Assalamualikum sahabat; Alhamdulillah saya telah berjaya mengadakan sebuah watsapp grup yang dianggotai oleh pesakit kanser dari pelbagai latarbelakang jenis kanser yang dihidapi. Kebanyakan mereka saya temui dan kenali adalah merupakan pembaca di blog ini yang cuba untuk `reach out'. Grup ini diadakan sebagai sebuah kumpulan sokongan secara `online'. Alhamdulillah keahlian yg bertambah setiap hari membolehkan kami berkongsi rasa, bertukar pendapat dan berbincang tentang pelbagai perkara. Dan yang paling penting sekali kami dapat berkongsi ilmu dan pengalaman cara menangani krisis sewaktu sedang melalui proses perubatan penyakit Kanser yang dihidapi.
Izinkan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat baru & lama, yang turut mengalami situasi & duka lara menjalani pelbagai proses rawatan berjuang untuk sembuh & bebas dari penyakit Kanser! We Are Cancer survivors and remember; We Are Never Alone.
Salam ukhwah & terima kasih saya kepada: Saadiah Hashim, Azlina Baharom, Bhueyun (Sabah) Aida Abdullah, Aina, Aliza, Azlinda, Cikgu Fabilah, Eida, Fatin Fazana, Nurhidayah, Kak Puteri & anaknya Nursyazwani, Ruzana, Rahul (suami Yun), Zahira, Zareyna, Azura, Jay, Eta (beri sokongan kpd abang iparnya) Hanis Anisha, Rosmawati Kholil, Azlina Othman (beri sokongan pada ayahnya) , Rimah (my Junior di SEMSAS), Su (yg turut menyokong kumpulan ini), Yasmin (yg baru kehilangan bonda kerana kanser), Suzi Adha & Suriyani Bakar (yg memberi sokongan kpd adiknya - her sister died of cancer last year). Hampir kesemuanya tidak mengenali antara satu sama malah kami tidak pernah berjumpa. Hanya mengenali secara dekat melalui alam maya & Facebook!
Terima kasih sahabat kerana sudi berkongsi suka duka. Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati saya. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda bersama saya. Terima kasih kerana memeriahkan watsapp grup ini.Saya mendoakan kesejahteraan kita semua. Moga perkongsian kecil ini dapat membantu meingankan lara di hati. Hanya Pesakit kanser sahaja yang benar-benar memahami perasaan & penderitaan yang kami hadapi.
Saya menyarankan kepada keluarga, sahabat handai & juga pesakit kanser `kindly reach out'. Jangan biarkan diri anda keseorangan menanggung penderitaan ini. Kanser kini bukan lagi penyakit yang membunuh dan membawa maut. Ada pelbagai rawatan dan teknik perubatan yang mampu menyembuhkan penyakit ngeri ini. Kami sedar, bukan mudah untuk sembuh dan pulih dari penyakit Kanser dan ianya merupakan sebuah perjuangan yang panjang dan perlu ditangani bersama-sama. Nasihat saya; Berkongsilah dengan orang tersayang. U must share with your Love One!
Trust me... sekiranya kita meluahkan & berkongsi dengan rakan-rakan & keluarga, Ianya mampu meringankan beban dan mengembalikan keceriaan anda! Ingatlah bahawa `setiap penyakit ada ubatnya kecuali maut' [maksud hadith]. Kimo, radio, dan pelbagai suplimens adalah ikhtiar dan merupakan bantuan tambahan. Penyakit boleh segera sembuh jika jiwa kita tenang, hati kita gembira & emosi kita stabil! Menangislah jika itu bisa mengubat lara. Tapi jangan biarkan tangisan itu berpanjangan. Airmata bukan penyelesaian untuk segala permasalahan. Remember ... Rawatan Kanser adalah sebuah perjuangan yang panjang ... let us do it together. In sha ALLAH setiap usaha pasti menghasilkan kemenangan. Jangan putus asa ... Jangan sedey ... yang penting lalui setiap protokol rawatan dengan tenang, yakin dan berdisiplin. Apa jua rawatan yang kita lakukan samada secara perubatan atau pon alternatif; yakinlah bahawa ALLAH yang menyembuhkan. Selamat beramal moga ALLAH sayang & redho dengan kita.

15 ulasan:
Macamana akak nak join, akak pun sama mcm u all
pm sy di FB nanti sy bg my hp
Sayang akak.....
love u too tecer aliza :)
Sayang kak zue sgt2
Blh x sy nk join wassap.sy bru kehilangan ank sy minggu lepas 27 mac 2014.bru setahun lima bulan.meninggal disebabkn liver cancer.need sokongan dan kekuatan dr u all semua.tq
Asslm wbt kak zue.saya fauziah, bole tak saya join group wassap.saya bukan pesakir kanser.tapi saya juga mmpunyai masalah kesihatan rahim yg serius.plasenta accretta type 3.
Saya bersyukur dpt tgk kak zue di tv 9. Ramai insan yg lbih besar dugaan dan begitu tbh.
Fb kak Zu apa?
Assalam k.Zu..mcmana sy nk join ye..sy juga salah seorang cancer survivor...
FB sy Zuraini Kamal ada kat blog ni
add sy atau pm nanti sy bg my hp
macam mana nak join. sy br jalani pembedahan buang breast cancer n sy pregnent 5 bulan. fb sy majiana@yahoo.com
Assalammualaikum, saya hendak share sedikit info yang mungkin boleh membantu pesakit kanser yang mengikuti blog ini kerana niat saya sekadar ingin membantu anda..
Saya harap pembaca boleh melihat info di satu yang saya sertakan url di ulasan ini. Terima Kasih.
http://shazaidintaurus.blogspot.com/2015/03/penawar-penyakit2-kronik-seperti-kanser.html
Sy nk join wasup gruop sis.. try cari kt fb, tp x jmp gmbr icon sis niht
Catat Ulasan