14 Oktober 2011

ikan bakaq .... ikan kukus: ZK


Assalamualaikum wbt: Hari nih nak share resepi mudah & enak: Ikan Kukus Bersambal - ikan bawal emas:
selepas dicuci bersih & selawat; ikan dibubuh garam kunyit; taburkan hirisan serai dan bunga kantan:
Untuk sambal: cili kering dan cili padi (kalau nak pedas) dimesin bersama: belacan + bawang besar + bawang merah + bawang putih + halia + serai; kemudian masukkan garam; gula dan asam jawa secukop rasa. (nak masukkan ajinomoto pon boleh gak hi hi hi)

Kesemua bahan ini dimasak dengan api pelan.

Kukus ikan bersama sambal dalam kertas timah (aluminium foil) atau juga boleh dibakar dalam kuali.

Selamat mencuba

12 Oktober 2011

cinta

`Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan'
~ Mahatma Ghandi ~

CINTA itu anugerah Allah swt kepada makhlukNYA.

Hawa diciptakan kerana Adam kesunyian tidak berteman; walaupun hidup di syurga yang punya segala-galanya. Maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam. Allah semaikan rasa kasih cinta dalam sanubari keduanya; itulah permulaan penghidupan manusia di muka bumi ini.

Cinta Adam & Hawa; adalah cinta suci yang mendapat restu Allah swt. Cinta Yusof & Zulaikha menjadi teladan yang tertulis kisahnya dalam Al-Quran. Cinta Muhammad SAW & Siti Khadijah merupakan cinta unggul yang tulus dan penuh keberkatan; kerana pengorbanan Siti Khadijah telah membuka ruang untuk Muhammad SAW menjadi Nabi dan Rasul berdakwah kerana Allah Yang Maha Esa.

Bagaimana pula CINTA kita ? Adakah CINTA kita kerana Allah SWT atau kerana Rupa; Pangkat; Harta & Kedudukan? Hanya kita sahaja yang dapat menjawab persoalan ini.




Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.




CINTA : membawa sejuta kebahagiaan dan membuka pintu kesengsaraan.

Ada orang menangis kerana Cinta; dan pastinya yang sedang dilamun Cinta tersenyum; ketawa merasa bahagia. Bagaimana ingin meluahkan rasa Cinta? Ada yang tak lena tidurnya mengenangkan Cinta. Ramai yang `makan tak kenyang; mandi tak basah' kerana Cinta. Malah ramai yang sanggup bekorban; `buang emak tinggal saudara kerana kasih hamba turutkan'; maka ramai anak gadis yang sanggup lari ke Lombok mengikut Cinta hati mereka.

Apa jua mitos tentang CINTA; tiada siapa yang dapat memahami apa makna sebenarnya Cinta. Jatuh Cinta; putus Cinta; adalah penyakit Cinta yang menyerang mangsa tanpa mengenal usia; perbatasan agama; warna kulit; bangsa; malahan kasta. Tidak ada undang-undang yang boleh menyekat; menghalang dan mengawal CINTA.


Pesan saya: Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

10 Oktober 2011

Sepi Berbisik


Assalamualaikum wbt:

Terlalu lama meninggalkan Blog ini tanpa catatan baru. Bukan tak ada peristiwa suka duka yang menarik untuk dikongsikan bersama; tetapi entah mengapa; tiba-tiba kehilangan `momentum' menulis. Benarlah seperti kata Tun M: menulis memerlukan kita berfikir dan terus berfikir; hasil tulisan kita pastinya dapat memberi manafaat buat diri kita; sebagai sebuah catatan sejarah peribadi; malah boleh jua dikongsikan kepada umum.

Setiap hari kita akan melalui pelbagai insiden yang adakalanya boleh menjadi satu pengajaran dan memberi iktibar kepada orang lain agar ianya tidak berulang buat kali kedua. Adakalanya segala yang manis dan indah yang kita alami dapat dikongsikan bersama insan tersayang dan akan kekal sebagai memori yang patut kita kenang hingga akhir hayat.

Berkongsi catatan di Wall FB saya:

sekiranya anda sedang bersedih; fikirkan semua kenangan indah dan manis; ianya mampu mberikan anda kekuatan utk mbina semangat baru dan yg penting ianya akan dapat mengukuhkan benteng kesabaran. Jangan bersedih untuk Dunia yg sementara ini; Tak Berbaloi!!!'
Jangan biarkan diri anda tenggelam dalam permasalahan hidup. Carilah teman untuk mendengar luahan jiwa. Sekiranya anda malu; segan dan tidak punya teman untuk berkongsi; maka anda kena belajar menulis di dalam diari atau cyber diari malah boleh juga menulis di Blog peribadi. Tahukah anda; catatan-catatan kecil di muka buku (FB) atau twitter; boleh menjadi medium untuk meluahkan rasa hati agar ianya tidak terpendam menjadi barah yang boleh membunuh jiwa secara senyap. Jangan takut dan malu untuk berkongsi rasa dan usah pula kita sendirian memendam lara. Jangan dibiarkan diri berseorangan dalam menangani konflik jiwa; adakalanya kita perlu bersuara memohon pertolongan!



Cintailah diri kita sendiri; kerana diri ini lebih berharga: we desserve to be treated as a Queen

Benarlah sepi itu berbisik ................ kita hanya perlu mendengar!


ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...