30 Ogos 2013

sekadar berkongsi ilmu:


Sabda Rasulullah SAW..
“Barang siapa menunjukkan kepada Kebaikan.... Maka ia memperoleh Pahala sama seperti yg melakukan atau mengamalkan Kebaikan itu..”
(HR Muslim, Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

sekadar berkongsi plmu - in sha ALLAH moga kita beroleh kebaikan 

08 Jun 2013

Guarana: ekstrak Berries dari Brazil

Guarana

guaranaGuarana mempunyai nilai khasiat yang tinggi. Pada masa sekarang, ia dianggap sebagai sejenis herba sedia ada yang telah dikenali pasti mempunyai nilai khasiat tertinggi. Ia kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine. Semua ini membantu penyerapan oleh tisu badan dan pengawetan kemudaan. Ia sesuai bagi sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina atau umur. Tambahan pula, ia mudah diserap oleh badan manusia dan dengan itu menjadi makanan kesihatan fungsian yang dapat bertindak pantas. Inilah antara pelbagai ciri Guarana yang unik.
Guarana membantu mencapai 15 jenis kesihatan
Zat-zat yang terdapat dalam Guarana mendatangkan kesan-kesan yang mengkagumkan dan telah memberi manfaat kepada mereka yang pentingkan kesihatan di seluruh pelusuk dunia. Secara ringkasnya, Guarana dapat menbantu mencapai 15 jenis kesihatan berikut:
1. Menghalang saluran darah jantung daripada tersumbat
Institut kardiologi Sao Paula menyatakan pada Persidangan Perubatan Antarabangsa (International Medical Conference) bahawa Guarana mempunyai kesan ke atas platelet darah. Ia dapat menghalangkan saluran darah dari tersumbat akibat pembekuan.
2. Memerangi Radikal Bebas
Radikal bebas dihasilkan dalam system saraf, system imun dan system aliran darah. Kadang-kadang radikal bebas ini boleh merosakkan struktur utama sel-sel badan. Menurut buku “Escola Paultsa Be Medieina,1991” karangan Dr. Calini, Guarana boleh menghalangkan radikal bebas dan mencegah berlakunya mutasi sel.
3. Mengaktifkan sel-sel dan system saraf
Sel-sel otak boleh menyerap asid amino yang terdapat dalam Guarana dengan mudah. Hasilnya dapat mempertingkatkan keupayaan otak, memperbaiki tahap kecerdikan, ingatan dan melambatkan penuaan sel-sel otak. Ia mujarab untuk merawat kesan-kesan yang timbul akibat saraf optic yang lemah dan juga angin ahmar. Ia juga dapat melegakan sakit kepala, sakit saraf, sakit sendi, lemah semangat dan simpton-simpton lain.
4. Memperbaiki system penghadaman
Guarana mengandungi pelbagai jenis enzim yang dapat memperbaiki pergerakan perut dan usus, penghadaman dan penyerapan zat-zat makanan. Ia juga berkesan menghentikan sembelit dan cirit-birit.
5. Melindungi hati
Guarana sentiasa mengaktifkan sel-sel hati untuk mencegahkan keracunan makanan, keracunan alcohol, pengerasan hati (cirhosis), asid lemak dan lain-lain. Ia juga berkesan bagi menghilangkan kesan peluh, jerawat, kepenatan, strok panas dan bau nafas.
6. Menyegarkan
Asid Benzedrin dan tryptophan mempunyai fungsi penyegaran yang hebat. Guarana adalah berbeza dari alkaloid kopi dan tea. Ia menghilangkan keletihan tanpa menyebabkan kesan sampingan dan ketagihan.
7. Merendahkan kolesterol dan asid lemak
Guarana boleh menguatkan dinding saluran darah, menghalang antherosclerosis, membersihkan ketumpatan darah, membaiki tekanan darah, mengimbangkan glukosa dan mencegahkan penyakti kencing manis. System penjanaan darah yang diperkuatkan dapat memperbaiki aliran darah, melegakan anemia dan menghindarkan kesejukan kaki dan tangan, pening, migrain dan keguguran rambut.
8. Menguatkan system imun
Penyelidikan oleh pakar menunjukkan unsur utama yang digunakan untuk menghasilkan antibody adalah protein. Dengan bertambahnya daya imun, kemungkinan diserang oleh virus akan berkurangan- sama seperti orang asli di Maues yang dapat hidup lama dalam keadaan lasak berbanding orang lain.
9. Awet muda
Dr. Ana Aslan mendapati penduduk di Amazon yang memakan Guarana setiap hari tidak menghadapi masalah kulit yang kedut, bintikan merah (acne), mempunyai otot yang lebih tegang dan tidak menghadapi masalah tisu kulit berbentuk sarang lebah (phlegmon) dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan penjagaan kulit.
Dr. Gomes menyatakan bahawa Guarana boleh merangsangkan hati untuk menghasilkan HDL yang dapat membantu membersihkan darah yang ada dalam arteri dari kolestrol, menghindarkan rasa lemah dan mengelakkan dari lekas tua.
Guarana merangsangkan metabolisma organ dalaman, menjadikan badan dan otak sentiasa dalam keadaan sihat.
10. Air kencing
Tanin berkesan untuk melawaskan kencing, menguatkan fungsi buah pinggang dan mencegah bengkak-bengkak.
11. Menguatkan keupayaan seks
Pakar rawatan seks, Dr. Aslan menyatakan “Unsur awet muda dalam Guarana sangat mengkagumkan dan sebab itulah saya tidak memerlukan preskripsi rawatan seks yang ada pada saya”
Beberapa orang professor di Brazil dan Eropah sependapat bahawa Guarana mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kekuatan badan dan keupayaan seks. Ini kerana ia mengandungi vitamin B1, zink dan arginin.
12. Penjagaan kulit dan kosmetik
Guarana apabila digunakan luaran, zat-zatnya akan meresapkan masuk menerusi kulit, menggalakkan metabolisma kulit, mengecutkan lubang kulit dan membuat kulit kelihatan lembut dan licin.
13. Mengurangkan bengkak dan menghentikan pendarahan luaran
Tanin berfungsi membekukan darah dan seterusnya dapat mencegahkan bengkak, bisul dan menggalakkan kadar penyembuhan yang cepat tanpa meninggalkan parut.
14. Menghilangkan rasa lapar
Untuk mengurangkan berat badan, memakan Guarana untuk jangka masa yang panjang membolehkan seseorang itu rasa ceria tanpa menyebabkan ketagihan kepada Guarana.
15. Menguatkan badan
Memberi lebih tenaga, lebih kuasa imun, minda yang cerdas, semangat yang lebih baik dan badan yang lebih sihat. Jika dimakan pada waktu malam, ia dapat menguatkan nafsu seks.
Fungsi – Guarana bertindak sebagai
AnalgesiaMengurangkan kesakitan.
AntisepticMencegah jangkitan.
AfrodisiakMengembalikan keupayaan dan nafsu seks.
AstringenMengurangkan rembesan badan.
BronkodilatorMemudahkan pernafasan.
AstringenMengurangkan rembesan badan.
BronkodilatorMemudahkan pernafasan.
KardiotonikMenguatkan jantung.
Agen hipotemiaMeredakan demam.
NervineMenguat dan menyempurnakan fungsi sistem saraf.
PencaharMengosongkan kandungan usus.
PerangsangMerangsangkan kegiatan otak dan badan.
TonicMenguatkan badan serta menghindari penyakit, terutamanya penyakit kronik.
Guarana membantu mereka yang menghadapi
•  Sindrom kelesuan yang kronik
•  Mental dan fizikal lemah
•  Kesukaran bernafas
•  Sistem ketahanan badan yang lemah
•  Fungsi seks yang tidak sempurna
•  Demam
•  Jangkitan
•  Keresahan
•  Tekanan
•  Cirit-birit
•  Kesakitan
•  Penuaan
•  Pencemaran dan pembekuan darah
•  Kegemukan
•  Sakit perut kerana makanan tidak hadam
•  Arteriosklerosis
•  Masalah merokok
•  Kesakitan kedatangan haid
Cadangan Pengambilan
•  1-2 kapsul diambil 1-3 kali sehari, sebaik-baiknya setengah jam sebelum waktu makan, bergantung kepada keperluan individu
•  Minum banyak air selepas memakannya. Pesakit gastrik dan ulser usus dinasihati mengambilnya selepas waktu makan.
.
.

CELLFOOD: Terapi Oksigen

Apakah cellfood?

Cellfood yang dicipta oleh Everett L. Storey, adalah satu formula proprietari yang terdiri daripada kepekatan mineral koloid bertenaga tinggi. Deuterium Sulfate Di-base dan Di-polar di dalam CELLFOOD merupakan satu sumber oksigen dan sistem penghantaran yang hebat kepada badan pada tahap sel.
Formula ini mengandungi protein “aerobik”, 17 jenis asid amino, 34 jenis enzim, 78 jenis mineral dan unsur surih, deutron, elektrolit dan oksigen terlarut. Cellfood meningkatkan penyerapan nutrien dan metabolisme. Ia menggalakkan kebolehdapatan vitamin, mineral, herba dan nutrien lain. Cellfood juga membolehkan badan berfungsi secara bersih dan berkesan, membawa kepada peningkatan tahap tenaga.
PUNCA PENYAKIT DAN PENAWARNYA 8Apakah kebaikan yang ada pada cellfood?
Antara kebaikan-kebaikan yang akan diperolehi dari pengambilan cellfood ialah:
  • Meningkatkan Pernafasan Sel – Apabila cellfood dicampurkan ke dalam air, satu tindak balas eksotermik berlaku, membekalkan oksigen dan hidrogen kepada sel individu badan. Aliran tetap oksigen dan hidrogen ke semua bahagian badan membolehkan rangsangan pengoksigenan dan pengurangan di dalam sel.
  • Pemangkin Keberkesanan Metaboliseme – cellfood meningkatkan penyerapan nutrien dan metabolisme. Ia menggalakkan kebolehdapatan vitamin, mineral, herba dan nutrien lain dengan lebih baik.
  • Khasiat Penggalak Tenaga – Cellfood membolehkan badan berfungsi secara bersih dan berkesan, meningkatkan tahap tenaga dalam jangka masa panjang.
  • Menyahtoksikkan Badan Secara Menyeruluh – Apabila potensi tenaga di dalam badan menurun, mekanisme semula jadi di dalam badan meningkatkan metabolisme dan menyingkirkan bahan kumuh dari badan.
  • Menyimbangi Metabolisme Badan – Cellfood mempunyai cas elektrik yang tinggi dan larutan di-basenya mempunyai valens bipolar, menghasilkan pendekatan pemulihan berganda bagi ketidakseimbangan tisu.
  • Mineral Koloid – Mineral yang terkandung di dalam cellfood berada dalam bentuk koloid terampai istimewa bagi memudahkan penyerapan dan penggunaannya oleh badan.
  • Bentuk Ionik Istimewa – Oleh sebab unsur di dalam cellfood adalah dalam bentuk ionik yang istimewa, ia sangat mudah diserap oleh badan.
Siapakah yang digalakkan menggunakan cellfood?
Melalui pengalaman saya menggunakan cellfood, saya amat menggalakkan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti di bawah dan juga kepada mereka yang bersungguh-sungguh untuk menjaga kesihatan.
  • Darah Tinggi
  • Kanser Usus
  • Kanser Limpa
  • Kencing Manis
  • Angin Ahmar
  • Gaout
  • Asma / Semput / Lelah
  • Buasir
  • Ulser
  • Jantung
  • Barah Payu Dara
  • Buah Pinggang
  • Resdung
  • Gastrik
  • Batu Karang
  • Penyakit Kulit
  • Ketumbuhan
  • Leukimia
  • HIV / AIDS
Faedah mengamalkan cellfood
Antara kebaikan-kebaikan yang akan diperoleh dengan mengamalkan cellfood ialah:
  • Mengekalkan tahap kesihatan
  • Memburu & menghapuskan radikal bebas, radiasi dan menbuang toksid
  • Membekalkan dan meningkatkan OKSIGEN dalam SEL badan
  • Meningkatkan paras tenaga sel
  • Penyerapan nutrisi 95% dalam sel
  • Membekal nutrisi dalam sel dalam tempoh 3 minit
  • Menyempurakan fungsi sistems saraf dalam badan
  • Mempercepatkan pembaikan tekstur kulit
  • Memperbaiki dan mengaktifkan sel-sel
  • Menggunakan sistem Teknologi Pemisahan Air
  • Mengimbangi PH badan
  • Detoksifikasi dan mendorong metabolisme
  • Memperkuatkan sel-sel dalam badan
  • Meningkatkan sistem Imun

TERAPI OKSIGEN

Betapa pentingnya oksigen kepada badan yang sihat? Ramai pakar menyimpulkan bahawa kekurangan oksigen dalam sel dan tisu manusia adalah penyebab utama kepada banyak (dan mungkin semua) jenis masalah kesihatan dan penyakit, dan terapi oksigen tambahan (termasuk CELLFOOD) boleh membawa kebaikan fisiologi yang menakjubkan. Ada banyak jenis terapi oksigen berkesan yang boleh didapati sekarang. Apa itu terapi oksigen? Terapi oksigen adalah mana-mana proses tambahan yang dapat meningkatkan kebolehdapatan kandungan oksigen terlarut di dalam badan secara selamat. Terapi juga boleh termasuk proses yang meningkatkan keupayaan badan menggunakan atau menggalakkan penyerapan oksigan. Kebanyakan rawatan adalah mahal dan perlu diambil atau dijalankan di bawah pengawasan ahli profesional perubatan yang berlesen.

13 Mac 2013

Cancer - Sharing is sedeqah


Sudah lama tidak berkesempatan untuk  `update' blog ini dengan entry yg baru. Kesibukan dengan tugasan harian  & FB telah benar2 mencuri masa dan menghilangkan fokus saya. Alhamdulillah saya telah menerima banyak response melalui email; FB dan komen yang menyokong penulisan saya. Ramai yang menegur blog ini seolah terhenti apabila saya sudah `bebas dari kanser'. Maaf akan saya usahakan catatan pengalaman untuk dikongsikan agar ramai yang beroleh kekuatan untuk terus berjuang melawan penyakit yang dihidapi.

Sebagai orang Islam; kita wajib percaya kepada Qada & Qadar. Segala-galanya dlm hidup kita sudah tersurat dlm taqdir yg ditentukan ALLAH SWT dan telah tertulis di Lauh Mahfuz. Malangnya tiada manusia yang tahu bila tarikh kematian; bila ajal akan menjemput. Oleh itu adalah wajib untuk kita berusaha untuk terus hidup dan biarlah kita sihat dalam meniti hari-hari kehidupan.

Ramai yang bertanya tentang PEMAKANAN Pesakit Kanser. Terus terang saya katakan; pada awal saya mendapat tahu saya mengidap Kanser Endometrium; saya sangat keliru & panik. Apa jua yang dicadangkan oleh sahabat saya cuba amalkan. Apa jua pantang larang pemakanan Pesakit Kanser akan saya elakkan. Dan akhirnya saya menjadi sangat penat. I am mentally exausted. Bukan mudah untuk mengubah diet & tabiat pemakanan apatah lagi saya telah menikmati segala-galanya yg HALAL selama hampir 43 tahun. 

Pada mulanya saya menukar pemakanan ayam kpd ayam kampung; mangelakkan roti putih dan hanya makan capati untuk sarapan pagi; malah saya belajar cara untuk membuat capati sendiri. Lama kelamaan tepung capati pun jahanam dimakan bubuk.

Terus terang saya katakan... saya memahami situasi diri sendiri. Saya dapat rasakan bahawa saya sangat sihat; apatah lagi amalan pengambilan CELLFOOD secara serius; mengambil SPRULINA; dan GUARANA serta amalan minum susu kambing HIGOAT, dan MADU SIDIR + HABATUSSAUDA telah mengembalikan kesihatan & kecergasan saya yang hilang sewaktu pembedahan dan rawatan Radioterapi.

Saya telah berhenti berpantang. Pemakanan saya seperti biasa cuma tabiat pemakanan saya lebih terancang dan bersifat `sihat'. Saya masih makan menu yang sama. Ayam; ikan; udang; sotong; belacan; daging dll. Cuma  saya cuba untuk mengurang dan mengelakkan apa yang TIDAK diperlukan oleh Badan.

Memahami konsep `anti oksida' pemakanan yang meningkatkan oksigen baik untuk tubuh badan maka saya memastikan bahawa saya perbanyakkan minum jus yang dibuat sendiri: contoh Epal Hijau + carrot akan ditambah dgn Strawberry atau Berries. Kalau saya rajin; saya akan `blend' buah Durian Belanda dicampurkan dgn Strawberry atau Berries. Selalunya stok buah-buahan sebegini sukar didapati dan tidak akan tahan lama jika disimpan di dalam peti ais. Untuk memudahkan,  saya  mencadangkan Durian Belanda hendaklah dikupas & dibuang biji kemudian disimpan sejuk-beku, begitu juga dengan Strawberry & Berries. Apabila kita nak buat jus; kita tak perlu tambah ais kerana semuanya telah beku (frozen)

Saya masih makan daging; cuma kadarnya sedikit dan kalau boleh tidak sekerap dulu. Malah kalau ke majlis kenduri kendara saya cuba menahan diri dari makan daging; pernah kerana terlalu teringin; saya makan juga daging tapi saya tidak sanggup menelannya; akan saya luahkan kembali.. hmmm kalau P. Ramlee kata: `ambik bau' ... saya pulak  `ambik rasa' ... `get the feel ....' Apa pun ingat pesan Rasulullah; biarlah besederhana.. itu yang terbaik. Adakalanya sikap kita yang makan dengan banyak yang menyebabkan penyakit dalam badan. Apatah lagi apabila usia meningkat kadar metabolisme diri sudah tidak segagah dan seaktif dulu.. Maka eloklah pemakanan kita lebih bersifat sederhana. Biarlah Makan untuk hidup.

Apa pun yang kita ingin lakukan; Mencegah itu adalah lebih baik dari merawat. Bila dah kena kanser .. tak perlu lah kita, secara drastik  mengubah pemakanan atau diet harian kerana Kanser tidak terjadi akibat pemakanan dalam jangka waktu yang singkat. Malah ada orang yang `vegetarian' juga mengidap Kanser.


Selamat beramal moga pengalaman saya yang kecil ini dapat memberikan gambaran sebenar bahawa Kanser bukan lagi penyakit yang membawa maut; yang penting kesan penyakit ini di peringkat awal dan cuba untuk melaksanakan langkah perubatan moden yang dicadangkan untuk mendapat hasil yang cepat & terbaik. Rawatan atau pemakanan Alternatif boleh membantu membina kembali sel tubuh yang rosak akibat pembedahan; rawatan Radioterapi & Kimoterapi. Saya masih percaya kepada perubatan moden kerana kaedah rawatan medikal telah terbukti berkesan dan ramai pesakit kanser yang dapat menjalani kehidupan normal seperti biasa. Kita hanya perlu ikhtiar; berusaha dan tekun dalam menjalani sesuatu rawatan. Yang paling penting Redho terhadap setiap yang terjadi akan memberikan kita kekuatan untuk melawan penyakit ini; In sha ALLAH kita akan kembali sihat.

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...