13 Jun 2016

it was 4 years ago .............


Sewaktu  mula-mula disahkan Kanser saya cuba merahsiakan dari keluarga & kawan2. Saya `malu' hendak bercerita kepada sahabat sebab saya pasti akan kedengaran  suara-suara  `negatif dan sumbang'  apabila berbicara tentang Kanser:
Ada yg berkata itulah `hukuman dari  ALLAH SWT'  terhadap `kejahatan dan dosa' yang telah kami lakukan.  (saya malas nak bincang isu ini). Yang paling sukar apabila `tiada yg memahami' bahawa Pesakit Kanser sangat sensitif dan  amat memerlukan `bahu utk menangis' dan `telinga utk mendengar' segala luahan isi hati kami, terpaksa melalui detik-detik  sukar ini. Sewaktu menjalani Rawatan kami memang akan `sangat-sangat  kurus' mungkin sebab kami kehilangan  selera untuk makan - maklumlahkan ... stress pon ado! Sekiranya anda ingin melawat sahabat yang sedang menjalani rawatan kerana Penyakit Kanser:

Tolong jangan ingatkan kami Tentang TABAH dan KUAT: kalau kami tak tabah dan tidak kuat semangat dah lama kami terjun bangunan.
2. Tolong jangan cakap: `kurussssnya zue...'
(i stress giler tau .. i tengok muka  i  kat Cermin  setiap hari - terasa macam Zombie je. Memang dah tak cantek anymore  )
Cuba hangpa cakap je: `awat hang koi kecik - atau awat hang koi comey'
3. Tolong Jangan suruh kami membeli apa jua  Produk yg kononnya `Boleh Sembuhkan Kanser' : `kalau kami ada DUIT nyawa pon kami beli tau (jika ada jual lah kan)
So kalau nak suruh makan supplimens apa pon `hangpa tolong beli dan hadiahkan kat kami lah no'.


Bila saya mengimbau kembali kenangan sewaktu menjalani Rawatan pada tahun 2012   (april - Jun). Apabila ada sahabat dan keluarga datang melawat,  saya pasti  menangis. Saya merasakan diri ini amat disayangi dan  diingati. Ianya memberi saya kekuatan untuk  meneruskan rawatan dan mengharungi ujian Kanser ini dengan lebih  cekal  
==============================================
Saya ingin mengucapkan Jutaan terima kasih kepada seluruh warga FB Frenz saya yang telah bersama-sama  saya melalui `journey' sebagai seorang Pesakit Kanser: 4 Tahun yang lalu 18hb April saya telah melalui pembedahan membuang Tumor Kanser dan seterusnya menjalani rawatan Radioterapi di Mount Miriam Cancer Hospital Pulau Pinang.
Saya bersyukur kerana mempunyai sokongan dari kedua ibubapa (dan mertua): kaum keluarga - Doktors - onko - Nurses dan seluruh warga Hospital Sultanah Bahiyah Kedah. My Bff (u know WHO ure).  Mereka yang telah memberi pelbagai sumbangan dan bantuan kewangan - supplimens - datang melawat - bawak macam-macam! Hjh Afiza yang sanggup datang ke rumah setiap pagi untuk breakfast bersama saya Bee Hun Goreng. Kepada seluruh warga FB yg tak jemu-jemu Memberi kata-kata  semangat  serta  nasihat untuk saya terus menjalani Rawatan. Malah ada sahabat yang col  dan text saya setiap hari agar saya tidak kesunyian. its Not easy tau. Kalau tak kuat semangat memang kita akan berhenti sekerat jalan.
Semoga ALLAH memberi ganjaran terhadap setiap kebajikan dan bantuan yang anda  hulurkan kepada saya dan keluarga.

La Tahzan

09 Jun 2016

Bagaimana bercakap dengan Pesakit Kanser


Salam sahabat: saya ingin memberi sedikit tips Bagaimana hendak  `menyantuni'  Pesakit Kanser. Apa yang Perlu  diperkatakan apabila anda ingin  menziarahi saudara atau sahabat yang mengidap Kanser. Bagaimana  kita membantu Sahabat & keluarga Pesakit Kanser:

1. Ziarah dengan Niat Ukhwah `Lillahita'ala' (utk mendapat Redho ALLAH SWT) - jangan menjadi Doktor (wpon anda seorang ;Doktor) Juz be A Friend! Tolonglah Jangan bagi Nasihat - Tak Perlu bagi CADANGAN tentang pemakanan ataupon rawatan. Kecuali jika Pesakit Minta Pandangan anda. Adakalanya kami dah letih mendengar medical advice dari Pakar Perubatan dan Onko. Nasihat saya apabila datang berziarah biarlah secara santai. Please talk about something else: sembang santai je. Kalau dah tak de idea nak sembang takut silap cakap yang boleh menyentuh perasaan Pesakit Kanser maka Berdiam sahaja adalah lebih baik. Juz LISTEN to us! Beri ruang kepada  Pesakit Kanser bercerita meluahkan perasaan. Dan anda hanya perlu mendengar dengan senyuman. Ianya dapat membantu kami untuk release our stress. Seandainya kami dapat berkongsi dan meluahkan apa jua yang terbuku di sanubari.Janganlah bertanya soalan sensitif: Kanser Tahap Berapa? : Tahap 1 - Tahap 2 - Tahap 3 - Tahap 4: bagi kami pesakit kanser Tahap tuh semua sama. Cancer is still A Cancer! 

2. Bawaklah buah tangan atau pon buah-buahan: Bila datang Menziarah moleklah jangan datang hanya dengan senyum dan Doa. Bawaklah sesuatu sebagai hadiah/buah tangan untuk mengembirakan hati Pesakit dan keluarga mereka. Siapa yang Tidak suka menerima Hadiahkan? Pemberian itu adalah tanda `ingatan dan kasih sayang kita'. In sha ALLAH dapat Pahala tau. 

3. Seeloknya buatlah `Tabung Prihatin'. Kutiplah sedikit sumbangan .. bantulah kewangan Pesakit Kanser dan Keluarga mereka. Cancer is very2 expensive Illness. Kos Rawatan sangat Mahal. walaupon melalui Rawatan di Hospital Kerajaan .. kami terpaksa meninggalkan pekerjaan. Ada yang terpaksa berhenti atau diberhentikan untuk memberi tumpuan kepada Rawatan. Kos pengangkutan berulang-alik ke Hospital juga membebankan. Sebagai contoh: sekiaranya kumpulan Wassap grup kita ada 30 org ahli. Jika dikutip  seorang RM10 hengget in sha ALLAH kita dapat mengumpulkan RM300. Apa guna ada Grup wassap sekiranya kita  tidak sepakat untuk membantu ahli kumpulan yang sedang ditimpa musibbah. Kalau kita pakat2 sorang sikit - RM10/RM5 hanyalah harga sepinggan Nasi. Berpuasalah kita pada hari tersebut (jika perlu) supaya kita dapat infakkan sedikit kepada rakan kita yang lebih memerlukan. In sha ALLAH - ALLAH akan DOUBLE kan. 

4. Sebagai Jiran: sentiasa ambil berat jika Jiran anda Sakit Kanser. Tanyakan Keperluan Mereka. Pengurusan anak-anak dan pemakanan pesakit Kanser. Saya nak berkongsi kisah pengalaman seorang sahabat yang terpaksa meninggalkan isterinya (pesakit Kanser Payudara) terlantar sakit di rumah seharian kerana beliau (suami) terpaksa pergi bekerja. Si isteri yang terlantar sakit sendirian hanya mampu makan dan minum apa yang telah disediakan di tepi katil oleh suami sebelom keluar bekerja. Pengalaman saya sendiri sewaktu menjalani rawatan radioterapi. Akibat keletihan saya hanya mampu terbaring sepanjang hari di rumah keseorangan .. nak memasak tak larat maka saya tak makan seharian. Hinggalah kawan saya yang  kebetulan datang menziarah keesokkan harinya membawa Nasik Bungkus untuk dimakan. 

5. Kepada sesiapa yang Menziarahi Pesakit Kanser TOLONG Jangan Peringatkan Pesakit Kanser untuk Solat Taubat - bercakap tentang Dosa atau berkongsi kisah kematian pesakit kanser yang lain! Hangpa ingat kami nih tak pernah Solat ke... Nabi Ayob a.s juga Sakit berpuluh tahun. Adakah Nabi Ayob a.s diberi Musibbah Penyakit kerana Beliau Berdosa? Ingatlah Kanser Bukan Hukuman. Kanser bukan Kematian tetapi Kanser hanyalah penyakit seperti penyakit kronik yang lain. Ramai antara kami yang sembuh setelah menjalani Pembedahan - rawatan Radio dan Kimo.

Kematian hanyalah Ajal yg telah ditentukan ke atas setiap makhluk yg bernyawa. Sebagai orang Islam kita yakin Kematian merupakan Pertemuan dengan ALLAH SWT. Semua kita bercerita tentang Nak masuk Syurga. Bagaimana kita akan masuk syurga jika kita tidak Mati.



ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...