16 Julai 2015

La Tahzan: Jangan Bersedih



Ramai yg mengadu mereka takut dan tidak mempunyai KEKUATAN - KETABAHAN utk menempuh kehidupan selepas diSahkan KANSER. Takut untuk melalui rawatan seperti Pembedahan - Kimo & Radio serta pelbagai Ujian Klinikal yg sangat meletihkan &  menyakitkan:

Nasihat saya:
1. Take A step at ONE Time  (Rome was not build in ONE Day!)
berbincang dengan ONKO rawatan yang perlu dan sesuai untuk anda. (Dengarlah nasihat Pakar Kanser yang diiktiraf Dunia Perubatan Konvensional)

2. FOKUS utk Sihat & sembuh dr Kanser  (rawatan Klinikal adalah Yg telah Terbukti Berkesan utk menyingkirkan Sel Kanser dr tubuh anda. Pembedahan membuang Sel Prima adalah kaedah terbaik untuk segera membendung dari Kanser merebak ke organ lain,

3, Jangan Tangguhkan apa jua rawatan yg dicadangkan oleh ONKO kerana Rawatan Awal & cepat menjamin Kesembuhan Kanser!

4. Kekuatan - Ketabahan minda & fizikal Perlu dibina: dapatkan kumpulan sokongan - kasih sayang keluarga dan yg paling utama Mohon Kekuatan & ketabahan dr ALLAH SWT: in sha ALLAH segala2nya akan menjadi mudah . percayalah Kimoterapi  - Radioterapi  TIDAK seburuk & Seteruk yg diperkatakan org yg Tidak Pernah melaluinya .....

JOIN US Kumpulan SOKONGAN Khusus utk Cancer Survivors & Caregivers  at our FACEBOOK GROUP:  https://www.facebook.com/groups/1415019032094938/



06 Julai 2015

Perkongsian Pengalaman seorang sahabat Cancer Survivors Malaysia : her true stori




 (Kopi pes dr entry Fida Izz  ahli grup  CANCER SURVIVORS  MALAYSIA):
Terlebih dahulu mohon maaf admin dan kengkawan panjang sikit nak share. Saya harap sgt kengkawan yg nak cuba rawatan alternatif atau produk alternatif tak kiralah drp syarikat MLM atau apa jua berdasarkan promo testimoni yg memang nampak sgt positif, pastikan dulu nombor tefefon org yg jadi testimoni tu dapat dihubungi dan kita dapat bercakap sendiri dgn org berkenaan bukan semata2 'hearsay'. Drp pengalaman saya sendiri pernah satu ketika saya teruja sangat nak berubat di Johor dgn seorang yg katanya pakar rawatanbarah. Saya tunda appointment dgn onco. Odw ke sana baru saya teringat nak call hp testimoni yg saya dapat kononya dah sembuh dan dah start kerja pun. Saya nak bercakap dgn puan xxxx tp yg jawab panggilan saya tuan yyyy..dia ckp dgn saya isteri dia puan xxxx ah meninggal setahun lepas. Mula2 nampak mcm ada kesan positif tapi tak sampai 6 bln semakin tenat sebab breast cancer yg asalnya stage 2 dah menular ke organ lain dan semasa di bawa ke hospital dah jadi stage 4. Dia ckp dia kena ribu2. Saya terkedu sbb saya tak bawak ribu2 hanya ratus2 shj. Lagi terkedu bila puan xxxx yg menjadi sumber inspirasi saya utk cuba kaedah tersebut telah tiada. Memang ajal dan maut di tgn Tuhan dan kita hanya berikhtiar merancang dan berdoa. Tapi saya kesal sepatutnya pusat rawatan tersebut updatelah testimoni yg ada dan bersikap jujur dan telus. Jangan memperjudikan nyawa org terutama pesakit kanser utk meraih keuntungan duniawi. Begitu juga dgn syarikat yg mendakwa ada beribu testimoni konon sembuh daripada kanser siap ada video lagi dan kebetulan video testimoni tersebut adalah kawan saya sendiri yg dah pun kembali ke rahmatullah. Sepatutnya pihak syarikat produk tersebut ambik tahulah testimoni dia dah meninggal..keluarkanlah drp arkib. Apa perlu disimpan dan ditayang lagi testimoni org yg dah meninggal. Kecuali testimonial meninggal akibat accident atau demam denggi bolehlah diterima akal simpan lg dlm arkib. Berpuluh2 kotak kawan saya makan dan sempat jadi mobile stokis. Memang dia skip chemo sebab teruja nak cuba produk tu selepas operation lumpectomy dan dia nampak sihat ceria dan dah mula mengajar. Org atas syarikat tu ckp tak perlu kimo makan je produk tu nanti sembuh elok. Tapi tak sampai setahun kat tempat lumpectomy tu tumbuh tumor lagi besar drp yg asal dgn luka2 yg berdarah bernanah. Mana pergi org syarikat yg ambik video testimoni tu. Bila saya tanya dia org ckp dah ajal dia puan. Sakitnya hati dengar mudah dia org lepas tgn. Meninggalnya sahabat saya itu juga meninggalkan hikmah besar bagi saya..saya baca balik segala msg whatsapp dan nasihat dia suruh saya jgn berlengah lagi pergi hospital buat kimo buat mastec cepat. Dia ckp jangan jadi macam dia..Saya terus berhenti makan produk tu dan lain2 suplemen dan terus jumpa onco yg saya takut selama ini. Bukan nak kata tak bagus produk tu tapi sikap org syarikat dan pusat rawatan alternatif yg sambil lewa, tidak prihatin dan hanya tahu untung juta2 yg buat saya terkilan sedih marah..apa salahnya update status testimoni anda dari masa ke semasa..yg dah arwah tu jgn simpan lagi di arkib..jgn mislead org..tolonglah..nanti akibat perbuatan mereka inilah pusat rawatan alternatif lain dan syarikat produk lain dapat tempias jugak..Dan paling menyedihkan ada kalangan medical doctors yg quit profession mereka dan involve dlm sykt MLM yg international level bukan yg company cikai2 sanggup berkempen promo produk company konon boleh bunuh sel cancer semata2 nak dapatkan downline dan bonus berganda2. Depa naik pangkat jd Jutawan MLM kita yg sakit ni jadi mangsa manupulasi dok wad siang mlm! Padahal mereka sendiri tahu hakikat sebenar apa itu sel kanser. Kalau yg belajar setakat kat universiti google ttg kanser dan claim diri sbg murid Dr atau Prof itu ini taklah hairan sgt..species ni mmg ramai. Waspadalah!
 




Akhirul kalam tak salah memiilih apa jua rawatan yg kita yakini kerana keputusan memilih itu di tgn kita..sembuh atau tidak di tgn Alllah. Tapi jika kita memilih rawatan alternatif atau mkn produk atau suplemen pastikan kita buat CT scan, blood test, MRI semua. Betul ke cancer cells dah tak ada lagi atau sekurang2nya 'in remission'. Jgn percaya dgn zahirnya nampak ok nampak sihat..kat dalam tubuh ada musuh atau 'invader' sdg bertungkus lumus menyerang kita secara senyap. "They are living and they are intelligent..they'll fight like hell to win the battle.." kata mendiang onco yg jugak pesakit kanser. Segala yg baik drp Allah yg kurang bernas adalah drp kelemahan lilmu dan kekhilafan saya sendiri. Mohon maaf di bulan yg mulia ini jika perkongsian ini mengguris perasaan sesiapa..saya hanya insan biasa. 

Supplimens: Jangan dengar cakap Penjual Obat!

BUKU ini mengandungi MENU utk amalan Juices: sangat bermanafaat. amalan minum jus boleh membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh

Jangan nasihatkan org amalan pemakanan yg kita sendiri tidak amalkan. Sebagai pesakit kanser especially yg baru diagnosed kita akan panik .. kalut nak amalkan semua supplimens atau produk 'kononnya PULIH Kanser' yg berada di pasaran: apa jua amalan - rawatan yg ingin kita lakukan tlg pastikan sahabat semua mengikuti Protokol Perubatan dan Nasihat ONKO. Berbincang dan dapatkan seberapa banyak maklumat tentang sesuatu Produk atau Rawatan sebelum anda mencuba. Dah lah kita sakit .. kos nya pulak TIDAK percuma. Nanti kita akan keletihan dan stress kerana apa yg kita amalkan tidak mendatangkan manafaat atau memulihkan penyakit yg dihadapi. Do not simply eat or consume juz bcoz others do! 

Mencuba sesuatu especially natural herbs memerlukan Disiplin Pemakanan yg tinggi. Kanser tidak akan sembuh dlm sehari. Anda perlu sabar .. tekun .. istiqomah utk kembali pulih - sihat dan menjalani kehidupan Normal!

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...