09 Jun 2016

Bagaimana bercakap dengan Pesakit Kanser


Salam sahabat: saya ingin memberi sedikit tips Bagaimana hendak  `menyantuni'  Pesakit Kanser. Apa yang Perlu  diperkatakan apabila anda ingin  menziarahi saudara atau sahabat yang mengidap Kanser. Bagaimana  kita membantu Sahabat & keluarga Pesakit Kanser:

1. Ziarah dengan Niat Ukhwah `Lillahita'ala' (utk mendapat Redho ALLAH SWT) - jangan menjadi Doktor (wpon anda seorang ;Doktor) Juz be A Friend! Tolonglah Jangan bagi Nasihat - Tak Perlu bagi CADANGAN tentang pemakanan ataupon rawatan. Kecuali jika Pesakit Minta Pandangan anda. Adakalanya kami dah letih mendengar medical advice dari Pakar Perubatan dan Onko. Nasihat saya apabila datang berziarah biarlah secara santai. Please talk about something else: sembang santai je. Kalau dah tak de idea nak sembang takut silap cakap yang boleh menyentuh perasaan Pesakit Kanser maka Berdiam sahaja adalah lebih baik. Juz LISTEN to us! Beri ruang kepada  Pesakit Kanser bercerita meluahkan perasaan. Dan anda hanya perlu mendengar dengan senyuman. Ianya dapat membantu kami untuk release our stress. Seandainya kami dapat berkongsi dan meluahkan apa jua yang terbuku di sanubari.Janganlah bertanya soalan sensitif: Kanser Tahap Berapa? : Tahap 1 - Tahap 2 - Tahap 3 - Tahap 4: bagi kami pesakit kanser Tahap tuh semua sama. Cancer is still A Cancer! 

2. Bawaklah buah tangan atau pon buah-buahan: Bila datang Menziarah moleklah jangan datang hanya dengan senyum dan Doa. Bawaklah sesuatu sebagai hadiah/buah tangan untuk mengembirakan hati Pesakit dan keluarga mereka. Siapa yang Tidak suka menerima Hadiahkan? Pemberian itu adalah tanda `ingatan dan kasih sayang kita'. In sha ALLAH dapat Pahala tau. 

3. Seeloknya buatlah `Tabung Prihatin'. Kutiplah sedikit sumbangan .. bantulah kewangan Pesakit Kanser dan Keluarga mereka. Cancer is very2 expensive Illness. Kos Rawatan sangat Mahal. walaupon melalui Rawatan di Hospital Kerajaan .. kami terpaksa meninggalkan pekerjaan. Ada yang terpaksa berhenti atau diberhentikan untuk memberi tumpuan kepada Rawatan. Kos pengangkutan berulang-alik ke Hospital juga membebankan. Sebagai contoh: sekiaranya kumpulan Wassap grup kita ada 30 org ahli. Jika dikutip  seorang RM10 hengget in sha ALLAH kita dapat mengumpulkan RM300. Apa guna ada Grup wassap sekiranya kita  tidak sepakat untuk membantu ahli kumpulan yang sedang ditimpa musibbah. Kalau kita pakat2 sorang sikit - RM10/RM5 hanyalah harga sepinggan Nasi. Berpuasalah kita pada hari tersebut (jika perlu) supaya kita dapat infakkan sedikit kepada rakan kita yang lebih memerlukan. In sha ALLAH - ALLAH akan DOUBLE kan. 

4. Sebagai Jiran: sentiasa ambil berat jika Jiran anda Sakit Kanser. Tanyakan Keperluan Mereka. Pengurusan anak-anak dan pemakanan pesakit Kanser. Saya nak berkongsi kisah pengalaman seorang sahabat yang terpaksa meninggalkan isterinya (pesakit Kanser Payudara) terlantar sakit di rumah seharian kerana beliau (suami) terpaksa pergi bekerja. Si isteri yang terlantar sakit sendirian hanya mampu makan dan minum apa yang telah disediakan di tepi katil oleh suami sebelom keluar bekerja. Pengalaman saya sendiri sewaktu menjalani rawatan radioterapi. Akibat keletihan saya hanya mampu terbaring sepanjang hari di rumah keseorangan .. nak memasak tak larat maka saya tak makan seharian. Hinggalah kawan saya yang  kebetulan datang menziarah keesokkan harinya membawa Nasik Bungkus untuk dimakan. 

5. Kepada sesiapa yang Menziarahi Pesakit Kanser TOLONG Jangan Peringatkan Pesakit Kanser untuk Solat Taubat - bercakap tentang Dosa atau berkongsi kisah kematian pesakit kanser yang lain! Hangpa ingat kami nih tak pernah Solat ke... Nabi Ayob a.s juga Sakit berpuluh tahun. Adakah Nabi Ayob a.s diberi Musibbah Penyakit kerana Beliau Berdosa? Ingatlah Kanser Bukan Hukuman. Kanser bukan Kematian tetapi Kanser hanyalah penyakit seperti penyakit kronik yang lain. Ramai antara kami yang sembuh setelah menjalani Pembedahan - rawatan Radio dan Kimo.

Kematian hanyalah Ajal yg telah ditentukan ke atas setiap makhluk yg bernyawa. Sebagai orang Islam kita yakin Kematian merupakan Pertemuan dengan ALLAH SWT. Semua kita bercerita tentang Nak masuk Syurga. Bagaimana kita akan masuk syurga jika kita tidak Mati.



1 ulasan:

Angah berkata...

betul, moral support sangant penting untuk mereka...Semoga Allah memudahkan urusan pesakit-pesakit seperti ini

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...