20 September 2012

putus cinta: tangani krisis hidup anda!

Benarlah seperti lirik lagu nyanyian Aris Ariwatan: `cinta tak kenal siapa ... hadir tanpa diduga ....'
Apabila saya menulis tajuk ini; pastinya ramai akan `terasa'. To be frank saya tidak tujukan pos ini kepada sesiapa pon! Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman `seseorang' kerana CINTA pada usia matang merupakan satu `wabak' yang sedang melanda ramai wanita di sekeliling kita.

Saya percaya semua orang punya pengalaman tersendiri. ingin bercinta; sedang bercinta atau  pernah bercinta. Malah ramai yang turut melalui episod suka duka putus cinta. CINTA selalunya dikaitkan dengan  alam remaja. Kerana CINTA adalah permulaan kepada proses hidup matang dan berkeluarga. Selalunya Percintaan berlaku di alam persekolahan; mahupon sewaktu di institusi pengajian tinggi. (IPTA/IPTS). Ada juga yang menemui CINTA sewaktu di alam pekerjaan. Apabila bekerjaya; kita akan rasa lebih bersedia &  punya keyakinan diri (secured).

Dan saya percaya semua orang masih ingat memori PERCINTAAN yang dialami. Samada CINTA pertama, kedua, ketiga ..... dan seterusnya. Seorg sahabat saya pernah berkata: `dalam hati aku punya banyak CINTA untuk diberikan .......' (ha ha ha .. saya pasti ramai yg tersengih membaca ayat ini)

Saya tahu bukan mudah untuk wanita di usia matang 40'an kembali bercinta. Yang pastinya ianya datang tanpa diduga. Wanita jugak berhak untuk merasa bahagia; bercinta dan dicintai. Tidak mudah bagi  `Women at our age':  untuk jatuh cinta; apatah lagi jika ini bukan cinta pertamanya. Bercinta bukan sahaja bermaksud Kasih Sayang; tetapi juga diiringi dengan kepercayaan dan `penyerahan jiwa'. `ibarat seperti membiarkan seseorang memandu kereta dengan menutrup mata; dan kita akan berasa selamat bersamanya.'
Putus CINTA di usia matang adalah satu `krisis' bagi wanita. Siapa sangka; U can be a successful person; a great business woman; polticians or teachers ... but yet still u can be the ONE who is broken hearted!! Ha ha ha Putus Cinta jika tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan stress & depresi. Bukan mudah untuk melupakan si dia sebegitu sahaja. Kita akan merasa bengong memikirkan Apa salah kita... Kenapa perkara sebegini boleh berlaku... menangis setiap hari ...  mengenangkan saat indah dan sakit hati kerana ditinggalkan tanpa sebab musabab atau alasan yang konklusif.

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis
Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Putus Cinta is a life crisis!
Nasihat saya: Dont Be Alone. . Dapatkan nasihat pakar & carilah teman pendengar yg baik untuk anda meluahkan perasaan. Menangislah jika perlu; tapi jangan biarkan hari-hari anda digenangi airmata. Masalah tidak dapat dirungkaikan dengan airmata sahaja.

Jangan cuba untuk mencari jawapan atau mencari ruang penyelesaian. Jangan dicari Salah Siapa? atau SIAPA yg perlu dipersalahkan! Tangani masalah emosi anda terlebih dahulu. Kalau kita berada dalam keadaan yang lebih bertenang; kita dapat berfikir dengan waras; maka pastinya keputusan yang dibuat akan lebih bermanafaat.

Ubat terbaik untuk masalah emosi adalah TAHAJJUD. Bangunlah dan solat sunat 2 rakaat sebelum masuk waktu Subuh. Berdoa memohon agar ALLAH SWT menganugerahkan kita aqal & iman; memberi kekuatan untuk melalui krisis kehidupan. Ingatlah CINTA adalah anugerah ALLAH SWT; dan redholah jika CINTA itu bukan milik kita.



UBAT KANSER ; Cellfood is amazing!

CELLFOOD - OXYGEN & KESIHATAN
"Sel kanser tidak boleh brkembang dlm persekitaran beroksigen tinggi. "Kekurangan oksigen akan mnyebabkan penyakit kronik; Oksigen memainkan peranan penting dalam penguatan sistem imunisasi"
Apabila saya mendapat tahu saya mengidap Kanser Endometrium; saya telah buat `pencarian maklumat' secara serius tentang Kanser ; Ubat-ubatan & Pemakanan Pesakit Kanser. Melalui carian `google' ; melalui pembacaan Blog; buku-buku Kesihatan/medikal dari pelbagai penulis (doktor mahu pon nutritionist) , pengamal perubatan alternatif dan juga pengalaman pesakit kanser yang lain.

Memahami tentang penyakit yg dihidapai memberikan kita sedikit maklumat & gambaran tentang apa yg sedang kita hadapi. Kanser adalah antara penyakit `merbahaya' kerana ia tidak mempunyai Kaedah rawatan yang konklusif dan selalu berakhir dengan kematian.

Stigma yg melekat dalam pemikiran masyarakat: Kanser adalah Penyakit membawa Maut; menyebabkan semua pesakit Kanser hidup dalam ketakutan; pasrah dan ada juga yg menyerah kalah; tidak mahu untuk berjuang kerana tidak yakin akan kembali sembuh!

Saya telah mencuba pelbagai produk: B17; Biji Aprikot; madu sidir & habatussauda, memakai NEFFUL pakaian ion negatif yg diperbuat dari Teviron. Saya turut mengambil Spirullina sebagai makanan tambahan disamping meminum susu kambing HIGOAT (HR) sebagai minuman sunnah. Baru saya tau Susu Kambing adalah yg ke-2 terbaik dan tertinggi kandungan nutrien selepas susu Ibu.

Sewaktu rawatan Radioterapi; saya mengalami gastrik yang teruk kerana perut `kosong' akibat `diarrhea' yg berpanjangan. Bayangkan saya akan berulang ke tandas sepanjang hari antara 15-20 kali. Ianya sungguh meletihkan danselera makan saya terganggu! Berat badan susut 4kg secara mendadak akibat kehilangan air. Untuk mengurangkan masalah gastrik akibat kesan Radioterapi saya mengamalkan `Kalsium Magnesium' jenama AMWAY.

Selesai rawatan Radioterapi; saya diperkenalkan oleh seorg sahabat dgn CELLFOOD. Memahami konsep Oksigen yang mencukopi akan menghalang kerosakan sel dan organ tubuh dan mampu menguatkan sisitem imunisasi tubuh. Maka saya bertekad untuk cuba mengamalkan CELLFOOD.  Sel Kanser tidak boleh berkembang dalam persekitaran oksigen yang optima. Malah kekurangan oksigen adalah punca kepada penyakit kronik.

CELLFOOD is amazing! Saya kongsikan maklumat tetang CELLFOOD.


CELLFOOD adalah produk kesihatan konsumer berasaskan oksigen dan hidrogen based yang canggih. CELLFOOD telah membekalkan kebaikan, nutrisi yang selamat selama lebih 40 tahun, tanpa sebarang toksin.
CELLFOOD, yang dihasilkan oleh Everett L. Storey, adalah satu formula proprietari yang terdiri daripada kepekatan mineral koloid bertenaga tinggi. Deuterium Sulfate Di-base dan Di-polar di dalam CELLFOOD merupakan satu sumber oksigen dan sistem penghantaran yang hebat kepada badan pada tahap sel.
Para saintis telah mengenal pasti bahawa kebanyakan penyakit dan jangkitan adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen pada tahap sel. Formula ini membekalkan tahap oksigen dan hidrogen nasen semula jadi yang tertinggi dalam bentuk tambahan bagi meningkatkan tenaga, ketahanan dan kesihatan semula jadi.
CELLFOOD mempunyai kebolehan unik untuk memisahkan molekul air menjadi hidrogen nasen dan oksigen nasen. Teknologi Pemisahan Air membolehkan pembebasan gas hidrogen dan oksigen secara serentak dalam satu tindak balas rantai yang melibatkan 1/500 000 daripada kelembapan yang ada pada suatu masa tertentu. Pemisahan air dicapai dengan memindahkan dan melemahkan elektron pengikat (pindahan ionik) molekul air terhadap oksigen dan menjauhi hidrogen.
CELLFOOD membolehkan ikatan dalam pengagihan elektron menjadi tidak simetri (polar). Molekul air boleh dikatakan sebagai Di-polar, dengan atom oksigen bertindak sebagai polar negatif dan atom hidrogen bertindak sebagai polar positif.



Sebuah hadis sahih Bukhari, dari hadis Abu Hurairah R.A, dari Nabi S.A.W bersabda:“Allah tidak menurunkan penyakit melainkan juga menurunkan penawar (ubat) baginya.”

Di dalam sahih Muslim diriwayatkan dari hadis Jabir bin Abdullah berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: “Setiap penyakit ada ubatnya. Jika suatu ubat penawar sesuai untuk penyakit (tersebut), maka ia akan sembuh dengan izin Allah.”


selamat beramal!

17 September 2012

Alhamdulillah saya masih hidup


Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Hari Malaysia (16 sept). This is me today! Syukur Alhamdulillah saya telah selesai menjalani sesi rawatan Radioterapi di Mount Miriam Cancer Hospital Pulau Pinang.  Alhamdulillah hari ini saya telah kembali menjalani kehidupan yang normal. Alhamdulillah; syukur saya juga boleh berpuasa tanpa sebarang masalah selama sebulan penuh!  Syukur .. syukur... syukurr  hanya ALLAH SWT shj Yang Maha Mengetahui & MEMAHAMI isi hati ini.

Ramai jugak yang menegur betapa kurusnya saya. Sebelum pembedahan; berat badan saya 56kg. tetapi setelah selesai  rawatan Radioterapi  hanya  tinggal 51kg shj. Berpuasa selama sebulan; saya kehilangan 2kg. Kini berat saya hanya 49kg. Seingat saya itu adalah berat timbangan badan masa mendaftar tingkatan 1 di SEMSAS Kuantan 1981. Insyaallah sy pasti gaya kehidupan rakyat Malaysia  (termasuk sy) membolehkan sy kembali `berisi' dlm jangka waktu yg singkat. Malah sambutan Raya Aidilfitri sebulan; berat badan saya sudah bertambah 800 gram. mudah kan! 

Kurus atau gemuk; itu hanyalah gambaran luaran shj, kecantikan fizikal semata. Pesan seorang sahabat: Ajal maut ditangan tuhan; tapi kalau kita hidup biarlah sihat tubuh badan! 

berkesempatan menikmati alunan suara anuar zain secara `live'.  i desserve to njoy my life ; why not!
masih banyak nikmat ALLAH SWT yg masih saya miliki dan kecapi; kenapa perlu mengeluh & bersedih terhadap sedikit ujian yg ALLAH berikan kpd saya.

ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...