21 Mac 2011

setelah kesulitan ada kemudahan


sedangkan guru sering menegur anak muridnya yang leka
sedangkan si ibu sering memarahi anak-anaknya yang tidak mendengar kata
sedangkan si ayah sering memukul untuk mengajar anak yang lupa
kerana kasih sayang dan cinta
agar yang buruk berubah rupa
yang sumbing tercantum nyata
yang retak tak lerai
yang pecah tak berkecai


Tsunami itu bukan bala bencana sekadar satu peringatan dari Allah SWT
Allah Yang Pengasih lagi Maha Penyayang tidak hanya sekadar menimpakan malapetaka dan bencana kepada umat manusia; makhluk ciptaanNYA
Allah ingin memberikan peringatan dan amaran bagi mereka yang mahu mengambil iktibar dari setiap kejadian.

Mungkin seperti itu juga manusia saat ditegur oleh Tuhannya dengan cara menyenangkan dia tidak menyedari, dan apabila ditegur dengan cara yang keras dia baru memahami dan mulai bertaubat.

Allah SWT befirman:
`Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah. Apakah kalian tidak memperhatikannya?' (Adz-Dzariyat: 21)



Renungan:
Sabda Rasulullah saw:
`Sesungguhnya Allah itu bila menyukai suatu kaum, maka DIA akan menurunkan cubaan kepada mereka.
Barangsiapa yang redha dengan ujian itu; maka keredhaan Allah baginya, dan barangsiapa yang membenci, maka kebencian pula yang akan dia terima. (Al-Hadith)


pepatah bijaksana:
orang cerdik akan berusaha mengubah kerugian menjadi keuntungan!
sedangkan orang bodoh akan membuat satu musibah menjadi berlipat ganda


20 Mac 2011

Cintamu tiada dusta ... Tak ada 1000 janji



Cinta sang suami adakalanya berakhir dgn penceraian...
Cinta pasangan yg bertunang sering putus di tengah jalan ......
Cinta pasangan berkasih ...... rapuh hanyut dipukul gelombang

Cinta kpd Allah ... kekal selamanya kerana itulah Cinta yang sejati.
CINTA Allah Maha Agung kerana DIA tak pernah tinggalkan kita walaupon kita sering lupa padaNYA. Allahuakbar



Kita boleh beli katil besar dan mewah; tapi belom tentu kita boleh tidur nyenyak. Kita boleh beli lauk pauk yang enak; tapi belom tentu kita berselera nak makan! Kita boleh boleh beli ubat yang mahal dan canggih; tidak menjanjikan Sembuh dan Sihat! Nikmat Allah beri tak terhitung nilainya dengan Wang Ringgit.

Begitulah Agungnya Cinta dan Kasih Sayang Allah swt kpd kita HambaNYA yang hina.

Kita lupa memuji Allah tapi Allah beri kita kecantikan dan kehebatan
Kita lupa berterima kasih kepada Allah tapi Allah tak pernah lupa beri rezeqi dan nikmat kepada kita
Kita lupa meminta ampun terhadap dosa dan kesilapan kita; tapi Allah sentiasa memaafkan jua
Adakalanya kita lupa siapa kita dan Siapa Yang Maha Berkuasa TUAN empunya - Pemilik segala-galanya. Nyawa kita dalam genggamanNYA. Kita hanya seorang hamba.



♪ ♪♫ ...♪♫ ..... CintaMU tak berdusta tak mengenal engkar tak kenal nestapa. cintaMU hanya indah hanya bahagia utk selamanya. Apa yg kurasakan ini, persembahan utk diriMU; KAU dengarkan kasihku. MencintaiMU tak mengenal waktu tak mengenal puitis hanya tulusnya hati. MencintaiMU tak mengenal ragu keyakinan hatiku hanya utk diriMU selalu.. CintaMU tak berdusta tak mengenal engkar tak kenal nestapa. Tak ada 1000 janji hanya bahagia utk selamanya... ♪ ♪♫ ...♪♫ (nyanyian Anuar zain: Ketulusan Hati)



kasih saudara masa berada ; kita bersaudara hanya di dunia



mencari Cinta Agung ; kita perlu kenal Siapa kita dan Siapa DIA - Allah SWT


ibu seorang boleh menjaga 10 anak; 10 anak belom tentu boleh menjaga seorang ibu; kecintaan anak2 kpd kedua ibu bapa adalah merupakan kecintaan Allah & RasulNYA. Berbakti kpd org tua ; insyaallah Allah permudahkan jalan menuju ke syurga!

19 Mac 2011

demi kasih sayang anak-anak


Bowling adalah sejenis sukan yang sihat; dan mengembirakan kerana ianya boleh menjadi satu aktiviti riadah keluarga! Malangnya Bowling juga boleh menambahkan tekanan darah BP ibu bapa.

Both my children Nurul Arisya & Hana Afeeza terlibat dlm sukan bowling dan berjaya mewakili sekolah & daerah Kubang Pasu dalam pertandingan peringkat MSSD & MSSK. Sebagai ibu; saya memberikan sokongan penuh terhadap minat & bakat yg mereka miliki. Dah itu sukan yg depa pilih; maka saya pon sokong!

Malangnya; Bowling is not CHEAP!

Selain dari latihan yg memerlukan kita berlatih di `bowling alley' yg dibayar mengikut game @ masa; kita perlu ada stokin & kasut yg sesuai. Bola tak pe; disediakan percuma!

Tapi bila anak2 dah agak serius nak join tournament; maka segala keperluan asas bowling nak kena beli. Bola Bowling jenis: Spare & Reactive nak kena ada; Beg bola; Kasut khas bowling nak kena beli; stokin mesti kena adalah kan; tuh belom lagi `skin protection; tape; easy slide; bedak pon nak kena beli!


demi minat anak2; kita nak kena beri sokongan moral & jugak .... $$$$ kewangan!




Bila tengok anak2 menarik beg bola bowling; dah rasa mcm budak2 AF usung beg keluaq Akademi: `...♪ ♪♫ ...♪♫ percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan ... .♪ ♪♫ ...♪♫ '



Sebijik bola bowling beharga hampir RM400; kasut sepasang dalam RM 100; Beg nak isi bola kena beli yg ada roda; kalau tak jenuh jugak nak mengusung bola2 yg seberat hampir 10kg! Beg beroda tuh berharga RM200. Tuh baru seorang anak; bila dah beli kat Adik; kena jugak beli untuk kakak! hmmm macamanalah kepala papa tak cepat botak... boleh luruh rambut bila pkiaq senarai barang2 yg nak kena beli.

Dalam hati: adoiii ... awatlah hangpa tak minat lumba lari macam mami dulu ... lari kat padang pakai jeh kasut sukan jenis apa pon; kdg2 lari pakai kasut sekolah pon menang pingat emas! Padang pon free tak kena bayaq masa training!



Selain bowling; anak2 saya turut berbakat dalam sukan renang. Bagus jugak ada kebolehan berenang satu ` seni mempertahankan diri' agar tak mudah tenggelam dlm ayaq!



Bertuah sungguh anak2 kita hari ni; apa yg kita tak ada - kita cuba sediakan utk mereka. Apa yg kita teringin - kita beri kat depa. Adakah yg kita buat ini akan melahirkan generasi anak2 yg tau menghargai segala nikmat; mensyukuri segala yg telah diberi kpd mereka? Allahuakbar ....

Saban hari dok baca paper; ramai ibu bapa terlantar sepi di rumah Orang-orang Tua; dihantar anak2 yg dah letih nak menjaga, terfikir jugak: Apakah saya akan menerima nasib yg sama?

`Ya Rabb.. kurniakanlah aku anak-anak yg solleh ... Rabbi Habli Minassolehhiiin' setiap kali sujud itulah antara doa yg saya tak lupa nak baca ............

12 Mac 2011

GILA itu macam2 spesis!




Hari nih saya nak bercerita bab GILA. GILA nih pon sejenis penyakit jiwa. Dalam dunia ni ada macam2 jenis penyakit GILA. Ada org Gila Judi; ada spesis yg Gila Bekerja, kalau yg bercerai tuh dikatakan Gila Talak. Apa pon tafsiran dalam kamus; GILA sebenaqnya bermaksud seseorg itu sanggup melakukan apa saja; sepenuh jiwa raga dan menjadi sebegitu taksub & takjub! tapi GILA sebegini tak perlu masuk wad atau jumpa psikatari.

Saya suka shopping! Bukan `window' tetapi `real shopping'. Membeli belah, dah beli; blah balik umah! Saya suka membeli @ bahasa Indon `berbelanja' kerana saya rasa saya punya bakat membeli!

Saya pandai membeli ; tau di mana nak beli & apa yg patut dibeli. Omputih kata: `shopaholic! sejenis penyakit gila... Gila Berbelanja.



Kalau kaya banyak duit ; tak pe lah ...... tapi always ended `broke'.


Mak saya selalu pesan: Ukoq baju di badan sendiri. Jgn berbelanja di luar kemampuan diri.

Tapi saya tak pedulik! Bila dah mula masuk shopping mall; rasa mcm tak hingat donia kejap. Kalau tak cukup cash atau tunai; kita ada cek & kredit kad! Swipe sajalah kan ........... sign pon laku!

Orang perempuan ni; keperluannya agak `detail'. Dari hujung rambut hingga hujung jari kaki. Nak beli semua yg berjenama. Kalau boleh nak yg `latest edition' - Yang terkini di pasaran! Hai kalau ikut nafsu ; gaji RM20 ribu sebulan pon tak cukop!

Perfume: Channel; Estee Lauder; Christine Dior. Handbeg: LV; Coach; Guess; Tots; Gucci. Sunglasses; Watches; Shoes; Make up and skin care. Itu belum bab Baju; jewelleries, underwear; tudung dll.




Tapi semenjak dua menjak nih; saya dah insaf. Saya rasa penat bekerja; tapi saya tak punya simpanan utk hari tua. Bukan sahaja utk diri sendiri; tapi yang lebih penting adalah memenuhi tuntutan & perbelanjaan anak2 yg turut bertambah. Semakin hari mereka semakin dewasa dan keperluan mereka semakin meningkat. Apatah lagi zaman ini; semuanya mahal! Nak masuk tandas pon dah naik harga.



Saya perlu bekorban; berbelanja bila perlu dan hanya membeli barang keperluan sahaja. Bukan mudah nak cari duit. Alangkah malangnya jika dengan mudah saya berbelanja membeli benda yg saya dah punya atau yg saya tak perlu.


Alangkah bodohnya saya sekiranya terlalu `brand cautious'. Membeli hanya kerana Jenama; Bak kata org2 kaya: `alah membeli menang memakai'. Tapi kalau Gila berbelanja dengan `duit org lain' memang tak perlu risau. Tapi bila kena bayar dengan duit sendiri baru kita tahu nilai titik peluh kita. Dan pastinya bila nak berbelanja; kita kena berfikir `bukan mudah nak cari duit'. Kenapa perlu dibazirkan hanya kerana Gaya & Prestij; apatah lagi hanya sekadar untuk menunjuk2 & bersaing dgn org lain yg memang dah kompom Mampu-milik!

Saya dah tak berapa nak GILA lagi ........


10 Mac 2011

A DOCTOR IN THE HOUSE!

a doctor in the house; how i wish he is my doctor. But he is d' Doctor for MALAYSIA.


Hari ini (10 mac 2011) ; sy dah membeli buku `memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad : A DOCTOR IN THE HOUSE' . Keterujaan untuk mengetahui segala luahan isi hati yang dikongsikan dalam 809 helai lembaran buku yg sangat tebal dalam Bahasa Inggeris.

Sy jarang nak beli buku in English kecuali `Novels'. and i only read certain popular writters. Saya tak nak berbincang tentang isi kandungan buku ini sebab telah byk ulasan dibuat dlm suratkhabar sempena pelancaran buku tersebut.

Sy sekadar ingin berkongsi pandangan peribadi beliau yg sy dengar dr mulut beliau sendiri samada sewaktu perbincangan secara tertutup maupun pertemuan santai. Alhamdulillah; sy sentiasa berpeluang berjumpa ataupun mengunjungi Tun M samada di Alor Star Kedah ataupun di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Genius Islam abad millenium


1. Kenapa Tun M menentang pelajar Universiti utk bergiat aktif dlm politik?
Tun M berpendapat; kebanyakan pelajar Melayu yg melanjutkan pelajaran ke Universiti adalah berdasarkan Kuota bukan Merit. Maksudnya; tak ramai anak Melayu yg cukop bijak berbanding bangsa Cina & India. Jika tidak diberi keistimewaan maka bilangan pelajar melayu di Universiti tempatan akan berkurangan berbanding bangsa lain.

Pelajar hanya mempunyai tempoh 4-5 tahun shj utk belajar bg memperolehi Ijazah; kenapa masa yg sesingkat ini tidak diberi sepenuh perhatian terhadap pelajaran; agar mereka menjadi Graduan yg Cemerlang. Sudahlah masuk Universiti diberi biasiswa yg dibiayai kerajaan dr sumber wang awam. Maka kenapa perlu mensia-siakan peluang yg diberi dan wang yang dibelanjakan untuk membiayai seorang Graduan?

Cuba bygkan jika Pelajar diberi kebenaran utk bergiat dlm parti politik secara terbuka; maka Universiti akan berubah menjadi pentas memancing undi & pusat merekrut ahli parti. Pelajar akan lebih terganggu dan melalui proses pembelajaran yg sukar kerana mereka mungkin terlibat secara aktif untuk berkempen dan mereka akan sibuk bermesyuarat cawangan! Bayangkanlah tekanan dan gangguan yg dihadapi pelajar sekiranya mereka dibenarkan bergiat aktif dalam politik secara terbuka! Pasti ramai yg gagal & terkandas di separuh jalan.. Dan yang rugi adalah pelajar melayu & keluarga mereka jua.


sy sgt bertuah kerana masih blh berdiri di sebelah negarawan ulong dunia!


looking great & healthy at the age of 82


Ramadhan 2008

he is my idol!


sy bangga mjadi anak Malaysia pasca Merdeka, sy bebas memilih kerjaya & mbentuk kehidupan sy sendiri!


bertuahnya saya .....



07 Mac 2011

inilah Syurga Dunia!


Kedamaian jiwa adalah anugerah ALLAH SWT



indah dan mendamaikan!


berkesempatan untuk menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah Swt


Recently saya berkesempatan mengunjungi sebuah `rumah rehat' milik seorang sahabat di sebuah Perkampungan Cherengin di Janda Baik Pahang. Bagi saya jarak antara Janda Baik Pahang dan Alor Setar Kedah agak jauh; namun setelah berkali-kali `dipaksa' maka kami tidak punya alasan untuk menolak undangan tersebut!

Perjalanan ke Janda Baik dari Putrajaya hanya mengambil masa hampir 1 jam 35 minit melalui lebuhraya ke Genting Highland.






Secara jujurnya; inilah `rumah impian' saya. I always dream of having a house by the stream; well managed fruits orchard.. ada pokok durian pulak tu! Tapi kalau dapat menumpang rehat sekali sekala pon dah rasa amat bertuah dan bersyukur! Amat berbesar hati kerana `tuan rumah' telah memberi `jemputan terbuka' ; maksudnya i can come here at anytime! tapi tentulah segan kan ... ( i nih pon pemalu orghangnya) . But promise i will be coming here again soonest.

Adakalanya impian boleh menjadi kenyataan ... tapi kalau nak kumpul duit nak beli tanah & buat rumah rehat di Janda baik nih ; hmmm rasanya hanya wujud dalam mimpi sahaja. Dan biarkanlah saya terus menikmati mimpi yang indah ini..


06 Mac 2011

CINTA itu anugerah ALLAH





Nak berkirim salam dan hendak bertanya khabar hanya boleh melalui surat-menyurat. Kalau bercinta satu sekolah atau se kelas, maka akan ada yg menjadi `posmen karat'. Maksudnya Posmen tak bergaji. Dan bila surat tuh surat ehem.. ehem... maka adalah yg bubuh bedak wangi sampai putih berdebu kena kat baju ... hu hu hu. Selalunya yg buat tuh .. surat dari budak pompuan lah kan.

Berkesempatan bertemu sahabat lama recently; byk cerita yg dapat dikongsikan bersama. Hari ini penyakit cinta bukan sahaja melanda Remaja; tetapi yg dah dewasa pon masih lagi terkena panahan asmara.

CINTA adalah anugerah Allah SWT. Bermulanya Adam cintakan Hawa; begitulah lumrahnya kehidupan apabila Allah ciptakan makhluknya berpasang-pasangan. Tak kenal maka tak Cinta; dah Cinta jiwa kan pasti melara. Menyintai seseorg (antara lelaki & wanita) adalah NORMAL. Kalau satu gender tuh ... maaf ye.. itu Cinta Songsang!



saya cintakan keindahan alam semula jadi - i love nature!!!!


Bercakap tentang CINTA Agung; Bagaikan Cinta Adam & Hawa; Yusoff & Zulaikha; Laila & Majnun; Romeo & Juliet; Shah Jahan dan Mumtaz Mahal : Cinta menuntut pengorbanan.

`buang emak .. buang saudara.. kerana kasih hamba turutkan' ; inilah bait-bait lagu lama yg sangat popular tapi   penuh bermakna.

CINTA boleh menyebabkan manusia hilang pertimbangan! Sebab tuh Jangan terkejut kalau ada pasangan bercinta yg sanggup lari dari Rumah; ada yg Bercerai-berai; malah ada juga yg sanggup membunuh kerana frust putus cinta. Nauzubbilah ..

Bercinta pd usia 40; omputeh cakap: `Life Begins at 40'. Kalau dulu-dulu orang kata `Gatal'. Tetapi pada hari ini Penyakit CINTA melanda semua peringkat usia. Bercinta pada usia 40; adalah fenomena alaf baru! Ini bukan hasil kajian Saintifik; tapi inilah yg berlaku di sekeliling kita.


`Dalam akhbar Utusan Malaysia: Penceraian berlaku setiap 15 min di Malaysia...' ini semuanya berpunca dari Cinta. Kahwin sebab Cinta bercerai pula sebab: Tak Dak Cinta atau mudahnya dah jatuh Cinta pada orang lain!'

Kepada yg sedang dilamun Cinta; rasanya begitu indah dan bahagia. Bak kata P.Ramlee: `dunia ini ana yang empunya ...'

Kepada yg putus Cinta frust menonggeng; Tak lalu makan dok asyik berendam ayaq mata! hua hua hua ..............



Ramai pasangan yg frust bercinta; insyaallah akan pasti segera dilamun cinta; sebab CINTA itu ibarat makan Sambal Belacan; `walaupon pedas; tp dimakan jua' ........

Ada orang yang sanggup guna Bomoh; Tok Pawang; berdukun dan pelbagai cara untuk `memancing Cinta'. Ada orang yg kaya sanggup `melabur' wang dan harta untuk `membeli Cinta'. Manusia bisa menjadi kreatif kerana Cinta. Malangnya bila putus cinta patah hati ada yg hilang akal; lupa dunia malah hilang kewarasan diri!

Sepatutnya; bila `org tua' bercinta; (maksudnya: golongan 40'an & 50'an) kita masih lagi punya kewarasan .. kita akan lebih matang dan lebih banyak berfikir dalam membuat keputusan! Tetapi jangan terkejut apabila ramai sahabat yg mengadu sakit jiwa; tak lalu makan; sakit hati; malah ada yang menangis berhari-hari kerana putus cinta. Kepada yg sedang asyik dilamun cinta; baca sms pon boleh tersenyum sorang-sorang. Tidoq pon boleh bisa jatuh katil! ha ha ha bahagia ... bahagia ...

Cinta kepada makhluk; pasti tidak kekal selamanya; malah cinta kita boleh dikhianati. Cinta kepada Khaleq (Pencipta) ianya pasti kekal abadi. Cinta kepada Yang Maha Esa; rasa Cinta yang akan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat. Allah tidak pernah tinggalkan kita samada di kala kita susah mau pon sewaktu kita lupa pada Allah.

Benarlah Cinta adalah anugerah Allah SWT. Layarilah bahtera percintaan kita dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Bajailah Cinta dengan penuh kasih sayang. Yang penting kita jangan lupa batas agama dan nilai percintaan sebagai umat Islam. Perkara yang diperbolehkan dan ada perbuatan yang ditegah oleh agama kita. Kalau kita tersesat; buntu dan hilang arah tuju; kembalilah kepada Al-Quran dan hadis sebagai pedoman!

Cintailah kerana Allah; insyaallah pasti ada Barokahnya .........

05 Mac 2011

USAH BERSEDIH; DUNIA INI TIDAK LAYAK DITANGISI




saya dah melalui fasa hidup belasan tahun; the 20's; the 30's & now i m in my 40's: Alhamdulillah this is my best moment in my life kerana sy dah memahami erti kehidupan dunia yg sebenar dan saya lebih memahami tanggungjawab serta bebanan yang dipikul utk ke alam yg kekal abadi!

kalau dulu; saya takut pabila setiap tahun usia meningkat; saya akan merasakan diri semakin tua; hilang kecantikan dan bertambah kedutan di muka. Bak kata omputih: `we grow old gracefully'.

Dulu; asyik sibuk mengejar kerjaya dan fokus terhadap `career development' . Kemudian apabila berpolitik ; asyik sibuk mengatur program & bermesyuarat. Terkejar ke sana, berlari ke sini. teringat pesan mak saya: ` a rolling stone gathers no moss' ; maksudnya: dok ligan pi mai pi mai .. habuk pon tarak!!!

Alhamdulillah pabila usia telah mencecah 40'an ; saya menjadi semakin matang. Usia bukan bermakna Kecantikan rupa paras... tetapi kehidupan itu jauh lebih besar ertinya. Saya dah tak obses tentang `Beauty' anymore. Di usia 40'an; fokus sy sudah berbeza. Konflik & krisis kehidupan yg dilalui mjadikan saya semakin matang dan bijak. Ia adalah rencam asam garam kehidupan yang mjadikan kita manusia normal.

Bumi mana yg tidak ditimpa hujan? Pantai mana yg tidak dilanda badai? Manusia mana yg tidak pernah bermasalah? Siapa yg tak pernah ditimpa mussibah? Siapa tidak pernah berbuat silap?

Bukankah kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sahaja? Allah telah berfirman mengatakan bahawa setiap manusia akan sentiasa diujiNYA. Balasan syurga kpd mereka yg Sabar & Redho' menghadapi segala kesulitan dan bencana yg menimpa.

Malah Para nabi yg terdahulu diuji dgn pelbagai ujian yg maha dahsyat : Nabi Zakaria & Nabi Yahya A.S. telah dibunuh, Nabi Musa diusir Fir'aun, Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup oleh kaumnya; Nabi Adam & isteri telah dihalau keluar dr syurga; Nabi Yussof telah terpenjara; malah Rasulullah melalui pelbagai pahit getir dan kesukaran sewaktu menegakkan syiar Islam.


Hati menjadi tenang ; Redho' dan bersyukur dengan segala nikmat Allah yg telah sy perolehi. Mempunyai keluarga yg sentiasa menyayangi & menyokong segala usaha ; mempunyai anak2 yg mjadi kekuatan untuk sy terus berjuang mcari rezeqi yang halal. Allah anugerahkan sy sahabat yg sentiasa bersama berkongsi kesusahan; kesedihan & bersedia mendengar luahan hati nurani ini.

`apapun nikmat yg kalian terima; semuanya berasal dr Allah. (An-Nahl:53)'


Nani; sahabat since Sek Men Sains Kuantan - SEMSAS: sahabat yg baik itu anugerah Allah Swt





maiza & Afiza ; sahabat politik semenjak awal penubuhan Pergerakan Puteri Umno Kedah 2002 kami bersama mengharungi waktu susah & senang!


ADAKAH GULA MENYEBABKAN KANSER ?

Salam .. hari ini saya nak kongsikan catatan blog  yang ditulis oleh (my gynae-onco) YBhg. Dato Dr  Rushdan Noor   Pakar Kanser Wanita da...