20 September 2012

putus cinta: tangani krisis hidup anda!

Benarlah seperti lirik lagu nyanyian Aris Ariwatan: `cinta tak kenal siapa ... hadir tanpa diduga ....'
Apabila saya menulis tajuk ini; pastinya ramai akan `terasa'. To be frank saya tidak tujukan pos ini kepada sesiapa pon! Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman `seseorang' kerana CINTA pada usia matang merupakan satu `wabak' yang sedang melanda ramai wanita di sekeliling kita.

Saya percaya semua orang punya pengalaman tersendiri. ingin bercinta; sedang bercinta atau  pernah bercinta. Malah ramai yang turut melalui episod suka duka putus cinta. CINTA selalunya dikaitkan dengan  alam remaja. Kerana CINTA adalah permulaan kepada proses hidup matang dan berkeluarga. Selalunya Percintaan berlaku di alam persekolahan; mahupon sewaktu di institusi pengajian tinggi. (IPTA/IPTS). Ada juga yang menemui CINTA sewaktu di alam pekerjaan. Apabila bekerjaya; kita akan rasa lebih bersedia &  punya keyakinan diri (secured).

Dan saya percaya semua orang masih ingat memori PERCINTAAN yang dialami. Samada CINTA pertama, kedua, ketiga ..... dan seterusnya. Seorg sahabat saya pernah berkata: `dalam hati aku punya banyak CINTA untuk diberikan .......' (ha ha ha .. saya pasti ramai yg tersengih membaca ayat ini)

Saya tahu bukan mudah untuk wanita di usia matang 40'an kembali bercinta. Yang pastinya ianya datang tanpa diduga. Wanita jugak berhak untuk merasa bahagia; bercinta dan dicintai. Tidak mudah bagi  `Women at our age':  untuk jatuh cinta; apatah lagi jika ini bukan cinta pertamanya. Bercinta bukan sahaja bermaksud Kasih Sayang; tetapi juga diiringi dengan kepercayaan dan `penyerahan jiwa'. `ibarat seperti membiarkan seseorang memandu kereta dengan menutrup mata; dan kita akan berasa selamat bersamanya.'
Putus CINTA di usia matang adalah satu `krisis' bagi wanita. Siapa sangka; U can be a successful person; a great business woman; polticians or teachers ... but yet still u can be the ONE who is broken hearted!! Ha ha ha Putus Cinta jika tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan stress & depresi. Bukan mudah untuk melupakan si dia sebegitu sahaja. Kita akan merasa bengong memikirkan Apa salah kita... Kenapa perkara sebegini boleh berlaku... menangis setiap hari ...  mengenangkan saat indah dan sakit hati kerana ditinggalkan tanpa sebab musabab atau alasan yang konklusif.

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis
Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Putus Cinta is a life crisis!
Nasihat saya: Dont Be Alone. . Dapatkan nasihat pakar & carilah teman pendengar yg baik untuk anda meluahkan perasaan. Menangislah jika perlu; tapi jangan biarkan hari-hari anda digenangi airmata. Masalah tidak dapat dirungkaikan dengan airmata sahaja.

Jangan cuba untuk mencari jawapan atau mencari ruang penyelesaian. Jangan dicari Salah Siapa? atau SIAPA yg perlu dipersalahkan! Tangani masalah emosi anda terlebih dahulu. Kalau kita berada dalam keadaan yang lebih bertenang; kita dapat berfikir dengan waras; maka pastinya keputusan yang dibuat akan lebih bermanafaat.

Ubat terbaik untuk masalah emosi adalah TAHAJJUD. Bangunlah dan solat sunat 2 rakaat sebelum masuk waktu Subuh. Berdoa memohon agar ALLAH SWT menganugerahkan kita aqal & iman; memberi kekuatan untuk melalui krisis kehidupan. Ingatlah CINTA adalah anugerah ALLAH SWT; dan redholah jika CINTA itu bukan milik kita.



2 ulasan:

Granny Hani berkata...

Aduh du du du dududu......

007 berkata...

my gud old frn, hajjah

next busses r stil comming! the ones passed by r gone....never regret! tc

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...