zarin rejab |
Okay rules bila doktor kata kena kanser :-
1. Nak melalak, melalak la... Make sure 5 hari 5 malam straight. Alang-alang bagi puas hati.
2. Buat solat sunat taubat n syukur. Kenapa? Sebab Allah kasi kita ringan dosa dengan asbab sakit.
3. Jauhi segala macam bentuk jualan ubat magik, MLM dan sewaktu dengan nya. Mungkin ada yg betul tapi belum tentu sesuai dan dah tentu nak kena keluar duit berbelanja.
4. Pergi cari geng yang sedang dan yang dah selesai atau yang dah bebas kanser. Tanya sebanyak mungkin soalan. Lagi afdolllll.... Yang sama jenis kansernya.
5. Jangan asal orang rekemen itu ini terus capai beli n buat. Setiap ubat ambil masa untuk bertindak balas. Ambil masa bertenang dan istiqmah utk beberapa waktu. Tengok tindak balas badan.
6. Cek balik sunnah and sunnatullah. Byk sangat dah kita langgar akibat kesibukan dunia.
7. Cari penasihat perubatan bertauliah. Baik bab rawatan atau permakanan. Dekat hospital tu ada je Nutiritionist bertauliah. Setiap satu ada kepakaran masing-masing.
8. Untuk caregivers, terima kasih atas kasih sayang dan perhatian yang diberikan. Tapi mohon jangan panik. Kami memang nak sihat. Tolong sama fahami kemampuan semasa kami.
9. Cari dan hiburkan hati dengan perkara positif.
10. Okay ini bukan drama melayu. Asal kanser je, kanser otak. Lepas tu ready nak mati. Lepas tu konon rahsia. Lepas tu konon nak berkorban. Lepas tu konon penuh kasih sayang. Bro!!!! Lu ketinggalan zaman la. KANSER BOLEH PULIH!!!!!!
Mangkuk hayun la asal kanser je mati.
Lagi gua rasa mangkuk bila chenta hati gua baru tanya info ubat, ayat dia keluar : "Oooo kena cepat ni, hari tu ada yang meninggal sebab tak sempat makan ubat ni". Kepala hotak ko!!!!.
Akhir kalam:
"Kamu mohon sihat, tapi kamu tak jaga kesihatan,
Kamu mohon kaya, tapi kamu kedekut,
Kamu mohon rezeki berkat, tapi kamu tak jujur,
Kamu mohon zuriat yg soleh, tapi kamu sering lupa doa untuk ibu bapa kamu,
Namun Allah tidak lupa, dan banyak yang diberi tanpa kamu minta,
Kamu tak minta kanser tapi DIA beri, syukur DIA beri ingatan dan kasih sayang, moga mudah kita dihisab di padang mahsyar kelak"
Kepada masyarakat kami nak berpesan: Asal jumpa org sakit kanser jer tanya, OK ke sekarang? dah sihat ke? tak de lagi ke kanser tu?
Adeh... kanser tu bukan mcm selsema; semalam selsema mkn ubat terus baik...
Kanser remission tu lepas 5 tahun xde recurrence.. Jadinya, buat jer mcm xde apa2.. kalau tgk org tu dari luarannya sihat, doakan berkekalan..
Adeh... kanser tu bukan mcm selsema; semalam selsema mkn ubat terus baik...
Kanser remission tu lepas 5 tahun xde recurrence.. Jadinya, buat jer mcm xde apa2.. kalau tgk org tu dari luarannya sihat, doakan berkekalan..
link : https://www.facebook.com/groups/1415019032094938/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan