“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan” (Al-A’raf, 7:31)
Mengikut pengamal `rawatan alternatif' Pesakit Kanser ada `list' yg panjang Senarai Makanan yg TIDAK boleh dimakan. Pantang larang ini adalah kerana untuk memastikan sel kanser tidak kembali aktif dan menyerang sistem tubuh seseorang.
Sewaktu mula mengetahui saya menghidap penyakit kanser; my dear Cikgu Hafiza telah memaklumkan kepada saya Pantang Larang Pemakanan Pesakit Kanser berdasarkan pengalaman sahabat beliau yg menghidap Kanser Lidah. Malah pencarian melalui `google' telah menemukan saya dengan pelbagai maklumat yang banyak hingga boleh memeningkan kepala.
Apabila saya telah memilih untuk melakukan pembedahan; ini bermakna saya telah memberi kepercayaan terhadap `rawatan perubatan moden' yg tipikal tetapi mempunyai rekod kejayaan yg sah! (bukan sekadar berdasarkan testimoni pesakit).
Saya masih berpantang; Tidak makan `seafood' dan juga daging. Oleh kerana saya pesakit `kanser uterus/rahim' maka doktor berpesan untuk mengelak makanan berasaskan soya; kerana ianya mengandungi Estrogen' yg boleh menggalakkan pertumbuhan sel kanser. Larangan soya hanya utk pesakit Kanser Rahim, Ovari & prostat.
Satu tips yg sgt praktikal sy nak share kpd semua: Bila kita SAKIT &
baru menjalani pembedahan/rawatan yg serius; JANGAN berpantang! Sangat penting untuk dptkan selera makan anda kembali; sekurang-kurangnya sebulan supaya
badan anda kuat; kemudian baru cerita FASA PANTANG LARANG utk pemulihan jangka panjang. Adakalanya kalau byk sangat pantang larang; pesakit boleh mati; sebab
STRESS.
Selepas pembedahan (major op); saya makan seperti biasa, kecuali daging, udang, sotong & ketam. Sambal belacan ngan ayaq asam; saya `belasah' jeh. Milo & teh pon saya minum. Kalau asyik nak makan bubur nasik , sup ayam dan ayaq suam ....... hari-hari, hmmm boleh muntah!
Jangan terlalu berpantang, kerana Kanser tidak akan terjadi dlm waktu yg singkat disebabkan pemakanan. Malah ada `vegetarian' yg mendapat Kanser.
Ramai yg mengatakan bahawa saya kelihatan sihat, ceria & pulih dgn segera. Malah sebulan selepas pembedahan saya sudah pun memandu kereta ke Sungai Petani. Percayalah, ALLAH SWT menciptakan tubuh kita yang sempurna dengan sistem penyembuhannya yg tersendiri. Tetapi kalau kita TIDAK makan bagaimana tubuh badan ingin membina semula sel-sel yang telah mati & hilang sewaktu proses pembedahan.
Hari ini saya telah pun selesai menjalani 6 sesi Rawatan Radioterapi di Penang. Pesan Doktor Rakesh; `elakkan dari makan Daging, yang lain semua u boleh makan!'
Radioterapi adalah sejenis rawatan utk membunuh sel kanser yg ada di dalam darah & tubuh badan pesakit. Bukan sahaja sel kanser yg mati malah sel darah & sel-sel badan yg baik juga turut musnah. Sewaktu rawatan, badan akan mengalami sedikit perubahan akibat suhu radiasi yg panas. Pesakit akan terasa mual, pening dan mungkin hilang selera makan.
Jangan diturutkan hati. Sekiranya anda rasa hilang selera, minum Susu. Samada susu kambing atau susu lembu. Walaupun `susu lembu' TIDAK sesuai kpd pesakit kanser, tapi ingat: dalam tempoh rawatan, tubuh badan memerlukan segala nutrien yg sangat penting utk memulihkan kesihatan dan membina sistem imunisasi tubuh dengan segera. Saya minum `Enercal Vanilla' dan Alhamdulillah, apabila perut kita tidak `kosong' tidak masuk angin, maka kita tidak akan terasa loya dan selera makan akan kembali. Trust me!! I have been there. It works for me; Insyaallah it might works for u too!
Doktor hanya membekalkan saya ubat utk darah tinggi (u know i ada BP), ubat utk tulang & kalsium. Oleh itu saya mengambil pelbagai supplimens yg sy rasakan perlu & sesuai utk diri sendiri. Ketika menjalani radioterapi, sy telah menghentikan segala supplimens B17.
 |
Nabi s.a.w bersabda: ”berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni madu dan al-Quran”. (HR Ibnu Majah)
|
Setiap 4 jam sehari saya amalkan madu + habatussauda + air zam-zam diiringi doa & selawat syifa'. Saya juga meminum susu `enercal vanila' dan adakalanya susu kambing HIGOAT. Selain dari mengambil Planet Barley (daun hijau barli) untuk mengurangkan panas badan; saya juga mengambil Spirulina Perfect dan Multivitamin Double X Amway untuk menambahkan nutrien dalam tubuh.
Tidor mesti cukop, kerana waktu tidur adalah waktu tubuh kita melakukan `self-healing'. Maka pastikan anda mendapat tidur yang baik & mencukopi. Its the most important! Kalau tidur kita baik, badan kita punya cukop rehat, emosi kita akan lebih stabil, Maka Penyakit akan segera SEMBUH! (kalau tak leh tidoq, ambik xanax)
To keep the body in good health is a duty, otherwise we shall not be able to keep our mind strong & clear : quote