14 Mei 2012

Kanser vs Umrah

my beloved family
Assalamualaikum wbt:
Saya mengetahui tentang penyakit Kanser ini; 4 hari sebelum bertolak untuk mengerjakan Umrah bersama kaum keluarga dan rombongan sahabat handai seramai 20 orang. Kami dijadualkan berlepas pd 30hb Mac 2012  jam 9.00 malam dari Alor Setar ke KLIA. Dan seterusnya akan berlepas ke Jeddah dgn pesawat Kuwait Air pd jam 3.00 pagi  (31hb Mac).

Oleh kerana terlalu sibuk dengan kerja dan perniagaan; saya hanya dapat mengatur kenduri DOA SELAMAT pada 27hb Mac; dan saya niatkan agar Majlis ini juga akan mendoakan keselamatan saya sewaktu mengerjakan ibadah UMRAH dan sewaktu akan menjalani pembedahan yg dijangkakan pada 18hb April 2012 (sekembali dari Mekah)

29hb Mac: sempat saya berjumpa Pakar Onkologi Dr Badrul di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah; atas bantuan sahabat saya  Dr Zaki Zamani & isterinya Dr Mahani. Pertemuan dengan Dr Badrul selama hampir 3 jam; memberikan saya banyak maklumat & nasihat perubatan malah juga kaunseling tentang bagaimana menangani situasi sebegini.

To be honest; sewaktu saya berjumpa Pakar Onko; saya pergi berseorangan; bawak kereta sendiri tanpa ditemani sesiapa; malah hanya 3 org sahabat sahaja yg tahu tentang appointment saya pagi itu. Sewaktu di interview oleh Dr Badrul; beliau bertanya: `Keluarga dah tahu ke belom?'  Jawab saya:  `belom!'  Dr Badrul: ` so ... what's your plan?'  Saya: `i have no plan; i juz take a step at one time. Hari ini saya dtg jumpa doktor for this appointment; esok insyaallah saya akan berangkat utk mengerjakan umrah; the rest kita pkiaq kemudianlah!'  Itulah jawapan saya dgn muka yg agak selamba. 

Nak mengadu kat abah (i am very close to my father); tp bapa saya punya masalah jantung yg sgt serius. Nak bg tau kat my mom .... hmmm she is a very old lady with her own emotions problem. Mak saya bukan boleh dengar cite sedih mcm nih; nanti dia pkiaq macam2!

Nak mengadu pada adik; she is in Penang; dah bekeluarga; saya faham dia pon sangat sibuk. Nak mengadu pada abg saya di Kuala Lumpur ..... Hmmmmm sekadar boleh cite je lah kan.

So macam mana untuk saya bercerita pada anak-anak? Hana nak mbik PMR tahun ni; Arisya pon baru form 4; my son Zakuan dok ada nun di Kuantan Pahang; studi kat Univ Msia Pahang.

Nak cite ngan kengkawan; saya bukan nak menagih simpati; malah saya tak mahu orang bersedih kerana ramai yang memikirkan Kanser adalah MATI.

Yang penting saya perlu membina kekuatan diri dan saya mengadu pd ALLAH SWT; memohon agar diberi kekuatan & diberi petunjuk. Saya perlu tabah fizikal & mental.

La Tahzan Innallaha Ma'ana. "Dan Janganlah Kamu Bersikap Lemah Dan Janganlah Pula Kamu Bersedih Hati Padahal Kamulah Orang-orang Yang Paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman

9 ulasan:

norbashima berkata...

Asalamualaikum,

Tabahkan hati dan kuatkan semangat kita...I've been there before and I understand how you feel...sedih memang sedih..tapi ingatlah Allah bagi kita dugaan ini kerana dia tahu kita mampu mengharunginya...di doakan semoga kita sentiasa berada di bawah lindungannya..Amin..

LYNN berkata...

Assalamualaikum K.Zu,
Just wanted to share this with you. Try boiling crushed lemongrass and drink the water 2 or 3 times daily. You can google for more info on the benefit of lemongrass to cancer patients. InsyaAllah, it will do good to you.
Praying for your best of health.
p.s. I guess tomyam(with lots of lemongrass) is good for all of us;)

Zuraini Kamal berkata...

tq Norba; i juz known about you; Tahniah u have succeeded; wishing me will follow after u. insyaallah. tq for the doa

Zuraini Kamal berkata...

Lynn; i memang suka mkn tom yam; have read about the lemongrass drinks but havent tried yet; tp semua my cooking i mesti bubuh cuts lemongrass. insyaallah will try the drinks soonest. tq

Granny Hani berkata...

Dik, be strong. Always be strong!Ajal maut di tangan Tuhan. orang yg tak der penyakit pun kalau dah sampai masanya, tidak di perlewatkan walau sedetik. Akak doakan Zuraini tabah lalui hari2 esuk..yes, betul tu, take one day at a time.take care dear.

Zuraini Kamal berkata...

tq kak hani; love u ; muah!

Darushita berkata...

Assalamualaikum Zue,

Aku doakan agar hang akan sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan ni. Semoga cepat sembuh. Take a care dear.

Zuraini Kamal berkata...

tq dear Darushita ; insyaallah

Tanpa Nama berkata...

Salam kakzue....sy ingin berkongsi dgan akak....tetapi sy bukan pesakit kanser...tp sy anak kepada pesakit kanser paru2 tahap 4... Yg mengidap kanser adalah ibu saya...ikut kiraan doktor ibu sy hanya dpt bertahan selama 6 bln sahaja..ini kerana sel kanser merebak sepenuhnya di paru2...tetapi memang betul ajal maut itu urusan Allah...ibu saya mash bertahan sehingga sekarang...hampir 3 tahun berlalu...rawatan kimo...alhamdulilah sekarang ibu sy makin sihat....positif itu penting...kami anak2 sedaya upaya supaya ibu kami senyum...dan tidak memikirkan kanser adalah jalan untuk mati....anggap dugaan ini sebagai peluang untuk mendapat pahala...semoga trus berjuang....krn itulah kita sbg khalifah....

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...