Kata-kata indah ini telah dikongsikan oleh seorang `sahabat' yang banyak membantu saya melalui detik-detik sukar sewaktu saya sedang menjalani rawatan. Mengetahui bahawa saya sedang bersedih .. beliau mengirimkan sms seperti berikut:
Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya nilai airmata,
Bersyukur pd org yg menyakitimu kerana dia yg membuat mu TABAH
Bersyukur pd org yg menjatuhkan kamu kerana mereka MEMPERHEBATKAN kemampuanmu, BERSYUKUR pd org yg menyiksa kamu kerana dia yg menguji KESABARAN & KETABAHANmu. Insyaallah kamu tidak akan merasa RUGI, sesungguhnya kamu termasuk dlm golongan org-org yg SABAR, ingatlah janji ALLAH itu benar.
Mengingatkan kembali detik-detik itu .... i wasn't `that strong'. Setiap hari saya menangis. Sedih keliru mengenangkan `nasib diri & memikirkan nasib anak-anak'. Takut untuk menjalani pembedahan dan rawatan serta memikirkan tentang pelbagai persoalan yang saya sendiri tidak punya jawapan; Mengapa? Kenapa? Bagaimana? `why me ...'
I am juz an ordinary `insan' . Saya hanyalah manusia biasa. Iman yang senipis kulit bawang. Merasakan semangat diri dah mula terbang. Kekuatan pun turut hilang ... Kesabaran yang semakin pupus. Adakalanya saya tenggelam dalam kekeliruan emosi diri sendiri. Telah terbiasa mengendalikan kehidupan .. merencana dan menguruskan keperluan anak-anak dan keluarga. Sewaktu sedang sakit saya masih lagi memikirkan tanggungjawab terhadap anak-anak & kedua ibu bapa yang sudah agak uzur. Sangat menyedihkan bila kita fikir bahawa kita hilang upaya & kemampuan untuk melakukan rutin harian dengan lancar.
Seorang pesakit Kanser perlu membina kekuatan mental terlebih dahulu sebelum dapat membina kekuatan diri untuk pulih dengan segera. Bukan mudah untuk melalui pembedahan dan seterusnya menjalani rawatan serta pelbagai prosedur perubatan. Rawatan Perubatan Moden seperti Kimoterapi; Radioterapi; Brachyterapi; Ct Scan Contrast; pemeriksaan darah setiap minggu; dan pelbagai macam prosedur dan `test' yang menyakitkan yang pastinya meletihkan fizikal dan mental.
Kepada sahabat handai dan keluarga pesakit berilah sokongan moral; .... Jangan biarkan mereka keseoarangan; temanilah mereka agar mereka rasa disayangi. Show that you really care for them. It is very important to show how much you love and care; Well done is better than well said!
Buat sahabat - pesakit Kanser nasihat saya kepada anda; adakalanya kita perlu menjadi `selfish'. Fokus pada keperluan diri sendiri. Cari kekuatan untuk menjalani rawatan dan protokol perubatan. Tumpukan terhadap kesihatan dan cuba untuk pulih dengan kadar yang segera. `Take care of yourself first or you will have nothing left to give others.'
Percutian ke Kota Jogja Januari 2013 - melawat Borrobudur |
4 ulasan:
Zu...perkongsian pengalaman sungguh menginsafkan. Kita harus bersyukur dgn apa yg kita nikmati sekarang...dn jgn abaikan kesihatan demi org2 tersayang. Syukur padamu ya Allah
Zu...perkongsian pengalaman sungguh menginsafkan. Kita harus bersyukur dgn apa yg kita nikmati sekarang...dn jgn abaikan kesihatan demi org2 tersayang. Syukur padamu ya Allah
perkongsian yang mmbina. untuk kuatnya semangat akak melawan penyakit =) sy berada di sini untuk mnyokong akak jgak . semoga kak brtambah sihat
Sy nak bagi 5 bintang...
Catat Ulasan