31 Mei 2012

pabila mendongak ke atas ; jgn lupa menunduk ke bawah!

Alhamdulillah saya masih sihat & ceria untuk menulis di blog. Setiap hari saya akan menjalani rawatan radioterapi di waktu pagi  (9.00 am). Hari ini adalah rawatan ke-7. Rutin setiap selesai 7 kali rawatan -  adalah pesakit perlu menjalani ujian darah (blood cell count) & temujanji dengan doktor pakar  (Dr Ramesh). 

Hari pertama pendaftaran di MMCH (21hb Mei); berat badan saya: 52.5kg  dan suhu badan: 37.6C. Selepas 2 minggu rawatan; berat badan dah bertambah : 52.8kg (+300grm) dan Suhu: 37.2C  (panas badan berkurangan) Malah `blood cell count': Normal! Alhamdulillah; syukran Ya Allah. `it shows that my body has been receiving this treatment well, insyaallah'. 
I am so happy & so grateful. Alhamdulillah this is really A Good news!
Sebenarnya rawatan radioterapi tidaklah seteruk mana yg digambarkan. To be honest; pembedahan yg saya lalui adalah lebih teruk dan menyakitkan berbanding sessi radioterapi. Ketakutan & kebimbangan yg amat sangat menyebabkan kita hilang selera makan, tidur yg tidak  cukop, adakalanya muntah dan cirit birit. Ini bukan simpton kesan radioterapi tapi simpton dr kecelaruan emosi.

Apabila emosi pesakit kurang stabil menyebabkan badan kita sukar untuk melaksanakan proses pemulihan dan mengganggu sistem imunisasi tubuh badan sendiri. Saya berjumpa dengan ramai pesakit yg melalui proses pemulihan yg lambat dan sukar. Ada yg telah hampir putus asa utk terus menjalani rawatan samada radioterapi ataupun kimo. Dah lah sakit akibat pembedahan, ditambah dengan ketidak stabilan emosi, murung, tiada sokongan yg baik dari keluarga & rakan, menghadapi tekanan akibat masalah keluarga, kewangan dan apa jua gangguan luar yg boleh membantut proses penyembuhan yg segera.

Ramai sahabat saya mengatakan saya `kuat & tabah' menghadapi `ujian ini'. Berkongsi pengalaman melalui catatan di blog ini; memberi saya inspirasi untuk terus `kuat & gagah' kerana saya mahu menjadi contoh bahawa `everything is possible'. 
Abah saya Hj Kamal berpesan: Pabila mendongak ke atas, Jangan lupa untuk tunduk ke bawah! Maksud abah: `kita suka membandingkan diri dengan yg di atas dari kita. Kita rasa kita miskin sebab kawan kita kaya, kita rasa rumah kita kecik sebab rumah jiran kita Besar, Apabila kita Sakit, cuba lihat kepada mereka yg jauh lebih menderita dengan pelbagai penyakit yg kronik & sangat mengerikan!' Baru kita sedar, kita lebih kaya dari dia, kita lebih sihat dari mereka malah kita diberi ALLAH SWT pelbagai nikmat sehingga kita terlupa dan mengeluh kerana `ujian' dan `kehilangan' yg sekecil ini.

Menjalani rawatan di Mount Miriam; ianya banyak menginsafkan saya. Saya rasa saya Sakit teruk, saya jumpa ramai lagi dalam situasi yg kritikal & menyedihkan. Saya rasa saya keseorangan, tapi saya masih ada adik yg sudi menemani sedangkan ramai pesakit yg hadir menjalani rawatan selama hampir 2 bulan Keseorangan tanpa ditemani sesiapa. Ada ramai yg botak keguguran rambut akibat rawatan kimo, ada yg terbakar kulit akibat kesan rawatan radioterapi yg akut. Dan pelbagai 1001 kisah yg sangat meruntun jiwa.

Terlalu banyak nikmat hidup yg kita kecapi setiap detik; hingga kita mudah mengeluh apabila diuji dengan musibah dan penyakit. Allah SWT telah berfirman:
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kpd kamu (ujian dan cubaan) seperti yg tlh berlaku kpd orang2 yg terdahulu drpd kamu? Mereka tlh ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) & serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang2 yg beriman yg ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar & berpegang teguh kpd ugama Allah). (Al-Baqarah: 124)

Setiap kali saya bersedih, saya akan segera mengingati surah Al-Baqarah: 124. Pastinya tangisan akan terus berganti senyuman. Mengapa perlu saya menangis; kerana surah ini adalah Janji ALLAH SWT; dan janji ALLAH itu benar


30 Mei 2012

Pantang Larang Pesakit Kanser

“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan” (Al-A’raf, 7:31)

Mengikut pengamal `rawatan alternatif' Pesakit Kanser ada `list' yg panjang Senarai Makanan yg TIDAK boleh dimakan. Pantang larang ini adalah kerana untuk memastikan sel kanser tidak kembali aktif dan menyerang sistem tubuh seseorang.

Sewaktu mula mengetahui saya menghidap penyakit kanser; my dear Cikgu Hafiza telah memaklumkan kepada saya Pantang Larang Pemakanan Pesakit Kanser berdasarkan pengalaman sahabat beliau yg menghidap Kanser Lidah. Malah pencarian melalui `google' telah menemukan saya dengan pelbagai maklumat yang banyak hingga boleh memeningkan kepala.

Apabila saya telah memilih untuk melakukan pembedahan; ini bermakna saya telah memberi kepercayaan terhadap `rawatan perubatan moden' yg tipikal tetapi mempunyai rekod kejayaan yg sah! (bukan sekadar berdasarkan testimoni pesakit).

Saya masih berpantang; Tidak makan `seafood' dan juga daging. Oleh kerana saya pesakit `kanser uterus/rahim' maka doktor berpesan untuk mengelak makanan berasaskan soya; kerana ianya mengandungi Estrogen' yg boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser. Larangan soya hanya utk pesakit Kanser Rahim, Ovari & prostat.
Satu tips yg sgt praktikal sy nak share kpd semua: Bila kita SAKIT & baru menjalani pembedahan/rawatan yg serius; JANGAN berpantang! Sangat penting untuk dptkan selera makan anda kembali; sekurang-kurangnya sebulan supaya badan anda kuat; kemudian baru cerita FASA PANTANG LARANG utk pemulihan jangka panjang. Adakalanya kalau byk sangat pantang larang; pesakit boleh mati; sebab STRESS.

Selepas pembedahan (major op); saya makan seperti biasa, kecuali daging, udang, sotong & ketam. Sambal belacan ngan ayaq asam; saya `belasah' jeh. Milo & teh pon saya minum. Kalau asyik nak makan bubur nasik , sup ayam dan ayaq suam ....... hari-hari,   hmmm boleh muntah! 
Jangan terlalu berpantang, kerana Kanser tidak akan terjadi dlm waktu yg singkat disebabkan pemakanan. Malah ada `vegetarian' yg mendapat Kanser.

Ramai yg mengatakan bahawa saya kelihatan sihat, ceria & pulih dgn segera. Malah sebulan selepas pembedahan saya sudah pun memandu kereta ke Sungai Petani. Percayalah, ALLAH SWT menciptakan tubuh kita yang sempurna dengan sistem penyembuhannya yg tersendiri. Tetapi kalau kita TIDAK makan bagaimana tubuh badan ingin membina semula sel-sel yang telah mati & hilang sewaktu proses pembedahan.

Hari ini saya telah pun selesai menjalani 6 sesi Rawatan Radioterapi di Penang. Pesan Doktor Rakesh; `elakkan dari makan Daging, yang lain semua u boleh makan!'

Radioterapi adalah sejenis rawatan utk membunuh sel kanser yg ada di dalam darah & tubuh badan pesakit. Bukan sahaja sel kanser yg mati malah sel darah & sel-sel badan yg baik juga turut musnah. Sewaktu rawatan, badan akan mengalami sedikit perubahan akibat suhu radiasi yg panas. Pesakit akan terasa mual, pening dan mungkin hilang selera makan.

Jangan diturutkan hati. Sekiranya anda rasa hilang selera, minum Susu. Samada susu kambing atau susu lembu. Walaupun `susu lembu' TIDAK sesuai kpd pesakit kanser, tapi ingat: dalam tempoh rawatan, tubuh badan memerlukan segala nutrien yg sangat penting utk memulihkan kesihatan dan membina sistem imunisasi tubuh dengan segera. Saya minum `Enercal Vanilla' dan Alhamdulillah, apabila perut kita tidak `kosong' tidak masuk angin, maka kita tidak akan terasa loya dan selera makan akan kembali. Trust me!! I have been there. It works for me; Insyaallah it might works for u too!

Doktor hanya  membekalkan saya ubat utk darah tinggi (u know i ada BP), ubat utk tulang & kalsium. Oleh itu saya mengambil pelbagai supplimens yg sy rasakan perlu & sesuai utk diri sendiri. Ketika menjalani radioterapi,  sy telah menghentikan segala supplimens B17. 

Nabi s.a.w bersabda:
”berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni madu dan al-Quran”. (HR Ibnu Majah)

Setiap 4 jam sehari saya amalkan madu + habatussauda + air zam-zam diiringi doa & selawat syifa'. Saya juga meminum susu `enercal vanila' dan adakalanya susu kambing HIGOAT. Selain dari mengambil Planet Barley (daun hijau barli) untuk mengurangkan panas badan; saya juga mengambil Spirulina Perfect dan Multivitamin Double X Amway untuk menambahkan nutrien dalam tubuh.

Tidor mesti cukop, kerana waktu tidur adalah waktu tubuh kita melakukan `self-healing'. Maka pastikan anda mendapat tidur yang baik & mencukopi.  Its the most important! Kalau tidur kita baik, badan kita punya cukop rehat, emosi kita akan lebih stabil, Maka Penyakit akan segera SEMBUH!  (kalau tak leh tidoq, ambik xanax)

To keep the body in good health is a duty, otherwise we shall not be able to keep our mind strong & clear : quote

28 Mei 2012

Alhamdulillah ... segalanya dipermudahkanNYA

Minggu pertama telah selesai 3 rawatan Radioterapi; semua proses rawatan hanya mengambil masa selama 10-30 minit. Tak lama; tapi setiap sesi rawatan merupakan satu pengalaman yg agak `mendebarkan'. Setiap kali selesai rawatan,  saya pasti menangis. Sehinggakan staff MMCH ketawakan saya. Terus terang saya katakan; saya memang takut. Terlalu banyak berfikir dan terlalu banyak  persoalan yg bermain di minda. apakah implikasi rawatan radioterapi yg bakal saya hadapi?  Sakit? kulit terbakar atau melecur? Muntah? cirit-birit .... huuuh penat sungguh melayan perasaan!

Berbekalkan wirid zikrullah ayat-ayat syifa'; selain memperbanyakkan Al-Fatihah & selawat : itulah `kekuatan' saya sebaik melangkah masuk ke Hospital Mount Miriam. Saya percaya saya tidak `berkeseorangan'. ALLAH SWT sentiasa bersama saya. ALLAH pasti mendengar setiap rintihan dan doa saya, saya pecaya ALLAH Maha Adil; Maha Kasih Sayang. ALLAH SWT telah menentukan taqdir dan saya perlu `melaluinya' dengan yaqin & redho'.

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku." (Surah Asy-Syu'ara : Ayat 80)

Sebagai pesakit kanser yg baru sebulan menjalani pembedahan; malah saya pula baru 7 minggu `mengetahui' tentang penyakit yg dihidapi, saya punya emosi yang agak kurang stabil. Bukan mudah untuk saya menghadapi kenyataan dan melalui kehidupan dengan perubahan yang sebegitu drastik. Segala-galanya berubah. Pemakanan, perubatan, malah saya sudah 2 bulan `tidak bekerja' , aktiviti terhad, pergerakan yang terbatas, sudah terbiasa cergas dan aktif, tapi kini tumpuan diberikan hanya untuk segera sembuh dan memastikan agar sel kanser tidak kembali menyerang.

Memanglah sedih. Kita hanyalah manusia biasa. Pabila ditimpa dengan ujian sebegini, kita akan menangis, terlalu banyak berfikir tentang pelbagai kebarangkalian. Ada kalanya kita ingin berkongsi rasa, tapi kita tidak tahu kepada siapa harus kita luahkan. Malah ada juga pesakit yang terus menjadi murung; dan hilang keyakinan & semangat berjuang untuk melawan penyakit sebegini.

Selain dari berdoa, dan memperbanyakkan solat sunat, Sokongan & bantuan keluarga serta rakan taulan sangat penting. Alhamdulillah Saya berterima kasih kerana adik saya Siti Safinaz & suaminya yg menetap di Pulau Pinang; sentiasa menghantar & menemankan saya pada setiap kali sesi rawatan radioterapi. Mereka menjaga saya dengan baik dan sepanjang tempoh rawatan saya menumpang di rumah mereka di Padang Tembak.
Sahabat yg baik itu anugerah ALLAH SWT, bersama ketika suka & duka
Saya bersyukur kerana ALLAH SWT menganugerahkan saya sahabat & keluarga yg senantiasa prihatin; bertanya kabar, memberi kata-kata semangat dan nasihat. Maiza & Nani antara sahabat yg akan menelefon saya setiap hari dan Hafiza yg tinggal berdekatan pula; akan singgah untuk menjengok saya. Mereka berbuat sedemikian untuk memastikan bahawa sy tidak berseorangan, bersedih & runsing memikirkan masalah kesihatan yang saya hadapi. Adakalanya mereka  hanya sekadar mendengar luahan hati & rungutan saya. 
Tq dear for being around when i need u! Syukur ..............

Ramai juga rakan taulan yg jauh & dekat; rakan persekolah sewaktu di SEMSAS & ITM Arau; yg bertelefon dan sudi menjengah saya di rumah. Itulah Rahmat & pertolongan dari ALLAH SWT. Mereka hadir di saat saya bersedih dan dalam penuh kebingungan.

Apabila sakit saya `terpaksa'  berehat di rumah;  ianya membuka ruang untuk saya bermuhassabah diri. Merenung & memikirkan segala nikmat ALLAH SWT yg telah dan sedang saya miliki. ALLAH SWT beri saya sakit; tapi ALLAH permudahkan segala urusan pembedahan & rawatan saya. Malah saya dirawat oleh pakar terbaik dalam kadar waktu yang segera. Saya tidak perlu menunggu giliran yang panjang; malah kos perubatan saya sangat minima dan tidak membebankan.

Sebaik mengetahui tentang Penyakit Kanser saya; ALLAH menjemput saya & keluarga menjadi tetamuNYA. Diizinkan kami mengerjakan umrah & tawaf sunat dalam keadaan selesa dan sihat. Malah saya berkesempatan mengucup Hajaratul Aswad & berkali2 berpeluang berdoa di `Multazam & bersolat di Hijir Ismail'.  Allahuakbar; bukankah ini tandanya ALLAH sangat kasihkan saya  hambaNYA yg sangat dhoif & lemah?

Ya ALLAH banyaknya nikmatMU yang Engkau beri padaku. Kenapa perlu aku mengeluh dengan sedikit ujian yg Engkau berikan kepadaku. Aku malu Ya ALLAH; kerana selalu meminta-minta sedangkan apa yg KAU pinta aku selalu remehkan.

Pada usia 43 tahun; saya telah dua kali dijemput mengerjakan Umrah dan telah pun menunaikan ibadah Haji.    Saya telah bekerja semenjak umur 21 tahun; Hari ini saya baru `direhatkan' selama 2 bulan. Saya berpeluang untuk memperbaiki ibadah saya. Bangun untuk bertahajjud sudah tidak menjadi satu kesukaran, membaca Yassin pagi & mlm menjadi begitu mudah & indah. Zikir & wirid diamalkan setiap saat yang terluang. Malah buku kecil wirid `Al-Ma'thurat & Manzil' yg dihadiahkan oleh sahabat saya Wan Nor Zaharah 2 Tahun yg lalu; baru kini menjadi amalan bacaan setiap pagi & petang. Ya ALLAH banyaknya masa `SIHAT' saya yang terbuang dan telah saya sia-sia kan selama ini. Terlalu sibuk dengan urusan dunia; bekerja menjaga amanah manusia  sehinggakan saya lalai & leka menjaga amanah ALLAH SWT. Sesungguhnya `musibah' ini merupakan `ujian yang penuh hikmahNYA'
Umrah 30th Mac - 12th April 2012

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” 

24 Mei 2012

Amalan Pemakanan: tiru macam saya!

Selama ini saya tidak suka makan ubat dan saya jarang mengamalkan mengambil suppliments seperti vitamins. Saya percaya pada amalan hidup sihat dan sering memastikan makan makanan yang dimasak sendiri menggunakan  bahan2 yang fresh segar dan telah `dinyahtoksik'. Saya juga mengamalkan minum jus utk mendapatkan vitamin tambahan yg original. Menukar penggunaan garam bukit dan minyak canola atau pon minyak bunga matahari.
bila dah sakit dan berpenyakit; macamana nak ketawa .....
2 bulan yang lalu, rutin pemakanan saya mula berubah. Setelah mengetahui saya mengidap Kanser Uterus (andometrium) maka saya mula mengambil berat tentang kandungan Oksigen & Asid dalam badan serta cuba mengelakkan makanan yg mengandungi `growth factor'.

Sel Kanser tidak boleh hidup jika badan kita mendapat oksigen yg mencukopi. Pesakit Kanser malah sesiapa yg tidak mahu ada sel kanser membiak perlu menambahkan diet `antioksida' yg tinggi. Kandungan antioksida yg tinggi terdapat dalam semua jenis `berries' ; spt: strawberi; blueberi; acai beri; resberi, black beri, anggur merah, delima ... dll.

Dulu nak makan madu sebagai amalan sunnah pon sukar, pada hari ini 1 sudu teh madu sidir (dibancuh bersama air zam-zam) dan habatussauda diamalkan 6 kali setiap hari. Saya juga mengamalkan minum air berunsur Alkali.

Saya juga telah mula mengamalkan minum susu kambing setiap hari; sebagai amalan mengikut Sunnah; susu kambing sangat bagus kerana bersifat alkali dan mengandungi kandungan protein yg lebih tinggi dr susu lembu serta kandungan antibarah.

Oleh kerana saya memerlukan nutrien yg tinggi maka saya jugak mengambil Spirulina Elken sehari 2 kali; 10 biji waktu pagi dan 10 biji di waktu mlm.

Untuk rawatan Radioterapi; suhu badan saya dijangka akan panas akibat rawatan radiasi, maka saya telah dinasihatkan oleh doktor dan petugas Mount Miram Cancer Hospital (MMCH) untuk minum banyak air sekurang-kurangnya 2ltr sehari.

Sepanjang tempoh rawatan Radioterapi, saya menghentikan semua ambilan jus buah-buahan dan tidak makan sayur-sayuran untuk mengelakkan alahan cirit-birit. Untuk mengurangkan suhu badan, saya mengamalkan minum air rebusan barli; dan juga air yg dicampur dgn : biji selasih + getah anggur + gula batu + kembang semangkuk. Sebagai tambahan saya juga minum `air daun barli hijau' 3 kali sehari. ianya berfungsi untuk mengurangkan kepanasan badan dan membuang radiasi.

hmmmm letih bila baca senarai `supplimen' yang saya ambil dalam usaha untuk menjadi sihat! Berat mata membaca.... berat lagi tekak saya yng nak menelannya... apatah lagi semuanya mahal; tak murah pon!


A fren Doc of mine; Dr Ku telah berpesan kepada saya; agar sentiasa berfikiran positif, menjaga emosi agar sentiasa `sihat' kerana ianya dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan; insyaallah saya akan cepat pulih dari apa jua penyakit. Ubat dan supplimen hanyalah sebagai `bantuan tambahan' membantu proses pemulihan. Yang paling utama adalah untuk membina sistem pemulihan dalam diri sendiri.

Lets your body heals itself ......... kenali keupayaan diri sendiri dan anda pasti menemui penawar kpd penyakit anda!

AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR- Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.”


23 Mei 2012

Mc Donald vs Radioterapi

Hari ini 23hb Mei 2012; adalah hari rawatan pertama saya untuk Radioterapi di Mount Miriam Cancer Hospital; Pulau Pinang. Ditemani my sister Siti Safinaz; kami berdua sampai di MMCH pd pukul 3.20ptg.
Sebelum ini saya telah hadir untuk sessi kaunseling dan `plan' . Perbincangan dengan Doktor Rakesh Raman telah menetapkan saya perlu menjalani 25 sessi rawatan Radioterapi dan 2 sessi rawatan `Brachyterapi'.

Hujan renyai-renyai pastinya turun bersama Rahmat ALLAH SWT; dan saya berdoa agar segala urusan saya dipermudahkan. Bak kata sahabat saya Maiza: hang anggap jeh Radioterapi nih macam pi SPA'  .Tidak punya pengalaman menyebabkan kita hanya bersandarkan pada cerita pesakit lain atau dari bahan bacaan termasuk maklumat dari buku Kanser Wanita yg ditulis oleh Dr Mohd Rushdan Mohd Noor. To be honest saya tidak tahu apa yang saya jangkakan. Sakitkah? Cirit-birit? muntah? demam? terbakar kulit? kesukaran membuang air .... hmmm dalam kepala bermain 1001 persoalan; dalam hati hanya ALLAH SWT Yang Maha Mengetahui.

Sebelum memulakan rawatan saya perlu ke tandas untuk membuang air kecil, kemudian diminta meminum 3 gelas air. Tujuan meminum air adalah untuk memenuhi ruangan pundi kencing supaya usus terangkat dan menjauhi kawasan rawatan agar tidak tercemar dengan radiasi. Ini dapat membantu mengurangkan pelbagai komplikasi terhadap organ dalaman yang berdekatan seperti  `bladder & usus'.

beginilah `rupa' rawatan yang saya lalui
Selepas 30 minit, nama saya pon dipanggil masuk ke dalam bilik rawatan. Muka saya nampak cool; tapi sebenaqnya; dalam hati ..... `ketaq'. Saya disambut mesra dan dibantu oleh dua `Radiotherapist' seorang Lelaki Cina & seorang wanita Melayu. Keduanya berwajah ceria dan tersenyum, sentiasa berusaha menenangkan saya. `Kak rilex ye .... tak akan rasa apa-apa, mcm x-ray je'.

Dengan berpakaian lengkap yg saya pakai dari rumah, saya diminta baring dan tidak boleh bergerak. Ya ALLAH permudahkanlah urusanku ini. Mulut terkumat kamit, lidah tidak berhenti berzikir & berdoa, itulah sahaja bekalan yg saya bawa, yakin bahawa ALLAH SWT shj yg mampu menyembuhkan penyakit, dan rawatan yg diambil hanyalah sekadar usaha dan ikhtiar untuk sembuh. Saya pasrah. Saya mohon belas ehsan ALLAH SWT; ENGKAU ampunilah daku; kasihanilah aku. Alhamdulillah rawatan tersebut selesai dalam masa hanya 10 minit sahaja. 

Memang tak rasa apa pon! Sebaik sahaja saya keluar dari bilik rawatan; airmata saya jatuh berguguran. To be honest; saya gagal mengawal emosi. Kenapa saya menangis? Saya amat-amat bersyukur terasa segunung beban telah diangkat dan hati terasa amat lapang dan lega. Sungguh; saya bukanlah seorang wanita yang tabah & kuat; saya sekadar `meminjam' kekuatan dr ALLAH SWT, memaksa diri untuk tersenyum dan ketawa bagi mereda perasaan jiwa yg gundah gulana. Terlalu banyak persoalan yang bermain di minda, terlalu banyak tanggungjawab yg dipikul adakalanya tak tergalas dan sungguh membebankan. 

"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir", yang bermaksud, "Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan".



selepas selesai rawatan saya pi makan  Mc Chicken 
Sebelum pulang ke rumah; saya diingatkan sentiasa minum banyak air kerana badan akan terasa panas. Hindarkan dari meminum jus, makan buah-buahan dan sayuran (fiber) kerana dikhuatiri saya mengalami dirrhea cirit-birit. Kulit di kawasan rawatan akan mengalami alahan dan kepedihan. Doktor menasihatkan agar tidak terlalu risau tentang perkara tersebut dan jangan disapu losyen atau krim. (tapi sy nak petua lah: sapu minyak zaitun tau)

Pesan sahabat saya Hafiza Dont worry - Insyaallah kita mohon kpd ALLAH SWT agar segala2nya sembuh seperti sediakala. Mengamalkan doa syifa' menjadikan saya amat tenang dan penuh yaqin bahawa ALLAH SWT memberi penyakit dan DIA yang menyembuhkan.


وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku." (Surah Asy-Syu'ara : Ayat 80)

21 Mei 2012

Sharing is Sedeqah : U re never alone

Sesiapa yg mengidap penyakit Kanser atau apa jua penyakit Kronik; akan mengalami gangguan emosi. Kita cuba untuk menjadi seorang yg `kuat' dan tabah; tapi hakikatnya kita hanyalah insan biasa, yang punya iman setipis kulit bawang dan punya aqal yang sentiasa dikuasai oleh nafsu bisikan syaitan.
kata Tok saya: ikut HATI mati; ikut rasa binasa!
Dah lah nak kena pkiaq pasai penyakit & kesakitan yg kita hadapi. Dok nak kena pkiaq hal-ehwal rumahtangga; keluarga; anak-anak; kerjaya malah adakalanya telah bermula masalah Kewangan. Maklumlah, bila kita sakit; perbelanjaan harian `berubah' & bertambah.

Heii Ladiesssss!!! Rilex. Kita hanyalah insan biasa. Kita bukan Superwoman! Take a step at one time. Bila kita sakit ; itu tidak bermakna kita keseorangan. Cuba berbincang dengan keluarga dan orang tersayang. Mohon bantuan dari sahabat & jiran tetangga. 

Pada mulanya saya sendiri merasakan diri keseorangan, saya rasa `segala-galanya' seolah-olah `menentang' saya. (everything goes against me!) Segala masalah, musibah & ujian datang bertimpa-timpa. `sudah jatuh ditimpa tangga'. Saya terlupa bahawa segala-galanya adalah dr ALLAH SWT; kita akan senantiasa diberi ujian samada dlm bentuk `kekayaan harta benda' maupon musibah penyakit dan sebagainya. ALLAH menguji setiap makhlukNYA kerana DIA Maha Mengetahui Apa yg terbaik buat diri kita.

“…. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [Al-Baqarah, ayat 216]

Saya telah berjanji utk mengubah persepsi dlm melihat ke dalam sesuatu `masalah' yg dihadapi. Jangan suka buruk sangka; kerana itu sifat org yg sangat negatif & tidak membantu kita melawan penyakit yg dihadapi. Belajaq utk redho & menerima segala-galanya dgn penuh yakin bahawa ALLAH SWT Kasih & Sayang pd setiap makhlukkNYA. Kita masih diberi nafas utk hidup & rezeqi utk makan & minum; malah banyak nikmat2 ALLAH SWT yg masih kita nikmati. Kita kena belajar berterima kasih kpd ALLAH SWT. Pabila kita bersangka baik pd ALLAH SWT; maka kita akan bersangka baik pd sesama insan.



Berfikiran positif; berbaik sangka kpd ALLAH SWT maka kita akan bersangka baik sesama insan
Hari ini; hampir setiap hari saya menerima kunjungan rakan; sahabat handai dan kaum keluarga. Ramai yg menelefon; bersms; email & FB bertanya khabar & mendoakan kesihatan diri ini. Saya tidak dibiarkan keseorangan; ALLAH hantar ramai sahabat baru; ALLAH hantar ramai teman yg senasib malah sahabat yg jauh mula mendekat. Saya sedar rupa-rupanya Ramai yg sayangkan saya. Ramai yg ingin membantu saya dlm apa jua cara. Apabila kita Tidak Bersuara; mereka tidak tahu bagaimana utk membantu kita.






Nasihat saya kpd Pesakit Kronik & Pesakit Kanser; Jangan biarkan anda bersendirian menghadapi ujian ini; berkongsilah. Luahkan perasaan anda, jika anda perlu menangis; menangislah sepuasnya; jgn disimpan dan jgn memendam perasaan; ianya tidak akan membantu proses pemulihan yg segera. 

PERCAYALAH; YOU ARE NEVER ALONE . ALLAH kan ada ................

18 Mei 2012

Wanita Perlu ada ILMU KANSER

Penulis adalah Ketua Unit Jabatan Gynae-Onco di Hospital Sultanah Bahiyah  Alor Setar 
Buku WAJIB Baca! Buku tentang Kanser yang sering menyerang anggota tubuh Wanita telah ditulis dengan bahasa yang mudah difahami oleh seorang Doktor Pakar yang sangat berpengalaman merawat pesakit Kanser.  Penulis - Dato Dr Rushdan  adalah seorang Gynae-Onco dari Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah (kebetulan Pakar  yg melakukan pembedahan terhadap saya tempoh hari). Buku ini menerangkan dengan sebegitu `detail' berkenaan permasalahan Kanser Wanita. Saya percaya ramai di kalangan wanita hari ini mempunyai pengetahuan yg salah tentang Kanser menyebabkan kita kurang memberi perhatian terhadap `simptom-simptom pelik & luar biasa yg dialami' oleh tubuh badan sendiri.

Ramai pesakit kanser yg tidak punya ILMU tentang penyakit yg dihadapi. Inilah punca Kenapa kita sentiasa tercari-cari dan selalu terdorong untuk mengikuti setiap saranan yg dicadangkan oleh sesiapa jua, walaupon mereka tidak pernah melalui pengalaman sebagai Pesakit atau Keluarga Pesakit Kanser.



                                       
Setiap Penyakit Ada Penawarnya Kecuali Mati " Mafhum HADITH RASULULLAH SAW

Teknologi perubatan semakin canggih dan di Malaysia, bilangan doktor pakar semakin ramai. Ramai pesakit Kanser yg telah berjaya menjalani kehidupan Normal dan `survive' dari penyakit Merbahaya ini. Kanser bukan lagi pembawa kematian; yg penting kita kena tahu situasi keadaan tubuh badan kita agar Kanser dapat dikesan diperingkat awal; dan pelbagai kaedah perubatan dapat membunuh Sel Kanser dari terus tumbuh.
Jika kita punya ilmu maka kita boleh menjalani pelbagai kaedah rawatan samada Perubatan Hospital  atau pun alternatif. Yang penting kita kena memahami situasi Pesakit dan Penyakit.
Ilmu perubatan moden telah melalui pelbagai ujian klinikal dan makmal serta mempunyai kajian sejarah pesakit. Saya tidak menafikan Keberkesanan Perubatan Alternatif; cuma adakalanya saya meragui `pengamal' perubatan sebegini. Masih ramai yang cuba untuk `menjual produk' berbanding untuk membantu proses penyembuhan pesakit. (adakalanya mereka tidak arif dengan status kesihatan pesakit sebelum mencadangkan produk atau rawatan).

Melalui `pengamatan' & pengetahuan saya sebagai Pesakit Kanser; Sel Kanser adalah berbeza; dan tubuh pesakit jugak adalah berbeza. Setiap pesakit mengalami Simptom atau tanda-tanda awal penyakit yang berbeza. Oleh itu adalah sangat logik jika  ada Kaedah Rawatan serta ubat-ubatan Alternatif yang TIDAK berkesan kpd sesetengah pihak. Maka kita selaku pesakit atau keluarga pesakit; perlu memahami Jenis Sel Kanser dan cari seberapa banyak maklumat yg betul dari orang benar-benar arif & berilmu tentang kaedah rawatan samada secara Moden ataupon Alternatif.

Sel Kanser dikatakan ada dalam setiap tubuh manusia. Ianya akan aktif apabila kita ada masalah `darah rendah' yg menyebabkan kekurangan Oksigen di dalam badan. Maka Sel Kanser akan mencari `tempat' yg tiada/kurang oksigen untuk membiak. Sebab itu digalakkan minum minuman atau makan buah-buahan yg mempunyai nilai `antioksida' yg tinggi. Contoh semua spesis `berries' (strawberi; acaiberi, rasberi, blueberi, anggur dll)
Seeloknya minum AIR Alkali; contoh terbaik adalah `air zam zam'.
Biji Aprikot adalah satu penemuan ubat Kanser yg terbukti sangat berkesan. Tapi tolong dapat Biji Aprikot California yg Original dan belajar cara kaedah pemakanan yg betul utk mendapatkan keberkesanan yg optima.

Kaedah & Rawatan Kanser samada Moden ataupon Alternatif sangat Mahal. Kita perlu bersedia dari segi fizikal, mental, emosi dan juga kewangan. Kalau nak amalkan Kaedah Perubatan Islam menggunakan Madu + Habatussauda; pastikan anda membeli Madu Sidir. Ini adalah Madu terbaik dunia; dan yg paling penting Pastikan Produk itu Asli. Kalau Madu tipu dicampur GULA; lagi memudharatkan pesakit Kanser kerana GULA adalah Makanan utk Sel Kanser terus membiak agresif.
Sebagai pesakit Kanser Endometrium (rahim/uterus) Doktor menyarankan agar saya mengelak terus makanan yang berasaskan SOYA. Amalan memakan Soya boleh meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari/rahim, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab kandunga soya mempunyai hormon estrogen. Selain itu, soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas. Oleh itu ibu- ibu yg sedang mengandung; tolonglah jgn terlalu taksub minum air soya sekiranya mengandung anak Lelaki; takut-takut nanti akan melahirkan spesis `auw-auw'; wallahuaklam!


16 Mei 2012

Berat mata memandang ................. hmmmmm

berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul
Assalamualaikum wbt:
Sewaktu mula-mula mengetahui saya menghidap Penyakit Kanser; saya bertekad untuk menyembunyikan berita ini dari `semua orang'. Maklumlah saya agak femes jugak di Kedah dan mempunyai ramai kenalan di seluruh Malaysia. Malu & takut akan dicemuh masyarakat dgn persepsi yg bukan-bukan. Walaupon kita beragama ISLAM; tp malangnya masih ramai tidak memiliki `jiwa & pemikiran ISLAM'.

Stigma orang Melayu; Penyakit; Musibbah adalah merupakan `balasan' dari ALLAH SWT  kerana `kejahatan & dosa' yg kita telah lakukan. Bagaimana dengan Penyakit yg menimpa Nabi Ayob a.s? Baginda menderita penyakit kulit yg kronik selama 18 tahun. Ditimpa kemusnahan harta benda serta kehilangan keluarga. Adakah itu balasan dr ALLAH SWT kpd HambaNYA yg Solleh?

`Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kpd kamu (ujian dan cubaan) seperti yg tlh berlaku kpd orang2 yg terdahulu drpd kamu? Mereka tlh ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) & serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang2 yg beriman yg ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar & berpegang teguh kpd ugama Allah).' (Al-Baqarah: 124)

Saya memang `brutal' mcm strong & tabah; tetapi sebenaqnya saya sangat `fragile'. Tengok filem `Mohabbatein' 10 kali; 10 kali saya akan nangis. Heroin belom nangis; saya dah bengkak mata! Saya bukan Superwoman,  I am juz an ordinary human being. Saya hanyalah insan biasa yg punya naluri dan jiwa yg sangat rapuh. Saya memerlukan sokongan rakan; kaum keluarga dan sahabat handai.

Saya perlu membina keyakinan & kekuatan diri mental & fizikal; sebelum saya bersedia berkongsi dengan semua orang. Bermula dengan sahabat Afiza, Wan Nor Zaharah, Maiza dan Nani, saya mula berkongsi dengan keluarga terdekat. Tq Doktor Zaki Zamani yg tak jemu-jemu berpesan supaya saya berkongsi berita ini dengan keluarga: `u cannot face this alone' . Maka hari ini saya sudah kuat & bersedia utk berkongsi dengan `dunia' agar pengalaman saya boleh memberi kekuatan kpd pesakit lain dan boleh dijadikan panduan buat semua yg masih sihat; insyaallah.

To be honest; saya tidak memerlukan simpati; tiada apa yg hendak ditangisi. Bukankah saya manusia pilihan ALLAH SWT utk diuji? Dan bukankah ALLAH telah berjanji Balasan terhadap orang-orang yang Sabar & Redho adalah SYURGA? Bukankah JANJI ALLAH ITU BENAR?

Sewaktu bersolat di Hijir Ismail di bawah pancur emas: Saya telah berdoa: `Ya Allah aku berterima kasih atas penyakit kanser ini; dan sekiranya ENGKAU dapati aku bersabar dgnnya; dan BalasanMU adalah Syurga; Ya ALLAH aku redho'. Namun ku pinta padaMU Ya ALLAH; berilah aku kekuatan & kesabaran'
Sahabat saya sewaktu di Sains Kuantan (SEMSAS K69) sdri anuar & sdr azahari yg dtg dr kuantan

Pada hari ini; saya menerima pelbagai ucapan DOA, nasihat, tips, panduan melalui sms, email dan FB. Sahabat saya Muzni & kak Khatijah telah sudi berkongsi pengalaman mereka sebagai pesakit kanser yg telah sembuh dan pulih. Ramai yang menelefon utk bertanya kabar dan mendoakan saya. Dan ramai yg sudi datang menziarahi saya. Tq semua; saya sangat menghargainya. 

Doakan saya sahabat. Doakan agar ALLAH menganugerahkan saya kekuatan & kesabaran. Doakan semoga ALLAH permudahkan segala urusan saya. Doakan agar ALLAH Rahmati & mengasihi saya setiap detik waktu.

15 Mei 2012

segalanya mula berubah ...........


sekali air bah sekali pantai berubah
Assalamualaikum wbt:
Ungkapan yang sangat tepat untuk menggambarkan situasi hidup sy ketika ini. Penyakit ini datang  pada saat waktu `usia' kematangan saya. Agaknya kalau saya mengidap kanser ketika usia 30-an atau 20-an; i cant imagine how will i react. Alhamdulillah ; Allah beri ujian ini kpd saya & keluarga;  Allah `beri petunjuk' untuk mempermudahkan segala urusan rawatan yg perlu sy jalani. Pada hari ini; saya sudah lebih bertenang; kerana saya Redho dan pasrah kpdNYA.

Secara tidak sengaja saya telah melakukan pemeriksaan kesihatan kerana hendak mengerjakan Umrah. Sifat prihatin telah mendorong saya untuk melakukan pemeriksaan kesihatan yg sgt detail sehingga pihak hospital dapat mengesan sel kanser yang ada di  `endometrium'; walaupon saiznya kecil.

Ramai bertanyakan simpton-simpton yg saya alami. Kaum keluarga & sahabat handai  mulai gusar dan sedar tentang `kemunculan' Penyakit Kanser yg semakin serius khususnya di kalangan wanita. To be honest; saya tidak sakit dan tidak mengalami sebarang perubahan kesihatan yang ketara. Malah Ujian Pap Smear yg sy lakukan pd bulan Febuari 2012 (2 minggu sebelum ujian HPE)  adalah Negatif.  Apabila bertanya kepada Gynae-onco Dr Badrul: beliau mengatakan bahawa; `setiap sel adalah berbeza; setiap pesakit mengalami simptom yang berbeza'. Malah agak sukar utk mengesan sel kanser di peringkat awal (pra atau stage 1A) seperti yg sy alami. So i must be the lucky one!

So nasihat saya kpd anda semua; kalau kita rasa ada perubahan terhadap fizikal dan kesihatan diri sendiri; tolong berikan perhatian yang serius. Dapatkan nasihat doktor atau lakukan pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya. Ingat mencegah adalah lebih baik dari merawat. Apabila usia  kita meningkat  tahap kesihatan kita akan menurun; penyakit akan datang tanpa diundang. `its better to know than NOT knowing!' 

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku." (Surah Asy-Syu'ara : Ayat 80)

Apabila kita kebingungan dan tiada tempat untuk mengadu; ketika itulah baru kita sedar ALLAH  SWT sentiasa bersama kita dan tidak pernah tinggalkan kita dalam keadaan senang mau pon susah. Setiap saat saya berdoa memohon agar ALLAH SWT memberi kekuatan dan kesabaran kpd saya juga anak-anak saya; bersama kami menghadapi ujian ini dengan penuh  ketabahan dan keredhoan. 






14 Mei 2012

5550 : Onko

nanti sy share Travelodge Umrah kami (2012) yg sgt indah buat diri ini.
Assalamualaikum wbt:
Nanti akan sy kongsikan pengalaman sy mengerjakan Umrah dan pengalaman melalui Ct Scan; pembedahan dan jugak TEMPOH 3 minggu sewaktu berehat menunggu hari ini: 14hb Mei 2012. 

Hari ini adalah hari perjumpaan dengan Gynae-Onco  (pakar kanser wanita) di Hospital Sultanah Bahiyah. Sy mendaftar dan diberi nombor 5550. Kali ini pemergian saya ditemani oleh sepupu saya Cikgu Shafiza Salleh; ibu beliau adalah adik kpd ayahnda saya. Perjumpaan kali ini untuk membincangkan `hasil ujian makmal' bagi  pembedahan saya tempoh hari.
Alhamdulillah; sel kanser `Adenocarcinoma' bersaiz 3cm hanya berada di `Endometrium' (uterus). Tidak merebak ke kawasan lain. Syukur. Ianya dapat dikesan di peringkat awal `stage 1A'. Tetapi jenis kanser saya ini dikenali sebagai G3. (tahap yg paling agresif) Maka atas nasihat Doktor; saya memerlukan rawatan lanjut yg dikenali sebagai Radioterapi.
mcm nih lah kot nanti; hmmmm Teknologi perubatan dah moden & canggih
Radioterapi adalah satu rawatan pancaran radiasi `ala-ala'  X-tray; cuma dlm volume yang tinggi. Selalunya rawatan yg dicadangkan antara 6 - 25 kali. 1 minggu  5 hari (5 kali rawatan); Sabtu & Ahad; Off Day! Kena pi buat nun kat Pulau Pinang: Mount Miriam Cancer Hospital.
Hmmm ........... saya akan lama berada di Penang; dan terpaksa meninggalkan rumah & anak-anak. My Maid; Mun akan balik ke Solo pd 30hb Mei ini untuk bercuti selama 4 bulan. Waduh! .... sudah tidak mau memikirkan; `take a step at one time'. Yang penting bila tarikh rawatan telah ditetapkan; saya akan tetap pergi; no matter what! 

Rawatan ini adalah untuk membunuh sisa-sisa sel kanser yg mungkin masih ada; mengharapkan kemungkinan untuk sel kanser TIDAK kembali menyerang. Menurut Doktor Azmi; ada pesakit yg sama situasi dengan saya; tidak menjalani rawatan susulan Radioterapi; dan mereka `bebas kanser'. Tapi sanggupkah saya mengambil risiko ini? hmmmmmm tak mau pkiaq panjang; terus setuju; memberi kebenaran Doktor untuk mengatur temujanji Radioterapi tersebut. Saya pasrah.





Kanser vs Umrah

my beloved family
Assalamualaikum wbt:
Saya mengetahui tentang penyakit Kanser ini; 4 hari sebelum bertolak untuk mengerjakan Umrah bersama kaum keluarga dan rombongan sahabat handai seramai 20 orang. Kami dijadualkan berlepas pd 30hb Mac 2012  jam 9.00 malam dari Alor Setar ke KLIA. Dan seterusnya akan berlepas ke Jeddah dgn pesawat Kuwait Air pd jam 3.00 pagi  (31hb Mac).

Oleh kerana terlalu sibuk dengan kerja dan perniagaan; saya hanya dapat mengatur kenduri DOA SELAMAT pada 27hb Mac; dan saya niatkan agar Majlis ini juga akan mendoakan keselamatan saya sewaktu mengerjakan ibadah UMRAH dan sewaktu akan menjalani pembedahan yg dijangkakan pada 18hb April 2012 (sekembali dari Mekah)

29hb Mac: sempat saya berjumpa Pakar Onkologi Dr Badrul di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah; atas bantuan sahabat saya  Dr Zaki Zamani & isterinya Dr Mahani. Pertemuan dengan Dr Badrul selama hampir 3 jam; memberikan saya banyak maklumat & nasihat perubatan malah juga kaunseling tentang bagaimana menangani situasi sebegini.

To be honest; sewaktu saya berjumpa Pakar Onko; saya pergi berseorangan; bawak kereta sendiri tanpa ditemani sesiapa; malah hanya 3 org sahabat sahaja yg tahu tentang appointment saya pagi itu. Sewaktu di interview oleh Dr Badrul; beliau bertanya: `Keluarga dah tahu ke belom?'  Jawab saya:  `belom!'  Dr Badrul: ` so ... what's your plan?'  Saya: `i have no plan; i juz take a step at one time. Hari ini saya dtg jumpa doktor for this appointment; esok insyaallah saya akan berangkat utk mengerjakan umrah; the rest kita pkiaq kemudianlah!'  Itulah jawapan saya dgn muka yg agak selamba. 

Nak mengadu kat abah (i am very close to my father); tp bapa saya punya masalah jantung yg sgt serius. Nak bg tau kat my mom .... hmmm she is a very old lady with her own emotions problem. Mak saya bukan boleh dengar cite sedih mcm nih; nanti dia pkiaq macam2!

Nak mengadu pada adik; she is in Penang; dah bekeluarga; saya faham dia pon sangat sibuk. Nak mengadu pada abg saya di Kuala Lumpur ..... Hmmmmm sekadar boleh cite je lah kan.

So macam mana untuk saya bercerita pada anak-anak? Hana nak mbik PMR tahun ni; Arisya pon baru form 4; my son Zakuan dok ada nun di Kuantan Pahang; studi kat Univ Msia Pahang.

Nak cite ngan kengkawan; saya bukan nak menagih simpati; malah saya tak mahu orang bersedih kerana ramai yang memikirkan Kanser adalah MATI.

Yang penting saya perlu membina kekuatan diri dan saya mengadu pd ALLAH SWT; memohon agar diberi kekuatan & diberi petunjuk. Saya perlu tabah fizikal & mental.

La Tahzan Innallaha Ma'ana. "Dan Janganlah Kamu Bersikap Lemah Dan Janganlah Pula Kamu Bersedih Hati Padahal Kamulah Orang-orang Yang Paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman

Saya Pesakit Kanser Endometrium (dinding rahim)



Assalamualaikum wbt:
segala puji-pujian kpd ALLAH SWT YG MAHA ESA.

Lama sudah tidak menulis di blog; sehinggakan ramai yg dah sms dan hantar mesej supaya aktif kembali menulis. Merasakan dunia FB telah mencuri tumpuan saya. FB merupakan dunia baru utk catatan pendek; sudut perkongsian ilmu yg sgt mudah diakses. Sebenarnya saya punya banyak peristiwa yg indah & menarik yg perlu dicatatkan dlm Blog ini; mudah-mudahan perkongsian pengalaman hidup saya akan menjadi satu perkongsian ilmu; dan saya benar2 mahu menyumbang dalam apa jua cara mengikut kadar kemampuan saya yg kerdil & dhoif ini.

Tanggal 25hb Mac 2012; jam 4.30 petang adalah merupakan satu detik yg tidak mungkin saya lupakan. Pd hari tersebut ; berseorangan tanpa ditemani sesiapa; saya menerima berita bahawa saya telah disahkan menghidap kanser Endometrium (uterus). `Clear Cell Adenocarcinoma - mitoses are raedily seen!'. Terkedu saya; tak tau nak kata apa; nak nangis; malu kat Doktor. So saya tahan emosi dan buat muka seposen seolah-olah; i am not effected by the news'. Ala-ala control ayu ..... lah kan.
(Dalam hati .... hanya ALLAH SWT Yang Maha Mengetahui)

Sewaktu menerima berita itu; saya dalam kebingungan dan `blank'. Fikiran kosong dan hilang punca untuk berfikir. Dalam kereta sewaktu memandu sepanjang jalan pulang ke rumah; saya menangis kebuntuan. Terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran; Saya tak pernah sakit, malah sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat; sangat menjaga kesihatan; bersungguh-sungguh menjaga pemakanan malah adakalanya saya rajin bersenam & ke gym utk melakukan senaman.

Orang pertama yang saya telefon adalah Agen Insuran saya; Chee. Dlm kesedihan yang amat sgt; saya telefon bertanyakan Chee adakah Polisi Insuran Kesihatan  saya akan menanggung segala perbelanjaan pembedahan untuk membuang sel kanser ini. Jawapan beliau: YA; dan beliau menasihatkan saya utk melakukan pembedahan tersebut dengan segera.

To be honest; ketika itu saya belum bersedia berkongsi berita dengan sesiapa pon kecuali diri saya sendiri. 


“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud)

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...