08 Jun 2013

CELLFOOD: Terapi Oksigen

Apakah cellfood?

Cellfood yang dicipta oleh Everett L. Storey, adalah satu formula proprietari yang terdiri daripada kepekatan mineral koloid bertenaga tinggi. Deuterium Sulfate Di-base dan Di-polar di dalam CELLFOOD merupakan satu sumber oksigen dan sistem penghantaran yang hebat kepada badan pada tahap sel.
Formula ini mengandungi protein “aerobik”, 17 jenis asid amino, 34 jenis enzim, 78 jenis mineral dan unsur surih, deutron, elektrolit dan oksigen terlarut. Cellfood meningkatkan penyerapan nutrien dan metabolisme. Ia menggalakkan kebolehdapatan vitamin, mineral, herba dan nutrien lain. Cellfood juga membolehkan badan berfungsi secara bersih dan berkesan, membawa kepada peningkatan tahap tenaga.
PUNCA PENYAKIT DAN PENAWARNYA 8Apakah kebaikan yang ada pada cellfood?
Antara kebaikan-kebaikan yang akan diperolehi dari pengambilan cellfood ialah:
  • Meningkatkan Pernafasan Sel – Apabila cellfood dicampurkan ke dalam air, satu tindak balas eksotermik berlaku, membekalkan oksigen dan hidrogen kepada sel individu badan. Aliran tetap oksigen dan hidrogen ke semua bahagian badan membolehkan rangsangan pengoksigenan dan pengurangan di dalam sel.
  • Pemangkin Keberkesanan Metaboliseme – cellfood meningkatkan penyerapan nutrien dan metabolisme. Ia menggalakkan kebolehdapatan vitamin, mineral, herba dan nutrien lain dengan lebih baik.
  • Khasiat Penggalak Tenaga – Cellfood membolehkan badan berfungsi secara bersih dan berkesan, meningkatkan tahap tenaga dalam jangka masa panjang.
  • Menyahtoksikkan Badan Secara Menyeruluh – Apabila potensi tenaga di dalam badan menurun, mekanisme semula jadi di dalam badan meningkatkan metabolisme dan menyingkirkan bahan kumuh dari badan.
  • Menyimbangi Metabolisme Badan – Cellfood mempunyai cas elektrik yang tinggi dan larutan di-basenya mempunyai valens bipolar, menghasilkan pendekatan pemulihan berganda bagi ketidakseimbangan tisu.
  • Mineral Koloid – Mineral yang terkandung di dalam cellfood berada dalam bentuk koloid terampai istimewa bagi memudahkan penyerapan dan penggunaannya oleh badan.
  • Bentuk Ionik Istimewa – Oleh sebab unsur di dalam cellfood adalah dalam bentuk ionik yang istimewa, ia sangat mudah diserap oleh badan.
Siapakah yang digalakkan menggunakan cellfood?
Melalui pengalaman saya menggunakan cellfood, saya amat menggalakkan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti di bawah dan juga kepada mereka yang bersungguh-sungguh untuk menjaga kesihatan.
  • Darah Tinggi
  • Kanser Usus
  • Kanser Limpa
  • Kencing Manis
  • Angin Ahmar
  • Gaout
  • Asma / Semput / Lelah
  • Buasir
  • Ulser
  • Jantung
  • Barah Payu Dara
  • Buah Pinggang
  • Resdung
  • Gastrik
  • Batu Karang
  • Penyakit Kulit
  • Ketumbuhan
  • Leukimia
  • HIV / AIDS
Faedah mengamalkan cellfood
Antara kebaikan-kebaikan yang akan diperoleh dengan mengamalkan cellfood ialah:
  • Mengekalkan tahap kesihatan
  • Memburu & menghapuskan radikal bebas, radiasi dan menbuang toksid
  • Membekalkan dan meningkatkan OKSIGEN dalam SEL badan
  • Meningkatkan paras tenaga sel
  • Penyerapan nutrisi 95% dalam sel
  • Membekal nutrisi dalam sel dalam tempoh 3 minit
  • Menyempurakan fungsi sistems saraf dalam badan
  • Mempercepatkan pembaikan tekstur kulit
  • Memperbaiki dan mengaktifkan sel-sel
  • Menggunakan sistem Teknologi Pemisahan Air
  • Mengimbangi PH badan
  • Detoksifikasi dan mendorong metabolisme
  • Memperkuatkan sel-sel dalam badan
  • Meningkatkan sistem Imun

TERAPI OKSIGEN

Betapa pentingnya oksigen kepada badan yang sihat? Ramai pakar menyimpulkan bahawa kekurangan oksigen dalam sel dan tisu manusia adalah penyebab utama kepada banyak (dan mungkin semua) jenis masalah kesihatan dan penyakit, dan terapi oksigen tambahan (termasuk CELLFOOD) boleh membawa kebaikan fisiologi yang menakjubkan. Ada banyak jenis terapi oksigen berkesan yang boleh didapati sekarang. Apa itu terapi oksigen? Terapi oksigen adalah mana-mana proses tambahan yang dapat meningkatkan kebolehdapatan kandungan oksigen terlarut di dalam badan secara selamat. Terapi juga boleh termasuk proses yang meningkatkan keupayaan badan menggunakan atau menggalakkan penyerapan oksigan. Kebanyakan rawatan adalah mahal dan perlu diambil atau dijalankan di bawah pengawasan ahli profesional perubatan yang berlesen.

2 ulasan:

nurul izan berkata...

Bagaimana saya boleh daptkan cellfood nie

nurul izan berkata...

Bagaimana saya boleh daptkan cellfood nie

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...