertekad untuk tidak mahu mensia-siakan masa saya di Madinah dan Makah dengan hanya bercakap-cakap yang merugikan.



Rasulullah s.a.w. bersabda: ` Satu kali solat di masjidku lebih utama daripada seribu solat di tempat lain, selain dari Masjidil Haram. Sedangkan satu kali solat di Masijidil Haram itu lebih utama dari seratus ribu kali solat di tempat lain' (Ibnu Majah)


Apabila saya ke Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, saya sering pergi tanpa berteman. Adakalanya saya akan ditemani oleh Zaquan, tetapi selalunya saya sering pergi bersendirian kerana anak saya lambat bangun! dan saya tidak suka menunggu... Jadi kami hanya sering berjanji setelah selesai solat nanti kita bertemu di Pintu Masjid no: 72!

Maaf saya katakan jemaah wanita Malaysia suka pergi beramai-ramai dan duduk sesama jemaah Malaysia, ianya boleh dikenali dari kain telekung yang dipakai! Bila kita sering berkumpul bersama sebegini, ianya membuka ruang untuk kita bersembang. Maklumlah orang Melayu terkenal dengan adab sopan. Seringkali juga saya ditegur dengan soalan: DATANG DARI MANA? IKUT PAKEJ APA? DUDUK HOTEL MANA? DATANG DENGAN SIAPA? BERAPA RAMAI ROMBONGAN? dll pertanyaan.. .


Masjid Nabawi di waktu malam

Rasulullah s.a.w telah bersabda: `.....(Madinah) menyingkirkan dosa-dosa sebagaimana api menyingkirkan kekotoran besi.' (Al-Bukhari)

Ia adalah Madinah yang mengandungi ujian, cubaan, kesempitan dan segala macam cabaran yang menguji jiwa. Justeru itu barangsiapa bersabar ke atasnya, maka ia akan memperolehi ganjaran. Dan ia akan memperolehi syafaat dari Rasulullah s.a.w. dan hapus dosa-dosanya dengan izin Allah. Allahu'alam.



Berjemaah Masjidil Haram:


Apabila keseorangan dan tidak berteman, saya sering mencari ruang untuk memenuhi saf-saf yang kosong. Adakalanya saya akan bersembahyang bersama jemaah dari Mesir, Iran, Pakistan, Afrika dan dari negara lain. Nak bersembang pun mcm Itik ngan Ayam... dia cakap saya tak faham, saya cakap dia tak faham! last-last kita pun senyum dan diam shj..


Pernah sewaktu saya mengaji, bacaan saya ditegur oleh jemaah wanita dari Sudan yang tahfiz dan fasih berbahasa Arab. Malah seringkali saya ditanya oleh jemaah dari Mesir, adakah saya faham `makna' surah yang dibaca? saya jawab; La...... kecuali dgn bantuan terjemahan yang disediakan. (saya bawa kitab yang ada terjemahan)


Jemaah dari Arab sangat kagum terhadap orang Malaysia kerana bacaan Tajwid & sebutan `makhraj' yang betul walaupun kita tidak fasih bertutur dalam bahasa Arab!

Ada satu malam sewaktu menanti waktu Isyaq; saya baru nak mulakan bacaan Yaasin, kebetulan saya duduk bersebelahan seorang jemaah wanita dari Egypt (Mesir) dia bertutur dlm bahasa Arab lah! Mulanya dia asyik dok tengok kitab yg saya baca dan dia pun turut baca doa-doa yg ada dlm kitab itu! Kemudian apabila saya nak mula baca surah Yaasin, Egyptian tadi bertanya: adakah anda faham makna surah ini?? (in Lughatul Arabiyyah) Saya jawab in English:
Little bit...... and i showed her the translation part! `i read from here'


Dan beliau terus mula membaca surah Yassin berpandukan kitab yang saya pegang... (
mulanya saya tak faham maksudnya... adakah dia nak ajar saya baca Yassin? atau adakah dia mengajak saya membaca Yassin bersama-sama?? .. she makes me confused but finally saya pun turut membaca surah Yassin bersama-sama. .


Sebagai orang Arab yang fasih berbahasa Quran, wanita itu faham apa yang dibaca.. malah cara dia membaca seolah-olah dia menyampaikan mesej kepada saya sambil dia mula mengalirkan air mata... Masyaallah.. .....


Oleh kerana saya pun almost faham makna ayat-ayat dalam surah Yassin dan hati saya tersentuh dengan tangisannya, finally we end up recite the Yaasin together with tears running all over.


`Dan (Aku perintahkan), hendaklah kamu menyembah-Ku;inilah jalan yang lurus. Dan sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai diantara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?' (Yaasin:61-62)


Saya bercerita kepada seorang sahabat saya Cikgu Afiza tentang peristiwa itu , bukan maksud saya nak cerita tentang tangisan dan kehibaaan yang saya alami, tetapi saya nak cerita bahawa sememangnya Al-Quran itu Kalamullah, Kitab Allah. Alangkah bertuahnya bangsa Arab yang dimuliakan Allah kerana Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab. Alangkah bertuahnya mereka, apabila membaca kitabullah, mereka faham terjemahan dan maksud ayat-ayat yang dibaca.



`(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian syair itu pula tidak sesuai baginya. Yang kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan kitab suci yang memberikan penerangan' (Yaasin: 69-70)



Pernah sewaktu bersolat, Imam sedang membaca surah dan kedengaran Imam itu membaca sambil menangis! Allah...... bergetar sanubari saya meremang bulu roma... walaupun saya tidak faham makna ayat-ayat yang dibaca tetapi sesungguhnya saya pasti tangisan itu adalah tangisan keinsafan takut akan murka Allah SWT.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya: ` Suatu ibadah umrah hingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedangkan haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga.'


Saya sering ditanya oleh kawan-kawan tentang pengalaman sewaktu di Kota Suci ini.. dan jawapan saya adalah: Semua yang indah-indah belaka. Alhamdulillah ianya terlalu indah dan saya dapat rasakan setiap denyutan dan setiap getaran dalam diri ini hanya memuji dan memuja Allah swt. Saya dapat rasakan walaupun saya keseorangan tetapi saya tidak pernah kesunyian kerana saya tahu Allah sentiasa bersama saya! Wallahuaklam!

Labaikallahummalabaik! Labaikalasyarikallakallabaik !!!



Me and Ari di Taneem , mengambil miqat untuk mengerjakan umrah sunat. Kami pergi dengan menaiki teksi pada kadar 30 riyal (to and fro)


Me and zue her name is Zuraini too! Di Masjid Terapung Jeddah


Tawaf Qidai!

Di catatan ini, saya nak bercerita aktiviti riadah yang kami lakukan di luar Masjidil Haram. Selain dari tawaf di Baitullah, para jemaah sering mengadakan TAWAF QIDAI...

Apa itu Tawaf Qidai?

Berjalan-jalan pusing-pusing kedai yang tersangatlah banyaknya di persekitaran Masjidil Haram. Aktiviti ini saya mulakan pada hari ke-3 saya berada di Makkah! Setiap hari selepas solat asar, saya dan Zaquan akan berpusing-pusing melawat kedai-kedai yang berdekatan dengan Masjidil Haram. Sekadar `Window Shopping' dan shopping! Ada yang dibeli di tepi jalan, malah banyak yang saya beli di dalam kedai.


Saya memang pakar bab membeli belah! Pilihan saya adalah kedai-kedai yang terletak dalam bangunan Mall sebab ianya berhawa dingin! Kat sini ada KFC, Burger King, Nelson jual jagung pun ada, Baskin Robins dan pelbagai jenama antarabangsa. Supermarket yang famous adalah Bin Dawood - sempat juga kami beli anak patung Barbie yang dikirim oleh Hana Afeeza, my youngest daughter. The girls told me, Barbie kat Mekah has better design.. so saya beli sekadar memenuhi hajat anak-anak.


Pakaian wanita yang banyak dijual, tentulah jubah. Kebanyakan jubah yang dijual di Mall sangat cantik tetapi agak mahal harganya kerana ianya dihiasi oleh batu-batu `permata' . Terdapat harga jubah antara RM200 - RM600! wow... cantik... tapi saya tak beli la.... too expensive! Saya membeli jugak sehelai dua untuk diri sendiri yang berharga agak `munasabah!'

Kat sini terkenal dengan aktiviti makan Aiskrim Tok Arab! Smoothie yang sangat halus macam ice cream Mc Donald. Harga 1 riyal (kalau dalam cup 2 Riyal)


My favourite shop?


Saya telah mendapat satu minat baru sewaktu di Mekah; Saya suka beli Minyak Attar... Tapi ini bukan macam minyak attar kat Pekan Rabu tau! Kualiti dan aromanya sangat baik dan pelbagai.

Saya ingin berkongsi Tips My Favourite Choice of Parfum: Untuk wanita beli: ISTERI RAJA (ISTERI SULTAN) untuk lelaki: SULTAN BRUNEI. The smell are really good, soothing dan tahan lama. Aromanya memberi satu ketenangan dan memang best!!! Saya beli banyak dalam botol-botol kecil sebagai cenderahati dan semua orang suka!! Malah ramai kawan-kawan saya yang tak pernah pakai minyak Attar terkejut dengan perfume yang saya hadiahkan kerana kata mereka: we never thought that minyak attar can smells this good....


Bersama keluarga YB Zabedah ADUN Bertam dan ustaz Junaidi - mutawwif


Mohd Nor Zaquan bersama Ustaz Junaidi dan keluarga YB Zabedah




Jalan-jalan cari makan:


Satu malam saya dijemput oleh keluarga YB Zabedah to join them exploring the other side of Kota Makkah, maka saya pun bersetuju.. (saya tak mahu dikatakan sombong...org Melayu ... kan ke berbudi bahasa??)


Ustaz Junaidi - our mutawwif telah berjanji membawa kumpulan kami seramai 7 Dewasa dan 3 kanak-kanak menaiki sebuah van, untuk pergi menikmati Nasi Arab yg Sedap!


He he he... u wont' believe wat i saw!! Masyaallah (Of My God) ... am i in Paris or New York?? Dalam perjalanan ke restoran tersebut kami melalui bandar Makkah (macam Bandaraya Kuala Lumpur da...) Deretan kedai-kedai pakaian wanita mempamerkan pelbagai fesyen baju yang diperagakan oleh patung-patung. He he he macam baju Paris Hilton pun ada! Fesyen Baju Rani Mukerjee... malah fesyen Aishwarya rai' berlambak. Honestly tidak kelihatan kedai mempamerkan jubah oatau pakaian fesyen ala-ala muslimah!


Setelah hampir 20 minit kami pun sampai la ke destinasi yang dihajati. Jam menunjukkan pukul 9.40mlm. Perut lapar amat-amat... badan pun agak letih .

I am really hungary. Teringat kata-kata my partner: `A Hungry Man is An Angry Man!'

Kami pun melangkah masuk ke dalam restoran yang direkomenkan oleh Ustaz Junaidi...
Bila kami masuk restoran tersebut, maka terkejut beruk la kita orang.. nak tergelak tapi kena tunjuk waraq' sikit... he he he. Cubalah u all bayangkan, restoran tu kelihatan macam bangunan yg tak siap! Dah la tu.... tak berbumbung!! OPEN AIR... tak dak kerusi meja.. cuma ada hamparan karpet dan semua orang duduk makan sambil bersila..... ......... . jeng jeng jeng........ . MAKAN DALAM DULANG!!!! kah kah kah......... macam nak pecah perut saya simpan gelak!!


Oleh kerana kami keletihan maka kami pun tanpa segan silu.. pakat-pakat dok bersila... saya pulak siap landing atas bantal yang disediakan. Macam dalam filem Aladdin la pulak... cuma belum jumpak Jin!........ Kami pun berbincang lagu mana 7 org + 3 budak nak makan dalam 1 talam.


Selepas 20 minit menunggu makanan yg ditempah... (awai depa dah tanya nak minum apa?) makanan di order kat kaunter.. akhirnya Ustaz Junaidi yang fasih berbahasa Arab dengan muka yang suram, memaklumkan : Kita tidak boleh makan di sini?? Saya yang dah kelaparan macam nak pengsan pun tanya: Awat Pulak? Ustaz Junaidi cakap; Tok Arab tak benarkan sebab ada perempuan, kalau musim Haji tak mengapa....


Nak tergelak pun ada.. nak marah pun ada.... Last sekali kami pun Angkat Bungkus! Cha Alif Bot (blah)

Saya tanya Ustaz: Habis tu kita nak makan kat mana nih???? Perut dah Lapar .....
Ustaz Junaidi : Kita bawa semua makanan ini dan makan kat Restoran `Burger King' yang terletak bersebelahan dengan kedai tadi!!

Ustaz Kalau Pak Arab Tak Kasi dan Halau Kita???
Ustaz Junaidi: Kita balik!!



So dipendekkan story, kami membawa bekalan Nasi Bungkus ke Restoran Burger King. Suasana restoran di sini agak berbeza dari di negara lain kerana ruang makannya mempunyai dinding.. macam bilik-bilik kecil yang agak privasi. Orang luar takkan nampak apa yang kita buat...
i mean Apa yang kita makan!!


How was the Food?


Nasi Arab, Nasi Putih, Ayam Panggang, Daging lembu, Kambing , Roti Nan depa bagi free.. kami makan berlapikkan plastik (macam table cloth)

Saya cakap ngan Ustaz Junaidi: Ustaz Nasib baiklah... Nasi Arab nih Memang Sedap!!! Kalau tidak.... hmmm ada lah yang nak kena dibuat korban......


Labaikallahummalabaik! Labaikala syarikallakallabaik !!!

to be continue
wassalam!

04 Julai 2009

Catatan Umrah I


Di hadapan Hotel Movenpick di Madinah
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya:
`Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah, bila mereka berdoa kepadaNya, maka Dia akan mengabulkannya dan bila mereka memohon keampunan kepadaNya, maka Dia akan mengampuninya.'
[Tarikh catatan: 27hb Mei - 8hb Jun 2009]

Salam...

Syukur alhamdulillah dengan berkat doa kawan-kawan dan kaum keluarga beserta keredhaan Allah swt, me and my son telah berjaya menjalani ibadah umrah dengan selamat, semoga ianya diterima Allah swt. wallahuaklam!! Pemergian saya bersama Mohd Noor Zakuan selaku `My Mahram' pada bulan Mei yang lalu merupakan pengalaman pertama kami berdua.

Dikesempatan ini, saya mohon keizinan Allah SWT, untuk berkongsi pengalaman kami yang sangat indah sewaktu menjadi Tetamu AgungNya di kedua Kota Suci itu. Kepada sahabat dan taulan yang pernah ke sana macam Cikgu Afiza, Kak Muzni, Azah, Wan Nor Zaharah, Tam, Kak Nita, Doc Ummi ... dll , saya pasti ianya merupakan satu kenangan dan peristiwa terbaik yang pernah berlaku dalaam hidup kita dan menjadi catatan paling manis dalam diari diri sendiri!

I wish to share my personal experiences and journey sepanjang di Madinah and Makkah dengan harapan ianya dapat memberi sedikit motivasi dan menimbulkan perasaan keterujaan kepada yang belum pernah ke kota suci ini.. Saya mohon ampun ke hadrat Allah swt semoga niat suci saya ini tidak disalah ertikan. Bukan tujuan untuk riak, takkabur atau bangga diri, tapi yang penting catatan ini boleh dijadikan iktibar, panduan dan pedoman serta sebagai peringatan untuk diri saya sendiri.

Anggaplah catatan ini sesuatu yang sangat-sangat ikhlas dari hati kecil saya yang ingin berkongsi, agar mungkin pengalaman saya nanti dapat membantu rakan-rakan lain untuk menikmati perjalanan ibadah UMRAH/HAJI dengan lebih sempurna. wallahuaklam!


Kenapa saya Mengerjakan UMRAH?

Terus terang saya katakan, (saya baru tersedar dari lena yang panjang dan mimpi yang indah)
Suddenly i realize i am reaching my age 40! People say : LIVE BEGINS AT 40!

Saya sering berdoa agar pada usia 40 tahun, saya berada dalam keadaan yang `lebih bermakna' Maka saya ingin membuka satu lembaran `Kitab Hidup' yang baik. It was an impulsive action - spontaneous decission!

Pada bulan Mac 2009, saya telah ke pejabat Tabung Haji Alor Setar, untuk mengemaskinikan akaun Tabung Haji saya yang telah `tua' usianya. Pegawai Tabung Haji Alor Setar berkata kepada saya: Puan akaun ini dah tak wujud lagi, Puan kena tutup akaun lama dan buka akaun baru.

Alamak malunya saya... betapa saya tidak pernah mengambil berat tentang aktiviti Menabung di Tabung Haji!! The old account was initiated by father since i was 12 yrs old!

Setelah selesai urusan tersebut, tiba-tiba saya teringat akan janji saya kepada (my son) Mohd Noor Zakuan, sekiranya beliau berjaya dlm SPM 2008' maka saya akan membawa beliau untuk menunaikan umrah bersama saya. Tanpa berlengah lagi saya pun mendaftarkan diri untuk Pakej Umrah Tabung Haji. Dalam hati saya berbisik; sementara menunggu giliran Haji.. why not saya pergi UMRAH dahulu, it may be a little practice before my big Haj!

Of coz my hubby Rosman telah mengizinkan pemergian kami dua beranak. Beliau tidak turut serta kerana terikat dengan Projek Pertanian yang sedang diusahakan dan secara kebetulan pula kedua anak perempuan kami sedang sibuk dengan peperiksaan dan persekolahan

Maka bermula lah persiapan diri dalam jangka waktu 2 bulan:

Dalam Rukun Islam, haji/umrah adalah RUKUN yang terakhir, maka saya telah cuba sedaya upaya menyelesaikan hak Allah dan hak manusia sebelum saya berlepas ke tanah suci. Segala hutang dan niat, insyaallah saya selesaikan dengan harapan agar ibadah UMRAH saya dipermudah dan doa saya diterima oleh Allah swt.

Saya juga memperbanyakkan membaca bukan sahaja buku-buku tentang ibadah UMRAH tetapi juga buku-buku tentang sejarah sirah Rasulullah, peristiwa penting Madinnah dan Makkah serta sejarah para sahabat, ummul mukminin dan para shuhadah dengan harapan semoga saya dapat menghayati setiap perjalanan UMRAH yang dilakukan agar dapat meningkatkan keyakinan, cinta dan kasih sayang terhadap Islam, Allah dan Rasul.

Saya juga telah merujuk kepada kawan-kawan yang berpengalaman mengerjakan haji dan umrah tentang persiapan diri dan mendapat nasihat dan bimbingan dari guru agama tentang kemushkilan dan keraguan yang timbul. Selain dari turut mengikuti kursus yang disediakan oleh pihak Tabung Haji.

Terus terang saya katakan; niat untuk mengerjakan umrah merupakan niat peribadi saya yang mengejutkan seluruh keluarga terutama ibu saya!

Orang tua-tua ... biasalahkan, mereka beranggapan orang muda semacam kita masih belum layak untuk menjejakkan kaki ke Kota suci ini. Saya pulak masih pakai Tshirt and seluaq jeans!

Namun begitu, oleh kerana saya sudah bertekad dan yakin bahawa ALLAH Maha Pengasih dan Penyayang serta akan menerima kedatangan tetamu insan kerdil seperti saya yang berniat untuk berziarah demi ALLAH dan RASUL, maka pada 27hb Mei dengan ditemani anak saya Mohd Noor Zakuan, kami penuh bertawakkal, berserah diri dan segala urusan kepada ALLAH swt. Tepat jam 7.30 pagi kami melangkah keluar dari rumah di Taman Suasana Permai untuk memulakan perjalanan UMRAH.

Labaikallahummalabaik...... Labaikalasyarikalakalabaik!



Bersama kaum keluaga di airport Bayan Baru Pulau Pinang. (Berdiri: MN Zaquan and hubby. Duduk dari kiri: My sister Ct, My Mom, Ibu Mertuaku, My Dad and Myself!

27hb Mei 2009, setelah selesai mengerjakan sunat musafir, kami bertolak ke airport Pulau Pinang dengan perasaan yang pelbagai. Seronok... sebab nak pergi Umrah, Berdebar.... sebab saya tidak mengenali sesiapa pun dalam rombongan Umrah kami dan ini merupakan pengalaman saya yang pertama! Takut.... bila teringat cerita-cerita tentang Pembalasan yang terjadi di Baitullah.

Saya berdoa agar perjalanan kami berdua diberkati dan diredhai serta dipermudahkan segala urusan sehingga kami selamat pulang ke Malaysia nanti.. aminnnn


Dari Aloq Staq ke Penang kami berkereta bersama suami dan ibu mertua Hajah Ramlah. Dengan menaiki kapalterbang MAS ; Penang-KLIA-Jeddah kami ahirnya selamat sampai di lapangan terbang King Aziz Jeddah. We left home around 7.30 am and reached Jeddah at 7.00 pm (Jeddah) @ 12.00 midnite Malaysia!!
Untuk melepasi pintu imigresen Jeddah (cop pasport) it took us almost 4 hours standing! Ya Allah memang meletihkan.Tapi oleh kerana kita telah sampai ke kota ibadah dan mengingati pesanan Tok Guru agar sentiasa berzikir dan bersabar.. maka tiada siapa yang mengeluh atau naik `syeikh' malah kesemua rombongan kelihatan tenang dan bersabar.

Kelewatan di imigeresen menyebabkan kami lewat sampai ke Madinah 5 jam! we are supposed to check in at Madinah Hotel at 2 .00 am but instead we arrived hotel at 7 am!!


Inilah Masjid Nabawi Sabda Rasulullah `Satu kali solat di masjidku ini, lebih baik daripada seribu kali solat di masjid lain, kecuali Masjidil Haram' (Al-Bukhari)

Setiba di Madinah, setelah selesai mandi dan sarapan pagi, kami mengadakan ziarah makam Rasulullah saw. yang terletak dalam masjid Nabawwi bersebelahan dengan hotel penginapan!!


Perasaan saya?

Hanya Allah SWT sahaja yang tahu... bagaikan mimpi jadi nyata, bagaikan fantasi jadi realiti! Kalau selama ini sekadar membaca sirah Rasul dan buku-buku menjadi panduan. Kini Bangunan Masjid Nabawi tersergam indah di hadapan saya. Allahuakbarr alangkah besarnya rahmatMu. Subhanallah... Ya Allah Ya Tuhanku.. alangkah lapang keampunanMu. Engkau bukakan pintu kota suciMu dan menerima aku menjadi tetamuMu. Insan kerdil seperti hambaMu ini telah berada di Masjid NabiMu, Muhammad Rasulullah - Habibullah.

Rombongan kami diiringi dua orang mutawwif dan pegawai Tabung Haji telah berpecah (lelaki dan wanita) . Untuk memasuki Raudhah, Wanita hanya ada 1 Pintu masuk sahaja dan dibuka mengikut jadual pula: Pagi (7-10.30pg) Asar: (4.00 -5.30ptg) Isyaq (9mlm - 11.30mlm). Bagi jemaah lelaki tiada had masa (24 jam) .


Di Madinah:

Aktiviti yang dilakukan adalah bersembahyang 5 waktu di Masjid Nabawwi selain dari mengambil kesempatan berdoa di makam Rasul dan sembahyang sunat di Raudhah! Demi Allah seumur hidup, saya tak pernah bersembahyang sunat sebanyak ini. Sewaktu kita mengerjakan UMRAH/HAJI kita telah devoted seluruh jiwa dan masa untuk melakukan ibadah dan alhamdulillah ianya amat-amat dipermudahkan! Tidak terasa berat untuk dilaksanakan!

Di sekeliling hotel penuh dengan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan. Setiap kali selesai waktu solat, saya akan berjalan pulang ke hotel untuk makan dan berehat sekejap, selepas waktu asar barulah saya menjamu mata sambil membantu menyemarakkan ekonomi kota Madinnah!! ada la beli sikit-sikit untuk dibuat souveniers....



Pengalaman Manis?

Di Masjid Nabawwi, jemaah terlalu ramai mereka datang dari seluruh pelusuk dunia! Sewaktu pertama kali masuk ke Pintu 7 Masjid Nabawwi: saya telah membantu seorang makcik tua (dalam rombongn saya) untuk menyimpan selipar dia di dalam beg yang saya bawa bersama ke dalam masjid! oleh kerana jemaah terlalu ramai, rombongan kami terpisah tanpa sempat berjanji jam berapa dan di mana kita nak jumpa!

Sewaktu di dalam masjid yang sangat luas dan indah, dek kerana keseronokan dan keindahan jiwa... saya telah terlupa tentang selipar makcik tadi...

Setelah selesai urusan, saya pun berjalan keluar dari Masjid Nabawwi dan mencari Zaquan di tempat yang kami janjikan.. (kami berdua masing-masing bawa handphone, maka senang nak berhubung)

Dalam perjalanan pulang ke hotel baru saya teringat kat selipar makcik tadi (honestly saya tak tau nama dan dia pulak tidak membawa handphone, maklum kami tak kenal dan tak sempat berkenalan!! ) oleh kerana kesian memikirkan cuaca yang amat panas dan makcik tua berjalan kaki berstokin pulang ke hotel, saya telah berpatah balik ke Pintu 7 (Raudhah) dengan harapan dapat bjumpa makcik tersebut...

Sememangnya kita tidak berjanji malah kita telah terpisah disebabkan oleh faktor masa dan jugak bilangan jemaah yg ramai!!! Namun begitu saya berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah swt, agar saya dapat memulangkan selipar makcik tadi dengan harapan beliau dapat berjalan pulang ke hotel dengan selesa. Alhamdulillah tak sampai 10 minit meninjau sekeliling kawasan, akhirnya saya ternampak makcik itu yang kelihatan terkejut kerana kata beliau; Makcik dah redha untuk pulang tanpa kasut - berkaki ayam!! Alhamdulillah berkat doa yg bersungguh-sungguh, Allah makbulkan hasrat saya.



Masjid Quba' bersama Hajah Saharah (Makcik yang kehilangan selipar). Daripada Sahl bin Hunaif r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: `Barangsiapa berwuduk di rumahnya, kemudian mendatangi masjid Quba', lalu bersolat dua rakaat di dalamnya, maka ia memperolehi pahala menyamai pahala umrah.'


Rombongan kami berada di Madinah selama 3 hari dan berpeluang untuk bersembahyang sunat di Masjid Quba' serta melawat Jabal Uhud dan juga maqam Saidina Hamzah bersama para shuhadah perang Uhud.

Berada di Kota Madinnah AlMunawwarah - Kota Penuh Cahaya... kita berasa sangat damai... Masjid Nabawi lebih kecil jika dibandingkan dari Masjidil Haram and very tight security too! Saya difahamkan kamera tak boleh dibawa langsung, nanti kena rampas. alhamdulillah handphone saya tak kena rampas. My son Zaquan sempat juga merakamkan photo Maqam Rasul (pagaqnya sahaja).....

Saya tidak mengalami masalah kesihatan or masalah-masalah lain sewaktu di Madinnah. Bilik Hotel kami di Movenpick betul-betul mengadap Masjid Nabawwi menyebabkan saya sukar tidur lena. Apatah lagi dengan perasaan yang penuh keterujaan (excited). Paling lama saya dapat tidur nyenyak hanyalah 2 jam pada waktu malam! Pukul 3pg setiap hari dah bangun utk ke masjid. Solat subuh masuk jam 4pg. Zohor: 12.30tgh, asar, maghrib n isyaq sama je macam kat Malaysia.

Selama 4 hari pertama, saya mengalami sakit urat betis yang teruk sehingga menyukarkan saya berjalan... Saya hanya mampu berdoa kepada Allah SWT, sekiranya sakit itu adalah kifarah dosa-dosa terdahulu, maka saya redha' tetapi kalau diizinkan, saya mohon agar kerja-kerja ibadah saya tidak terganggu oleh masalah kesihatan... aminnnn.
Alhamdulillah sewaktu di Makah sakit itu pun hilang. Mungkin sebab saya tak pernah berjalan kaki sejauh ini dan mungkin jugak sebab saya tak pernah sembahyang sebanyak ini!!

Perjalanan yang jauh dan meletihkan dari Alor Setar-Jeddah-Madinah benar-benar menginsafkan saya... sebetulnya kerja-kerja Haji dan Umrah adalah satu ibadah yang amat memerlukan kekuatan fizikal dan kesihatan tubuh badan agar ada kesempurnaan dalam beribadah.

Teringat akan pesanan keluarga di kampung kepada saya dulu-dulu , Pergilah ke Mekah untuk mengerjakan ibadah Haji sewaktu hangpa masih muda dan sihat!!

Terusik hati saya melihat jemaah tua yang datang berpimpin, ada yang bertongkat ada yang terpaksa berkerusi roda. Ya Allah berilah aku Kekuatan, Berilah aku Kecukupan untuk aku mengerjakan Ibadah Haji dan Berilah aku Jemputan menjadi Tetamu AgungMu tahun depan.

Kalau dulu saya rasa nak tunggu duit cukup baru nak pi buat Haji dan Umrah, tapi kini saya bertekad dan telah berjanji bila saya pulang ke Malaysia, saya nak kumpulkan duit bagi cukup dan bersegera menunaikan fardhu Haji insyaallah Tahun 2010... tahun 2009 nih dah tak sempat kot!

Saya mengharapkan sewaktu di dalam kubur nanti, apabila malaikatul maut bertanya: apa yang telah ngkau lakukan dengan usia Mudamu dan Tenagamu? Saya nak menjawab: Hamba telah melakukan Ibadah Haji dan Umrah... Saya nak menjawab: Hamba telah gunakan tenaga dan usia muda untuk beribadah kepada ALLAH swt... Wallahuaklam!
Labaikallahummalabaik!
Labaikala syarikallakallabaik !!!
to be continue
wassalam!

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...