30 Mei 2012

Pantang Larang Pesakit Kanser

“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan” (Al-A’raf, 7:31)

Mengikut pengamal `rawatan alternatif' Pesakit Kanser ada `list' yg panjang Senarai Makanan yg TIDAK boleh dimakan. Pantang larang ini adalah kerana untuk memastikan sel kanser tidak kembali aktif dan menyerang sistem tubuh seseorang.

Sewaktu mula mengetahui saya menghidap penyakit kanser; my dear Cikgu Hafiza telah memaklumkan kepada saya Pantang Larang Pemakanan Pesakit Kanser berdasarkan pengalaman sahabat beliau yg menghidap Kanser Lidah. Malah pencarian melalui `google' telah menemukan saya dengan pelbagai maklumat yang banyak hingga boleh memeningkan kepala.

Apabila saya telah memilih untuk melakukan pembedahan; ini bermakna saya telah memberi kepercayaan terhadap `rawatan perubatan moden' yg tipikal tetapi mempunyai rekod kejayaan yg sah! (bukan sekadar berdasarkan testimoni pesakit).

Saya masih berpantang; Tidak makan `seafood' dan juga daging. Oleh kerana saya pesakit `kanser uterus/rahim' maka doktor berpesan untuk mengelak makanan berasaskan soya; kerana ianya mengandungi Estrogen' yg boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser. Larangan soya hanya utk pesakit Kanser Rahim, Ovari & prostat.
Satu tips yg sgt praktikal sy nak share kpd semua: Bila kita SAKIT & baru menjalani pembedahan/rawatan yg serius; JANGAN berpantang! Sangat penting untuk dptkan selera makan anda kembali; sekurang-kurangnya sebulan supaya badan anda kuat; kemudian baru cerita FASA PANTANG LARANG utk pemulihan jangka panjang. Adakalanya kalau byk sangat pantang larang; pesakit boleh mati; sebab STRESS.

Selepas pembedahan (major op); saya makan seperti biasa, kecuali daging, udang, sotong & ketam. Sambal belacan ngan ayaq asam; saya `belasah' jeh. Milo & teh pon saya minum. Kalau asyik nak makan bubur nasik , sup ayam dan ayaq suam ....... hari-hari,   hmmm boleh muntah! 
Jangan terlalu berpantang, kerana Kanser tidak akan terjadi dlm waktu yg singkat disebabkan pemakanan. Malah ada `vegetarian' yg mendapat Kanser.

Ramai yg mengatakan bahawa saya kelihatan sihat, ceria & pulih dgn segera. Malah sebulan selepas pembedahan saya sudah pun memandu kereta ke Sungai Petani. Percayalah, ALLAH SWT menciptakan tubuh kita yang sempurna dengan sistem penyembuhannya yg tersendiri. Tetapi kalau kita TIDAK makan bagaimana tubuh badan ingin membina semula sel-sel yang telah mati & hilang sewaktu proses pembedahan.

Hari ini saya telah pun selesai menjalani 6 sesi Rawatan Radioterapi di Penang. Pesan Doktor Rakesh; `elakkan dari makan Daging, yang lain semua u boleh makan!'

Radioterapi adalah sejenis rawatan utk membunuh sel kanser yg ada di dalam darah & tubuh badan pesakit. Bukan sahaja sel kanser yg mati malah sel darah & sel-sel badan yg baik juga turut musnah. Sewaktu rawatan, badan akan mengalami sedikit perubahan akibat suhu radiasi yg panas. Pesakit akan terasa mual, pening dan mungkin hilang selera makan.

Jangan diturutkan hati. Sekiranya anda rasa hilang selera, minum Susu. Samada susu kambing atau susu lembu. Walaupun `susu lembu' TIDAK sesuai kpd pesakit kanser, tapi ingat: dalam tempoh rawatan, tubuh badan memerlukan segala nutrien yg sangat penting utk memulihkan kesihatan dan membina sistem imunisasi tubuh dengan segera. Saya minum `Enercal Vanilla' dan Alhamdulillah, apabila perut kita tidak `kosong' tidak masuk angin, maka kita tidak akan terasa loya dan selera makan akan kembali. Trust me!! I have been there. It works for me; Insyaallah it might works for u too!

Doktor hanya  membekalkan saya ubat utk darah tinggi (u know i ada BP), ubat utk tulang & kalsium. Oleh itu saya mengambil pelbagai supplimens yg sy rasakan perlu & sesuai utk diri sendiri. Ketika menjalani radioterapi,  sy telah menghentikan segala supplimens B17. 

Nabi s.a.w bersabda:
”berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni madu dan al-Quran”. (HR Ibnu Majah)

Setiap 4 jam sehari saya amalkan madu + habatussauda + air zam-zam diiringi doa & selawat syifa'. Saya juga meminum susu `enercal vanila' dan adakalanya susu kambing HIGOAT. Selain dari mengambil Planet Barley (daun hijau barli) untuk mengurangkan panas badan; saya juga mengambil Spirulina Perfect dan Multivitamin Double X Amway untuk menambahkan nutrien dalam tubuh.

Tidor mesti cukop, kerana waktu tidur adalah waktu tubuh kita melakukan `self-healing'. Maka pastikan anda mendapat tidur yang baik & mencukopi.  Its the most important! Kalau tidur kita baik, badan kita punya cukop rehat, emosi kita akan lebih stabil, Maka Penyakit akan segera SEMBUH!  (kalau tak leh tidoq, ambik xanax)

To keep the body in good health is a duty, otherwise we shall not be able to keep our mind strong & clear : quote

70 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila I baca apa yang u tulis, teringat I masa 4 tahun yang lalu mengalami masalah yang sama cuma I tak lalui pengalaman radiology & chemo. After the 1st 3 years free from cancer, dah mula langgar pantang sikit-sikit (tak vegetarian anymore) coz my physician kata even vegetarian dapat cancer sebab vegetarian tak boleh makan semua group of vege in one day utk penuhi keperluan the starving cells.
Take care and keep on writing. Sometimes, I need to be reminded too.

Love,
Kak Muzni

norbashima berkata...

Salam Zue.....Noba pun ambil Spirulina Elken..very very gud indeed...pantang tu still pantang especially daging almost 8 yrs dah tak sentuh langsung...seafood pun noba consume sekadar merasa aje...till then you take care ya dear friend...:D

-nobashima-

Zuraini Kamal berkata...

Dear kak muzni:
yg mana perlu pantang memang kita `pantang' cuma jgn so drastiklah kan. especially yg baru selesai operation & kena pulak another treatment like radio & kimo.
kesian tengok ramai yg berpantang sampai kurus kering dan tak larat melalui sesi radio & kimo yg pjg. we will take care of our health bcoz we know our body better! good luck to u too

Zuraini Kamal berkata...

Noba:
belom berkesempatan nak berseembang melalui tel; my sis house line maxis very2 bad ha ha ha
good luck to u; wish me the best ya

Noridah berkata...

Kenapa berhenti makan supplimens B17?

Tanpa Nama berkata...

ye, saya pun nak tanya yang sama, kenapa berhenti ambil B17?

Zuraini Kamal berkata...

sy berhenti ambik B17;
pertama sebab : sy ada better product CELLFOOD
kedua: B17 ada cynide; tak tahan ngan perut sy; gastrik teruk

Tanpa Nama berkata...

Salam.saya pun baru disahkan ada kanser rektum pada tahun ini pada masa umur 41 tahun.bagus dapat baca blog puan kerana dpt juga info tntg pesakit kanser.buat masa sekarang saya berpantang makanan tetapi tak makan sebarang suplemen kerana baru lepas dua bulan dibedah.

Zuraini Kamal berkata...

tanpa nama: wslm
sehingga hr ini sy tidak berpantang tp sy mengamalkan cellfood secara serius utk memastikan level oksigen dlm badan optima: zuraini kamal

Tanpa Nama berkata...

Transfer factor insyaAllah boleh membantu.

Unknown berkata...

Salam...mak sy tlh d sahkn kanser usus..bila sy google sy menjadi keliru dgn mknan yg perlu d pantang..kalau puan ada pendapat blh tak puan kongsi dgn sy...

Zuraini Kamal berkata...

Ratna; add me kat FB senang nak bersembang

Tanpa Nama berkata...

Salam kak,
Sy xean. . Mgalami nasib yg sm. . Tp sy msi d stage 2. , kekadang sy mls na wat rwtn. . Aka phm kn knp. ,

Tanpa Nama berkata...

Salam.saya baru je lepas menjalani pembedahan buang rahim dan.telur. Nak tau lah apa sebenarnya pesakit kanser tak.boleh makab n boleh mkan. Please tell.me

Tanpa Nama berkata...

salam...saya juga mengalami kanser usus yang serius dan kekadanag rasa macam sudah tiada harapan lagi untuk sembuh..slps itu ada kawan saya yang syorkan saya ambil ubat kanser keladi tikus ..dia sebelum ini mengidap kanser paru-paru dan telah sembuh dgn bantuan ubat ini..setelah saya amalkan ubat kanser ini alhamdulillah segala puji bagi allah yang memberikan kesembuhan..saya telah sembuh dan juga berpantang saya amalkan..

para pesakit kanser yang sedang mencari cara pengubatan yang paling berkesan,saya cadangakn anda ambil ubat ini..anda boleh rujuk di sini >>

www.ubatkanser.com

semoga membantu kalian semuia.

~SYAZ ZAINIES~ berkata...

Salam,saya anis telah disahkan doktor mghidap breast kanser pd 1 mac 2013 pd umur 31 tahun,sudah buat operation & skang Br buat kimo yg prtama dn ada 5 kali lg kimo & 20 kali radiotrafi, kdg2 saya pening kepala nk mkn apa, ada ckp soya boleh makan ada ckp xboleh

Zuraini Kamal berkata...

nana zainies... makanlah ... dan berubat. ikhtiar itu perlu.

Tanpa Nama berkata...

Saya nak tanya apakah tanda-tanda barah usus?

Tanpa Nama berkata...

Ubat tu bentuk pil ke? Brand apa ye?

Tanpa Nama berkata...

Cellfood tu dlm bentuk cecair kan?

Unknown berkata...

Salam..saya nak beri cadangan untuk mencuba produk berasaskan Transfer Factor yang berfungsi sebagai mengajar sistem ketahanan imun badan kita dan memusnahkan terus virus dalam badan agar kesihatan terjamin..dijamin berkesan untuk rawatan leukimia,kanser dan banyak lagi..insyallah..try sngt2 produk ni..insyaallah dapat membantu..banyak testimonial yang berjaya dalam rawatan kanser dng menggunakan Transfer Factor..

boleh tengok testimonial yang berjaya disini..

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=428201323964680&set=a.428198847298261.1073741829.428178340633645&type=1&theater

atau visit http://4lifefortune.blogspot.com/

terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

Ble sya minta no tel nak kongsi bgmana kena kanser rektum sb sy pnmcm ada simptom kanser rektum cuma ble bt pemeriksaan...apa tanda2 kita terkena kanser rektum ble kongsi ke?

Tanpa Nama berkata...

Blh tak sy nk add puan jgk kt fb.. sy nk brsembang..cmner yer nk cr nama puan dlm fb.. sy br je lps operation sebuln yg lps..

Unknown berkata...

Mak saya just detect thyroid cancer s.4, kn pantang sm mcm cancer lain ker.. Dia blm wat opt lg..

Tanpa Nama berkata...

Saya bru 2 mggu operation kanser usus.15 cm dr potong usus besar.dulu mmg ad mslh buang najis tp skrg acpkali dlm sehari.sye mkn kladi tikus, b17, 7plus, produk sarimah serta mkn soft diet.msih lg ssah hati.nk pencen awal.umur akak 50.ape pdpt umum?

Zuraini Kamal berkata...

kak ... saya dah pon pencen awal .. berehat menikmati sisa-sisa hidup dlm suasana yg sangat sederhana.. jaga kesihatan dan fokus pada kerja yg saya ingin lakukan. tak mau pkiaq banyak sangat. tenaga & usia yg ada saya nak gunakan utk kerja2 yg sy teringin lakukan

Tanpa Nama berkata...

Mungkin blh amalkan daun belalai gajah juga

Tanpa Nama berkata...

Salam boleh x saya tau daun belalai gajah macam mana dan cara makan mcm..

Tanpa Nama berkata...

Salam..mak sy bru selesai melakukan pembedahan melalui kaedah perubtan tradisional..jd xde buat radio&chemi..betul ke xperlu pantang terlalu drastik??.lg pun mak sy ad gastrik dan drh tggi..

Zuraini Kamal berkata...

tanpa nama: saya tak faham kaedah perubatan alternatif yg mak anda lalui; sekiranya benar dia ada kanser & sudah menjalani rawatan alternatif pastikan bawak dia utk CT Scan Contrast atau apa jua kaedah utk memastikan sel kanser sudah hilang dr tubuh. juz to confirm

Norashidah Mohd Noor berkata...


assalam...mak saya berumur 64 tahun baru disahkan kanser paru2 stage 4, baru menjalani rawatan kimo sekali..boleh tidak berpantang dgn drastik? mak ada kencing manis darah tinggi? lepas kimo muntah amat teruk ..

Tanpa Nama berkata...

saya mengidap kanser pyudara .akan menjalani pembedahan tak lama lagi .betul ke kita tak perlu berpantang sangat..sekarang saya makan biji aprikot .boleh tak saya teruskan

Tanpa Nama berkata...

Hi sis, boleh saya tahu detail suppliment yang sis amalkan? bapak saya usia 78 tahun, menghidap kanser lidah stage 4, kerana faktor usia doktor x nak amik risiko untuk 10 jam pembedahan sbb badan dah x kuat. kimo pun x digalakkan. hanya raditerapi sahaja tapi bapa saya xnak. jdi saya boleh sis kongsi ubat, suppliment yang sis amalkan?

Tanpa Nama berkata...

sy bru di sahkn kanser tp msih pringkat awal. boleh x kongsikan ubat yg mmbntu tuk mematikan sel kanser ni. sy agk trtekan dan emosi. sy tak tahu bagaimana.

Unknown berkata...

ASSALAMUALAIKUM SIS,

Saya nak tanya,kalau kancer lidah macamnr plk pemakananya..baru baru ini bapa sy disahkan mghidap kancer lidah tahap3,seperti tamparan hebat buat saya sebagai anak ...biarpun bapa sangat tabah menghadapinya...sis tolonglah saya memberikan sedikit nasihat ubat untuk rawatanya...dan pemakanan..

ekin1312 berkata...

Cellfood mujarab utk cancer?

sufi berkata...

semoga diberikan kesihatan bertambah baik insyaallah..

fatimah berkata...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Penawar Kanser

Tanpa Nama berkata...

Puan mengidap kanser apa?

Unknown berkata...

Salam...arwah ibu saudara sy penghidap kanser usus stage 4.. Arwah telah mengamalkan pemkanaan transfer factor..tp tidak berkesan....dua bulam dr tarikh doc kesan penyakit tersebut arwah telah meniggal...kini ayah sy br sahaja disahkan menghidap kanser paru2 stage 4...ayah sy berumur 65 thn.. Doc suggest utk buat radiotherapy..tetapi kimo x boleh kerana ayah saya juga mengalami masalah buah pinggang...keadaan kesihatan ayah saya tidak begitu baik ekoran masalah buah pinggang tu...dan kami anak2 dan juga ayah tidak mahu mengambil rawatan radiotherapy kerana tahu keadaan kesiahatan ayah kami...apa yg kami perlu lakukan..amat buntu dan sedih

Unknown berkata...

Salam...arwah ibu saudara sy penghidap kanser usus stage 4.. Arwah telah mengamalkan pemkanaan transfer factor..tp tidak berkesan....dua bulam dr tarikh doc kesan penyakit tersebut arwah telah meniggal...kini ayah sy br sahaja disahkan menghidap kanser paru2 stage 4...ayah sy berumur 65 thn.. Doc suggest utk buat radiotherapy..tetapi kimo x boleh kerana ayah saya juga mengalami masalah buah pinggang...keadaan kesihatan ayah saya tidak begitu baik ekoran masalah buah pinggang tu...dan kami anak2 dan juga ayah tidak mahu mengambil rawatan radiotherapy kerana tahu keadaan kesiahatan ayah kami...apa yg kami perlu lakukan..amat buntu dan sedih

aezlin abu bakar berkata...

Saya kena kanser rahim umur 35...xpernah bernikah...la ni overweight...makan semua...camne ni...ubat sama dgn sis tulis kt atas...la ni dah 3 thn menjadi cancer survivor...kerja sendiri la ni...ada tips x sis cmne nk control berat...xmkn pun berat naik...mmmm

saifulfaizal77 berkata...

Assalamalaikumwarahmatullah, saya ad kakak yg baru je didiagnosis dgn kanser payudara stage 1 (setelah dibiopsy)
Doktor nak buat op buang lump yg tak sampi 1cm..skarang dilemanye kami sekeluarga tak tahu samada nak buat op atau buat rawatan alternatif,..apakah rawatan yang terbaik utk kakak saya..teruskan dgn op atau buat rawatan alternatif..klu rawatan alternatif apakah yang terbaik..
#doc bg masa 2 minggu utk buat keputusan
#umur kakak 40

shakirah berkata...

mohon share kata2 profil akak

mekarindahbentong303 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mekarindahbentong303 berkata...

Assalamualaikum..sy br 2 minggu operate buang rahim ovari dan cyst coklat..lps pembedahan tiada darah selepas 10 hari ada plak darah yg turun tp x byk. Jahitan pembedahan saya da kering. Apakah sebabnya, kata lps pembedahan buang rahim akan menopos..konfius saya

Zuraini Kamal berkata...

wslm shamsinar
darah turun mungkin saki baki pembedahan
apa pon sekiranya turun banyak dan berterusan sila rujuk kembali kpd Onko yg merawat dan maklumkan keadaan sdri. sy mendoakan sahabat segera kembali pulih dr pembedahan dan jalani kehidupan normal

Zuraini Kamal berkata...

wslm saiful
lump tidak merbahaya tetapi tidak elok utk disimpan: pembedahan membuang lump adalah pembedahan kecil yg tidak merbahaya. nasihat saya sila buat segera dengan cara yg saintifik - moden & terbukti berkesan. pastikan yg pakar sahaja melakukan kannya

Tanpa Nama berkata...

Boleh share cara rawatan kanser yg terbaik seperti ubat/ supplement... Permakanan dan lainnya

Tanpa Nama berkata...

Assalam..ada 2 kisah yg ingin saya kongsikan disini..

Setiap ujian yang datang dari Allah itu ada hikmahnya...Saya bekas pesakit breast kanser selama 12 tahun sejak 2004...untuk pastikan saya sembuh dgn sepenuhnya saya berpantang makan daging dan seafood selama setahun selepas operation...kita kena amalkan pemakanan yang sihat, kena kuatkan semangat dari segi mental dan fizikal serta yakin untuk sembuh. Supplement yang saya ambil hanyalah Cellfood dan biji apricot. Insyaallah setiap penyakit pasti ada penawarnya...Janji Allah itu pasti..Alhamdulillah saya bersyukur pada Allah walaupun diuji untuk kali yang ke2.

Awal dec 2015 saya didiagnosis ada fibroid sebesar 10 X 10cm di rahim saya...doc buat keputusan utk buang keseluruhan rahim sahaja kerana bimbang saya ada sejarah kanser...demi kesihatan saya bersetuju dgn cadangan doc dan suami. Akhirnya tanggal 7/3/16 saya selamat menjalani pembedahan pembuangan fibroid dan rahim. Syukur pada Allah keesokan harinya saya dah boleh berjalan seperti biasa dan hari ke3 dah boleh discharge. Sekarang sudah 3 minggu berlalu saya gembira menjalani kehidupan yg terkini bersama family tercinta...kalau kita yakin dan redha dengan ujian Allah pasti Allah permudahkan segalanya..Aamiin.

mekarindahbentong303 berkata...

Assalamualaikum..alhamdullilah akhirnya darah da berhenti selepas 2 minggu sebenarnya nk kata bukan darah tp mcm keputihan yg warna keruh..terima kasih atas doa sekrg da sebulan lebih..tp saya sering terlupa pasal daging tu sebab di ingatan saya terlalu pantangkan ayam sebab doktor pakar swasta dia kata ayam cucuk x bagus utk pesakit cycst betul ke

Unknown berkata...

Saya rasa baik saudara teruskan dgn op,saiz 1cm mmg sng utk op.

saifulfaizal77 berkata...

Boleh saya tahu ,apakah rawatan yg telah puan lalui utk breast cancer ..dan apakah supplement yg puan amalkan ..terimkasih

CikHan berkata...

Salam
Saya baru je jalani operation buang rahim dan ovari. Ada ketumbuhan pada rahim yg disahkan sel kanser. Tu la..doktor cakap makan pantang nampak cuma doktor minta daging elakkan sbb lambat hadam. Dia galakkan makan protien banyak. Mula saya makan ikan dan ayam. Buat sup..tapi lama2 jemu. Saya pun mula start makan telur pada hari kesepuluh. Boleh saya add fb puan?

Unknown berkata...

boleh tak saya nak add puan dlm facebook...tq

Unknown berkata...


Assalam. Saya penghidap kanser payudara tahap 2 dan tlh menjalani mastek. Saya baru menjalani 2nd kimo
Ada 6 cycle semua. Nak tanya prndapat...gusi saya selalu bengkak...mcm mana ye..susu apa yg elok utk pesakit cancer ye dan boleh ke kita makan any supplement without doctor's advice?

Unknown berkata...


Assalam. Saya penghidap kanser payudara tahap 2 dan tlh menjalani mastek. Saya baru menjalani 2nd kimo
Ada 6 cycle semua. Nak tanya prndapat...gusi saya selalu bengkak...mcm mana ye..susu apa yg elok utk pesakit cancer ye dan boleh ke kita makan any supplement without doctor's advice?

Tanpa Nama berkata...

Salam.saya kanser servik tahap 1b.dokto cdg buang rahim semua.saya keliru nk buat atau tak.saya batu berkahwin dn batu dpt ank.kalo saya menolak cadangan dokto ni takut kedaan saya makin teruk.ada idea tak nk buat xara lain.

Afis berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Afis berkata...

Puan emak saya pun kanser serviks thp 4.boleh kita sharing ke1

Tanpa Nama berkata...

saya baru selesai 6 sesi kemo dan 38 sesi radio krn kanser hidung level four. doktor cakap lain lain boleh mkn minum cuma elakkan makanan awet terutama jeruk. pantang sikit sikit. tapi red meat i avoid lah. doktor juga suruh makan supplement. ubat alternatif tidak digalakkan kecuali kebenaran doktor. bukti ramai rakan seperjuangan datang balik hospital utk kemo @radio @ both.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum...
Nenek saya telah disahkan menghidap kanser pangkal rahim peringkat awal (S1) tahun lepas dan telah menjalani beberapa sesi rawatan kimo. Result doktor menyatakan bahawa kanser itu telah hilang dan rawatan kimo perlu diteruskan bagi memastikan kanser itu betul2 hilang. Selepas beberapa kali menjalani rawatan kimo, doktor menyatakan kanser itu masih ada lagi dan yang paling menyedihkan satu ketumbuhan di bawah pundi kencing telah dikenalpasti. Doktor menyarankan untuk melakukan pembedahan untuk membuang rahim dan pundi kencing itu tetapi nenek saya perlu menggunakan tabung beg air kencing sehingga akhir hayat.
Adakah nenek saya perlu melakukan pembedahan atau ambil ubat-ubatan saja dan jaga makan? Doktor menyatakan bahawa rawatan kimo tidak boleh dilakukan untuk membuang ketumbuhan di bawah pundi kencing itu. Harap kalian dapat memberi cadangan atau pandangan. Terima kasih.

Unknown berkata...

Assalamualaikum semua sister2 & makcik2..saya Nazmi dr KL, mak saya menghidap Lung Cancer early stage 4..batuk tidak berhenti hampir 6-7 bulan..sekarang doktor akan melakukan rawatan kimo setelah ubat yang di beri oleh pihak hospital tidak lagi
berfungsi untuk mak saya..untuknrawatan pertama, mak saya akan dipantau oleh pihak hospital satu malam sahaja, selepas itu balik ke rumah untuk berehat..selama 2 minggu tidak dibenarkan keluar bilik, bermakna perlubada seseorang untuk membantu beliau melakukan rutin..ada tak sesiapa di sini boleh bagi penjelasan macam mana dan apa perlu saya buat sepanjang masa 2 minggu ini?

sekian, terima kasih

Unknown berkata...

Salam sis smua.saya ada kwn yg menghidap kanser rahim sy tak tahu nak bagi support mcm mana dekat diw.slalu sy ckp kuat ye, sabar ye (sy dah baca prkataan ni tak sesuai) dia jugak selalu mengadu sakit.tak mampu bertahan.apa nasihat yg sy blh bagi dekat dia.saya nak membantu tp tak tahu caranya.harap2 sis smua dapat membantu.

mohd zuhairi bin noordin berkata...

Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi…
sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin
Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh
NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

Daud Mohamad berkata...

Salam semua..saya doakan semoga kesihatan anda semua bertambah baik hendaknya.

Shawl Half Moon berkata...

saya Confius sebenarnye pesakit kanser boleh minum susu ke tidak.. susu lembu, susu kambing @ soya...

Unknown berkata...

salam. boleh cuba elfahex elken. cuba tgok dekat u.tube mmg terbukti berkesan dan bnyk testimoni. untuk keterangan lanjut boleh call sy. 0146555837-dyg

Unknown berkata...

Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat.. hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi… Hubungi saya sgera..nanti sy akn bmbing puan n puan bgaimna hrus d lakukan n tndakn yg tpt plu d buat msa dpt knser n bgai mna hndak rwat kn...boleh sertai grup psakit2 knser sy n mlhat testmni yg amat bnyk...kita bley bbncng bgai mna nk mrawat...sy n psakit2 yg dh smbuh or yg msih d rwat n mkin sht akn bmbing n tnjuk ajar tuan n puan n bg smgt motivasi...jgn kita kseorangan...bla ksorangan...sllu kita akn lmah n down...sertai sy n hbungi sy scpt mkin utk lhat testmni2 mnarik sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

Unknown berkata...

jom brubat dgn sy dan sertai grup sy yg trdiri dari pd rmai psakit2 kanser yg dh smbuh dan psakit2 lain yg msih d rwat moga kita akan dpt manfaat bgai mna utk bjuang..smgt..mtivasi n rwatan2 dan bgai mna utk hdpi kimo tnpa bdn lemah2 dan mmpu hbis kn sesi kimo tnpa ksan smpingan kimo yg truk..jom ubt kn n rwatan2 herba utk knser…anda psti tkjut mlhat testmni sbnar yg tllu bnyk dgn plbgai ltar blakng psakit2 n kes2 knser

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...