19 Oktober 2014

Jujur pada diri sendiri: (belajar untuk menerima hakikat)



Berahsia tentang sakit kanser akan hanya memberi tekanan pd diri kita.. so let it go. perlu ada keberanian utk berkongsi dgn umum. Sewaktu saya mula-mula mengetahui bahawa saya mengidap Kanser Endometrium, saya telah merahsiakan perkara ini dari pengetahuan keluarga. Selain dari Doktor , saya hanya memaklumkan kepada agen Insuran (kerana takut memikirkan kos rawatan yang perlu ditanggung samada mampu atau tidak). Mengetahui saya mengidap penyakit yg sangat menakutkan: Kanser - sambil memandu kete bersendirian ... saya menangis sepanjang jalan dari hospital ke rumah Apabila sudah bertenang saya menelefon sahabat baik saya Hjh Hafiza ... dan saya kongsikan berita sedih itu dan meminta beliau untuk merahsiakan seketika. Saya tidak tahu bagaimana untuk bercerita dengan keluarga. Takut anak2 akan risau .. takut ibu bapa saya bersedih (bapa saya baru sahaja menjalani rawatan pembedahan jantung di IJN) Saya tidak punya `kata-kata' yang sesuai untuk bercerita kepada keluarga tentang penyakit yang saya hidapi.

Sebelum saya berlepas untuk mengerjakan umrah bersama keluarga  (my two daughter , my mom , my sister & her hubby & abang Long saya bersama isteri) sempat saya memaklumkan tentang penyakit saya kepada ibu mertua saya & ibu saudara saya Hjh Sofeah. Dan saya meminta ibu saudara saya memaklumkan kepada abah saya sewaktu saya telah berlepas ke Tanah suci. Saya perlu memaklumkan kepada keluarga dan anak2 tentang penyakit ini  dalam kadar yang segera kerana sebaik sahaja kembali dari Umrah saya perlu mendaftarkan diri masuk wad untuk menjalani pembedahan.
FB: CANCER SURVIVORS https://www.facebook.com/groups/1415019032094938/

Apabila sy menulis di blog ianya umpama catatan diari peribadi. satu luahan hati yg sgt jujur dan ikhlas. i found peace in me. Saya telah bersedia untuk mengakui bahawa saya seorang pesakit kanser. Saya bersedia berkongsi berita ini dengan masyarakat. Apabila kita berdamai dengan diri sendiri tiada musuh yg bisa mengalahkan kita, Saya mendapat kekuatan untuk menceritakan setiap detik yang saya lalui khususnya sewaktu menjalani rawatan Radio terapi. dan saya luahkan segalanya di Blog entri saya.

Alhamdulillah tak sangka catatan kecil ini bisa memberi kekuatan dan sedikit panduan kepada Cancer survivors lain. malah ramai menyatakan bahawa mereka mendapat inspirasi dari catatan Blog ini. Hari ini saya sudah tidak merasa malu atau rendah diri lagi. Tiada rasa takut terhadap stigma masyarakat. Sy tak peduli apa yg masyarakat katakan tentang saya dan Kanser.
Sewaktu sy muncul di TV9 menjadi tetamu undangan dalam Rancangan Celik Hati bersama Prof Muhaya; Niat asal hanyalah sekadar untuk berkongsi cerita dan pengalaman. Mengharapkan dapat menggalakkan cancer survivors mencari kumpulan sokongan serta berkongsi kesedihan. Mengambil kesempatan menceritakan tentang kewujudan kumpulan sokongan yg saya tubuhkan melalui aplikasi `watsapp' . Saya mahukan setiap Pesakit Kanser mempunyai kumpulan sokongan tersendiri di kalangan Cancer Survivors. Kerana hanya pesakit Kanser yang memahami emosi pesakit kanser yg lain. Hanya kami yang layak memberi nasihat & kata2 semangat `to another Cancer Survivors'. Saya mengharapkan lebih banyak lg kumpulan sokongan ditubuhkan secara santai di alam maya. (FB, Watsapp .. telegram dll media sosial)
Dan apabila sy bjumpa rakan-taulan, ahli keluarga serta masyarakat di kampung yg menonton rancangan temubual saya di TV9 : mereka mberi feedback yg sgt positif. Tak sangka my stori has made me a `hero'. mereka dah tak bercerita tentang keburukan KANSER. Tetapi mereka berckp tentang CANCER SURVIVOR. Adalah sgt penting kisah sy menjadi contoh bahawa: Pesakit Kanser boleh pulih dan menjalani kehidupan Normal. malah ramai sahabat sy yg menonton rancangan tersebut terkejut tak menyangka bahawa saya seorg Cancer survivors.
Kepada masyarakat saya mengharapkan; ubah stigma jadilah masyarakat prihatin dan penyayang.. bantu dan beri sokongan kepada pesakit Kanser serta penjaga mereka. Banyak yang dapat anda bantu sekiranya anda sudi mendengar dan beri sedikit perhatian terhadap keperluan mereka.

5 ulasan:

Unknown berkata...

Kak zue yang selalu jadi inspirasi

suraya jalal berkata...

Terima kasih kak Zue....coretan kak zue mmg menjadi inspirasi kepada sy sebagai seorang Cancer survivors

Bunda_nora berkata...

Semoga Pn.Zu sentiasa kuat tabah dan menjadi sumber inspirasi pesakit2 lain..

sud@is berkata...

Saya seperti Bunda a.k.a. KN juga mendoakan semoga Pn Su diberi kesihatan yang baik dan menjadi sumber inspirasi pesakit lain..

Tq kongsi cerita..

Unknown berkata...

Bgmn utk join group whatapss cancer survivor. I am one of them

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...