Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
Salam
Baru-baru ini saya ada terjumpa dengan seorang sahabat yang meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya dengan penuh emosi. Kedua suami isteri itu bercerita mengenai perancangan ibu mereka yang akan mengerjakan Haji tidak berapa lama lagi.
Menurut si anak (suami) , ibunya ke Mekah atas jemputan si adik seorang Engineer yang bergaji besar. Dan mereka dijangka akan mengikuti Pakej Haji yang bernilai RM19, 000 seorang. Oleh kerana mereka pergi bertiga, maka jumlah keseluruhan yang perlu ditanggung oleh si Engineer tersebut adalah sebanyak RM 57, 000.00. Itu belum termasuk perbelanjaan runcit selama berada di Tanah Suci.
Si ibu mempunyai 4 orang anak yang kesemuanya sudah berkeluarga. Memikirkan beban perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh sang anak si Engineer, maka si ibu telah meminta kepada tiga orang anaknya yang lain untuk memberi sedikit `sumbangan'.
Sahabat saya itu tersangatlah `naik hangin' satu badan kerana menurut beliau si Ibu telah meminta beliau menyumbang sebanyak RM 2000 , satu jumlah yang paling besar jika dibandingkan dengan adik-adik yang lain.
`Mentang-mentanglah mak aku tengok kami nih `berada' sikit, pakai kereta besar sikit ... dia mintak kat kami banyak'
`adik aku nih pun satu, dah tau tak dak duit Janganlah berlagak nak join Pakej, nih dah menyusahkan orang'
Kedua suami isteri yang sangat beremosi terus meluahkan segala yang terbuku di dalam sanubari. Marahkan si adik yang nak membawa ibu bersama mengerjakan Haji dan marahkan si Ibu yang meminta sumbangan anak-anak mengikut kategori `kemampuan' anak-anak berdasarkan gaya hidup mereka.
Oleh kerana kami bersembang di wad hospital, maka saya tidak bercadang untuk berkhutbah memberi nasihat kepada mereka berdua. Lagipun keduanya sekadar meluahkan rasa kecik hati terhadap si Ibu tanpa meminta pandangan saya.
Saya ke wad tersebut menziarahi anak kecil kedua suami isteri yang dimasukkan ke hospital kerana demam. Kedua suami isteri sempat jugak merungut, dah 5 hari anak mereka di hospital swasta tersebut, bil sudah mencecah hampir 5 ribu ringgit.
Dalam hati saya berkata; Subhannallah hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui. Saya beristighfar memohon keampunanNYA agar saya tidak salah menafsir dan menjatuhkan hukuman. Bukanlah saya ingin mempertikaikan tindakan kedua suami isteri tersebut, tetapi kenapa tergamak si anak untuk tidak memenuhi hajat si Ibu sedangkan mereka mampu? Kenapa perlu berbalah dan mempertikaikan jumlah sumbangan yang perlu diberi?
Apalah nilai RM2 000 , jika dibandingkan dengan segala jasa pengorbanan si Ibu melahir dan membesarkan. Wallahuaklam!
Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.”
(Bukhari)
bersama sahabat saya Afiza Ahmad di Secret Recipe , sembang sosial alam maya. Kemudahan Wi-fi memudahkan urusan. Segalanya berada di hujung anda!!
3 ulasan:
sis..
camtu la biasanya, parents sanggup korban apa saja utk anak.. mcm dia skarang yg kene berhabis hampir 5K utk anaknya.. tp tak ramai anak yg sanggup korban utk mak ayah. sib baik hanya 2K.. bkn mak dia mintak utk cover semua perbelanjaan 19K tu.
harap2 saya dpt laksanakan cita2 nk anta mak gi haji 2016. insyallah
salam jrazlina,
Insyaallah niat yg baik dan ikhlas ALLAH akan makbulkan. Berdoa dan berusaha.
semoga `peristiwa' ini mberi penringatan buat kita agar jgn tlalu `berkira'.. apatah lagi dgn Ibu sendiri.
Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.aw. Lalu bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik mungkin? Rasulullah s.a.w bersabda : Ibumu. Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah bersabda: Kemudian ayahmu
Hadis Riwayat Muslim
Catat Ulasan